Tahun ini Tarot beraya di Jempul, Negeri Sembilan iaitu kampung belah mak Tarot. Satu family Tarot turut beraya di Jempul termasuklah ipar2 dan anak buah.
Tahun ini raya agak mencabar sebab Raya berada dalam minggu exam. Lepas Raya ada paper lagi, satu paper pulak tu. Sangat spoil. Memang susah nak bertukar2 mood dari mood beraya kepada mood finals kepada mood beraya balik. Tetapi Tarot takkan biarkan Raya tahun ini jadi hambar, Tarot tetap akan pasang mood beraya dan enjoy bersama family tercinta.
Raya tahun kami satu family besar telah pilih warna turqoise sebagai warna tema. Memandangkan warna ini merupakan warna tema semasa Induk bersanding baru-baru ini. Tarot tidak dapat hadirkan diri atas tugasan-tugasan tertentu sebagai MPP. Tidak mengapa, bulan 9 ini jawatan ini kan diserahkan kepada pelapis-pelapis kepimpinan yang baru.
Macam biasa, seawal pagi (takdelah awal sangat) dimulakan dengan photoshoot.
Maka, lepas solat raya tamat sesi bersalaman dan bermaafan bermula. Dan yang paling penting lagi-lagi untuk pelajar IPT macam Tarot, sesi pengumpulan duit raya. Macam yang trending di Twitter, golongan macam kami ini lebih memerlukan duit raya berbanding dengan budak-budak yang beli gula-gula buat rosak gigi.
Kali ini kurang padat macam tahun lepas kerana hanya empat family yang beraya di Jempul. Yang lain semua turn beraya di rumah mertua. Sesi ini kena buat cepat sebab semua kena bergegas untuk Solat Jumaat.
Me, with Kaklong and Abang Long.
Nampak tak betapa happynya apabila menerima duit raya,
Hey Mom and Dad, lets take a picture together.
Kaklong with her newborn baby, Alia Zafirah.
Kakak Didie and Zafran.
Sesi bersalaman dan bermaafan diteruskan.
"Hurm, bila turn aku nak dapat duit raya??"
Family Enon yang tak cukup korum.
Geng-geng Werewolf yang semakin berkurangan. Yang lain dah bahagia bersama pasangan.
#bros4life
Penutup Raya Pertama disudahi dengan photoshoot outdoor iaitu di Sawah Lebar Kampung Lonek.
Dan raya kali ini, Tarot terpaksa bergegas balik ke UniMAP kerana paper Tarot pada raya ke-enam. Memang kena tabah dan kuatkan mental untuk menghadapi finals pada musim raya ini.
Dengan ini, masih belum terlambat untuk Tarot mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca yang setia dengan coretan pena yang dilakarkan di laman blogging ini.
Terima Kasih