nuffnang adds

Saturday, February 17, 2018

Program Limpahan Kasih - Anak Angkat di Kampung Guar, Chuping


Pada tanggal 20 sehingga 21 Januari 2018, beberapa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/ 2018 dijemput untuk menghadiri ke Program Limpahan Kasih (Program Anak Angkat) di Kampung Guar, Balik Bukit. Program ini sebenarnya kombinasi beberapa program serentak termasuklah program anak angkat, gotong royong (mengecat surau), kayuhan bersama DYTM Tuanku Canselor dan pelancaran tenaga solar di Kampung Guar. Jadi MPP turun padang untuk bantu menjayakan program Ad Hoc ini.

Pada 20 Januari, kami bangun seawal 6.30 pagi (propa) kerana kami perlu bertolak pada jam 7.00 pagi. Setibanya di Kampung Guar, kami disambut oleh Abang Jabar lalu terus mulakan kerja gotong-royong. Kerja-kerja yang dilakukan termasuklah mengecat surau, mengemas stor, potong bawang, menyapu dan banyak lagi. Kami berehat sebentar untuk sarapan pagi, selepas itu kami sambung kerja.

Gadis - gadis mengecat tingkap.

Fitri turut mempamerkan bakat terpendam beliau iaitu mengecat surau.

Abang YDP yang turut acah mengecat.

Fiqri tengah mengecat ke ni?? Macam lain macam cara dia mengecat.

Akak logistik masih berbisa, masih berlogistik.

Manakala yang ini, abam TYDP kita. Tak tahu la gaya apa yang cuba dilakukan.



Selepas itu, kami dijemput masuk ke rumah oleh keluarga angkat kami. Datuk dan Datin yang selesa dipanggil dengan panggilan Ayah dan Omak, beliau memang seorang yang humble dan down-to-earth. Mereka tidak suka manusia dibezakan dengan darjat dan pangkat. Mereka menganggap anak-anak angkat seramai 15 orang ini sebagai anak sendiri.

Kami letak kesemua barang kami di dalam bilik anak tunggalnya dan bercadang untuk berehat sejenak. Akan tetapi berehat sejenak bertukar menjadi beradu selamanya. Bukan apa, kami sudah menggunakan seluruh tenaga sepanjang minggu dengan gerak kerja dan meeting bersama pegawai. Hari Sabtu juga dipenuhi dengan program sehingga badan sendiri tak mampu untuk terus bekerja. Bukan alasan, akan tetapi badan kami mungkin sudah sampai tahapnya.


Memang REPO terbaik. Semua orang tidur satu bantal.

Tersedarnya kami lebih kurang pukul 5.00 petang, kami terus turun. Kami diberi makan lagi, dekat sini makan memang bukan sesuatu perkara yang perlu dirisaukan. Sentiasa cukup malah terlebih daripada cukup. Apabila cuaca sudah semakin redup, kami mula berjalan-jalan di sawah. Bagi budak bandar macam Tarot ni, memang jarang untuk dapat menikmati sawah padi dengan lebih dekat. Ini adalah pengalaman yang agak jarang untuk Tarot, mendekati sawah padi dan bendang.


Fiqri bukat gaya apa, tak tahu la ular ke?? Nicki Minaj ke??



Yang ni pon excited juga tengok sawah padi.


Family angkat ajak main futsal bersama. Kami pon terima ajakan mereka. Yang penting team MPP kene ayam kat adik2. HAHAHAHA........

Balik dari Futsal, kami balik dan terus tumbang....Esoknya semua terlajak tidur, kami bangun pukul 7.43 pagi. Kelam kabut semua MPP, berebut-rebut hendak menggunakan bilik air. Hahahahahah.....typical college students. Kami terus bantu warga kampung untuk mempersiapkan semua persediaan, seperti meja kerusi, pinggan mangkuk, potong bawang (lagi?), dan kacau gulai. Tepat pukul 12.00 tengah hari, kami kena bersedia menyambut kehadiran Tuanku yang baru tamat kayuhan basikal.

Hari ini, ramai mak cik dan pak cik cemburu dengan omak kerana omak bolot habis anak angkat. Omak ambik kesemua 15 anak angkat yang terdiri daripada 5 lelaki dan 10 perempuan. Kebanyakan mak cik dan pak cik tinggal berdua sebab anak mereka dah besar dan sudah bekerja atau belajar di tempat yang jauh. Jadi mereka agak sunyi dan mengharapkan anak angkat untuk program ini untuk mengubati hati yang kesepian. Pilu pulak dengar luahan Pak Cik dan Mak Cik di sini.

Prof Foad, TNC yang sangat sporting. 




Pelancaran sistem mentol menggunakan tenaga solar di surau ini.




Bersama mak cik pantun, rasa melimpah-limpah kasih sayang. Patutlah nama program Limpahan Kasih.






Waktu ini, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Omak, Family Angkat dan warga kampung. Terasa hiba di dada tetapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Memang sedih waktu tu, walaupun program Ad Hoc dan sangat sekejap tetapi memang banyak kenangan bersama mereka dan keluarga MPP sendiri. Tarot sarankan kepada pembaca-pambaca yang masih menuntut di universiti, jangan lepaskan peluang jika ada program yang berbentuk Keluarga Angkat ini, memang sangat seronok. Pengalaman ini tidak dapat di tempat lain.

OTW hendak menaiki bas dan pulang ke UniMAP. :'(

3 comments: