nuffnang adds

Wednesday, March 2, 2022

Grilled To Perfection - JNC BURGER, Bandar Baru Bangi


Pada hari lahir sepupu Tarot iaitu Najmi, Tarot mengajak beliau untuk ke Kuala Lumpur supaya boleh celebrate sama-sama. Memandangkan beliau hanya duduk di Seremban jadi masih sempat beliau datang walaupun last minute plan. Terus beliau tengok jadual KTM dan gerak ke KL. Tarot pickup beliau di stesen Bandar Tasik Selatan.

Plan asal nak makan di Menate tetapi harga yang agak pricey so kami makan di kedai makan yang lebih affordable iaitu JNC Burger. Ini merupakan kali kedua Tarot makan di sini, kali pertama dengan Adib, juga sepupu Tarot. 

Gambar ini diambil masa makan kali pertama, masa tu phone Tarot masih phone lama.


Cara order di sini sama seperti McDonalds atau KFC iaitu order di kaunter tetapi makanan tidak disiapkan serta merta. Mereka mengambil masa kerana mereka menghidangkan burger yang panas, jadi selepas order mereka akan berikan buzzer. Apabila buzzer sudah berbunyi, kita boleh mengambil di kaunter. 

Birthday Boy kita hari ini, Najmi.



Ini merupakan buzzer yang diberikan selepas order di kaunter, buzzer ini akan vibrate apabila makanan kita sudah siap. Kita akan serahkan buzzer tersebut kepada staf di kaunter dan mengambil makanan kita.



Mixed Chicken Wings (RM 13.10) dan Curly Fries (RM9.90).

Di sebelah kiri ialah Chicken Beef Burger (RM 22.90) dan di sebelah kanan Smoked Beef Burger (RM27.50).
 

Kami mengambil Super Combo di mana combo ini dilengkapi dengan 2 burger, 2 air, satu set chicken wings (boleh pilih perisa honey, spicy atau mixed) dan satu set fries (boleh pilih standard cut atau curly fries). Harga Super Combo ialah RM46.90 sebelum tax dan perlu bayaran tambahan jika menukar burger. Total bil kami dalam RM72.00+. Tarot rasa sangat berbaloi kerana burger di sini sangat sedap, juicy dan mengenyangkan. Memang berbaloi dan teringat-ingat, sebab itu Tarot datang kali kedua. Tahap sedap dia memang Tarot nak datang lagi walaupun harga dia agak pricey. Tarot boleh bagi 10/10 untuk burger dia.




  • Parking di sini memang banyak, lebih-lebih lagi kalau sampai dalam jam 8.00 lebih. Masih ada tempat kalau nak banding dengan jam 9.00 malam.
  • Kedai agak kecil, dan meja tidak begitu banyak. Kami sampai agak awal jadi masih banyak meja kosong. Masa kami sudah selesai makan, kelihatan ramai yang berada di luar kedai menunggu tempat. Seiingat Tarot, kali pertama Tarot datang sini memang full house, kebetulan ada orang sudah selesai makan.
  • Burger sangat sedap, 10/10. Kalau compare dua burger yang Tarot pernah try, Tarot prefer Beef Cheese Brisket Single daripada Smoked Brisket Burger. Akan tetapi, dua-dua sama sedap, Smoked Brisket Burger rasa salai dia tu lagi kuat jadi Tarot prefer Cheese Briket Single. Chicken Beef Burger memang sedap. Burger di sini besar, juicy dan memberikan pengalaman yang terbaik.
  • Chicken Wing memang terbaik dan tidak muak. Compare tu kedai lain, Tarot rasakan chicken wing di sini lebih enak kerana lebih rangup dan rempah yang sangat sedap.
  • Curly fries, tiada apa yang special. Tapi still Tarot mengharapkan portion fries ini lebih banyak.
  • Air juga tiada apa yang special. Kalau nak order air fancy kena add-on.
  • Harga memang above average tetapi Tarot rasa sangat berbaloi.

Tarot berkemungkinan besar akan datang ke sini lagi. Cuma Tarot mengharapkan kedainya lebih besar dan cawangannya bertambah kerana agak jauh nak pergi ke Bandar Baru Bangi sana. Akan tetapi, untuk burgernya yang lazat, Tarot sanggup pergi dan Tarot recommend kepada pembaca untuk pergi sini juga.

Selepas makan di JNC Burger, kami pergi kedai sebelah iaitu The Caravan Cafe kerana tidak birthday la jika tiada kek. Memandangkan cafe ini sudah tutup untuk dine-in (tetapi boleh take-away), jadi kami beli sepotong kek dan makan di warung sate.

Sejenis yang tidak kenyang-kenyang. Di sini, Najmi order 10 cucuk sate. Tidak mengapa, birthday boy memang kena makan lebih sikit.

1 comment: