nuffnang adds

Monday, January 1, 2018

Salahkah Jika Pelajar Terlampau Aktif di Universiti



Isu aktif atau penglibatan pelajar dalam aktiviti bukan akedemik ini merupakan isu yang selalu wujud dan masih berleluasa dalam peringkat universiti. Sudah tentu pelajar yang langsung tidak aktif lebih ramai dari pelajar yang aktif atau sering melibatkan diri dalam program-program universiti. Bagi Tarot, pencapaian akedemik dan pembangunan diri harus seimbang dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Apa yang hendak dibincangkan, salahkah jika kita terlampau aktif di universiti? Bagi Tarot, sudah tentu TIDAK tetapi akedemik jangan diabaikan. Tarot telah melalui SATU tahun tanpa menyertai apa-apa organisasi atau program universiti. Memang kehidupan semasa itu tenang, tidak stress dan tidak serabut tetapi jiwa rasa kosong. Jadi, pada tahun kedua, Tarot mengambil inisiatif untuk menyertai program-program universiti dan menjadi lebih aktif. Memang tujuan kita masuk ke universiti untuk menuntu ilmu atau belajar, tetapi program-program ini juga mengajar kita banyak perkara. Bunyi memang cliche, tetapi memang betul. Antara manfaat menyertai program-program universiti:
  • Membina jaringan hubungan (networking)
  • Belajar tentang kemahiran kepimpinan.
  • Mencabar mental dan fizikal yang mengukuhkan jati diri.
  • Mengasah kemahiran komunikasi.
Sesetengah (bukan sesetengah dah, hampir semua) pelajar akan berasa manfaat seperti ini memang tidak penting, tetapi mereka silap. Mereka lebih rela menghabiskan masa mereka dengan mengamalkan konsep 4K; kuliah, kafe, komputer dan katil. Mereka lebih sanggup menghabiskan tempoh pengajian mereka tanpa mengisi dengan kemanisan universiti.

Ramai juga pensyarah dan pelajar yang menentang Tarot yang aktif dalam program universiti. Tarot berasa amat kecewa kerana mereka tidak menyokong pembangunan pelajar. Memang kadang-kala kami terpaksa menggunakan waktu kuliah untuk program tersebut tetapi kami bukan buang masa. Ada juga pensyarah yang amat menyokong golongan seperti kami, malah menggalakkan kerena mereka juga bersetuju penglibatan pelajar dalam program bukan akedemik sangat penting.

Universiti Tarot tidak mengamalkan sistem merit jadi memang susah untuk dapatkan penglibatan pelajar dalam pogram universiti. Kalau ada mesti muka-muka yang sama akan sertai. Tarot merupakan sekretariat Festkon 12 dan sekarang merupakan Majlis Perwakilan Pelajar 2017/ 2018, dan jujur Tarot mengalami masalah dalam pengurusan masa. Kebanyakan masa harus dikorbankan untuk beri laluan kepada urusan yang lebih penting, masa bersama keluarga dikurangkan, masa bersama rakan, masa pengurusan diri dan kadang kala masa tidur juga dikorbankan. Akan tetapi, Tarot sedikit pon tidak menyesal kerana banyak manfaat yang Tarot kecapi.

Apa yang Tarot boleh simpulkan, sebagai pelajar IPT kita digalakkan untuk sertai dan aktif dalam program universiti. Masa di IPT ini tidak lama, jangan tamatkan tempoh ini dalam keadaan penyesalan. DAN anda harus menerima konsep "pengorbanan".



"Sokong 100% isi yang dikemukakan. Tempoh di sini singkat sebenarnya, rugi kalau tak cuba isi kehidupan di sini sebaiknya. Manfaat pun banyak.
Setiap detik itu berharga, kalau terlepas sedetik, detik yang sama tak akan kembali. Jangan sampai menyesal bila dah keluar sebab dekat sini dulu amalkan 4K je, tidak ada variasi dalam gaya hidup di universiti.

Cuma ingin tekankan balik, bab pelajaran tolong jaga. Terima kasih Tarot atas perkongsian."

Harith Ilham
Timbalan Pengarah 1
Pebantu Pelajar Minggu Suaikenal



"Terima Kasih Tarot. Sudah Tentu Pembangunan Pelajar Merupakan 1 Aspek Penting Kaedah Berkesan dan Berpengaruh Terhadap Pembangunan Negara."


Encik Ahmad Mu'adz Nazari
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumnni
Unit Latihan, Kepimpinan dan Kesukarelawanan



"Sangat digalakkan penglibatan pelajar dlm pelbagai bidang.
Manfaatkan ruang & rebutlah peluang di universiti."


Amir Hakim Razali
Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar 2017/2018
Universiti Malaysia Perlis


Ekspedisi Gua Wang Burma 

 Kursus Kepimpinan 2017 - Kem Ganas 2.0

 Latihan Flashmob Festkon 12
 Program FIRST 2017 - Gyrosociety

Kursus Pengucapan Awam & Personaliti Hebat 2017

Festival Kebudayaan antara Pusat Pengajian - FestKAPP 2017

 Program Teambuilding Festkon 12

Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2017/ 2018

Flashmob Festkon 12 - Fasa 2

Festival Konvokesyen 12 - Festkon 

Misi Sukarelawan Banjir Pulau Pinang

Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 

CEO@Faculty Appreciation Night 2017


Anugerah Nadi Negara 2017

Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2017 - PEMANAS 5.0


6 comments:

  1. pernah kawan cerita kalau nak tinggal asrama yang UNI sediakan kena banyak active dalam activiti UNI sediakan.nak tak nak kena active lah..ea la nak tinggal luar sewa mahal,mungkin setengah student tak mampu.

    ReplyDelete
  2. Bagus kamu Tarot! Tahniah. Betul tu Tarot, utk dptkn sesuatu yg berharga, perlu buat PENGORBANAN.
    Seperti mana Para Sahabat Nabi Muhammad SAW, mereka buat pengorbanan harta sampai mereka jadi miskin. Korban masa rehat mereka untuk berdakwah. Korban diri mereka smpai sanggup mati demi Islam tertegak di muka bumi.
    Bergiat aktif xsalah... Yg terbaik lagi, program uni/ kolej kita aktif, AMAL agama pun kita aktif! Kita xhairan kalau pljr tu mampu pimpin bnyk progrm2 besar. Xhairan punn...
    Sbb yg kita nak ialah pljr yg mampu pimpin MAHASISWA/SISWI pd amalan AGAMA, & AKADEMIK! Kerana sy yakin, akademik mereka pun akan TERJAGA, Melalui ketaatan pd agama, serta bijaksana dlm urusan dunia. Barulah mahasiswa ber-jatidiri yg tinggi dpt dilahirkan. Sekian, dr sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarot sangat2 bersetuju dengan pandangan Ahmad Asyraf, kalau niat untuk menuntut ilmu dan perbaika jati diri, tidak salah untuk menyertai program2 universiti

      Delete
  3. Bagus kamu Tarot! Tahniah. Betul tu Tarot, utk dptkn sesuatu yg berharga, perlu buat PENGORBANAN.
    Seperti mana Para Sahabat Nabi Muhammad SAW, mereka buat pengorbanan harta sampai mereka jadi miskin. Korban masa rehat mereka untuk berdakwah. Korban diri mereka smpai sanggup mati demi Islam tertegak di muka bumi.
    Bergiat aktif xsalah... Yg terbaik lagi, program uni/ kolej kita aktif, AMAL agama pun kita aktif! Kita xhairan kalau pljr tu mampu pimpin bnyk progrm2 besar. Xhairan punn...
    Sbb yg kita nak ialah pljr yg mampu pimpin MAHASISWA/SISWI pd amalan AGAMA, & AKADEMIK! Kerana sy yakin, akademik mereka pun akan TERJAGA, Melalui ketaatan pd agama, serta bijaksana dlm urusan dunia. Barulah mahasiswa ber-jatidiri yg tinggi dpt dilahirkan. Sekian, dr sy.

    ReplyDelete
  4. Jangan biarkan anasir-anasir luar tersebut mempengaruhi & melemahkan jiwa & fizikal tarot. Teruskan sahaja impian Tarot untuk mencapai segala yang Tarot inginkan.

    ReplyDelete
  5. tahniah tarot! saya setia menyokong!

    ReplyDelete