nuffnang adds

Wednesday, December 15, 2021

DAY 2 LANGKAWI - Amazing Mangrove Tour in Kilim Geoforest Park – Malaysia’s Spectacular Ecotourism



Hari kedua kami di Langkawi, kami bangun seawal 6.30 pagi. Kami terus bersiap untuk berjalan. Untuk hari ini, kami akan ke beberapa tempat yang famous di Langkawi tapi yang paling penting ialah Mangrove Tour Kilim Geoforest Park.

Semalam kami telah menikmati suasana sunset, kali ini kami menikmati keindahan sunrise pula.


Dari hotel kami ke Geoforest Park mengambil masa dalam 30 minit sahaja, jadi kami sarapan terlebih dahulu. Selepas itu, kami terus gerak ke Kilim Geoforest Park. Di sini antara must-go places dan Tarot first time sampai ke sini.





Kalau nak datang sini, disarankan booking dan bayar terlebih dahulu. Memandangkan kami satu group yang besar, kami memang sewa satu boat. Jadi bila dah sampai, akan ada staff yang sambut kami untuk menaiki boat. Total masa yang akan diluangkan di sini lebih kurang 3 jam kira sampai tengah hari la. Untuk Mangrove Tour ini terdapat beberapa hentian bermula dengan gua kelawar, eagle feeding, laut Adaman, monkey feeding, crocodile cave dan floating fish farm.

Jadi akan ada banyak transition dari boat ke daratan sepanjang mangorove tour in. Kepada mereka yang ada anak kecil dan orang tua, kena extra care sikit. Perhentian pertama, Gua Kelawar. Tiket ke Gua Kelawar dibayar asing tetapi hanya RM2.00 seorang dan RM1.00 untuk satu torchlight.



Stalagmit dan stalaktit sepanjang dalam Gua Kelawar ini. Memang banyak kelawar tergantung dan bau hancing sepanjang dalam gua ini.











First time Tarot menyaksikan burung helang. Di port ini memang pengunjung menyaksikan eagle feeding secara dekat.



Adib memang menjadi photographer setia sepanjang vacation ini.



Di sini memang port terbaik untuk bergambar. Kat sini kami melihat mereka memberi makan kepada ikan-ikan yang dibela. Dan kalau nak tahu, di sinilah restoran terapung yang viral baru-barul ini sebab kes siakap tu. Kami memang dari awal untuk memilih tidak makan di sini. Hu hu hu.


Mangrove Tour ini memang sangat best sebab kami menikmati pelbagai jenis flora dan fauna. Patutlah tempat ini menjadi salah sebuah tarikan dan must go places jika anda melancong ke Langkawi.

Setelah hampir tengah hari, kami terus ke destinasi seterusnya. Tentatif yang Tarot susun memang sangat padat dan tiada waktu senggang. So, destinasi seterusnya ialah Pantai Pasir Hitam. Tempat ini juga antara tempat menarik walaupun jarang pengunjung datang ke sini. 

Nasib tidak menyebelahi kami, tiba saja kami di sini, hujan mula turun. Makan terhentilah seketika program kami. Memandangkan hujan agak lebat, yang lain mengambil peluang untuk shopping dahulu. Iya, kat sini ada gerai-gerai kecil yang menjual t-shirt dan cenderahati untuk dibawa pulang. Tarot pon apa lagi, join sekali shopping. Kami juga decide untuk lunch di sini sehingga hujan berhenti.






Kawasan ini telah dicantikkan dengan tangga yang meriah dan buaian untuk port tangkap gambar. Kalau ikutkan, tempat ini memang akan penuh tapi sebab border baru buka, tempat ini kelihatan sangat hambar dan tiada orang.

Destinasi seterusnya, pantai Tanjung Rhu, tidak jauh dari kawasan Kilim Geoforest Park. Kalau semua nak tahu, di sinilah terletaknya Four Season Hotel. Insha Allah, Tarot akan sampai sastu hari nanti. Pantai di sini juga nampak baru nak membangun. Pasir di sini lebih halus dan cantik compare dengan Pantai Pasir Hitam sebelum ini akan tetapi di sini lebih panas. Di sini mereka ada buat watersports seperti parasailing dan jetski tetapi kami memang tidak berniat nak lakukan aktiviti seperti itu untuk vacation kali ini. 







Selepas kami menyaksikan dua buah pantai, semua sudah penat dan mengantuk. Jadi kami ke Kompleks Haji Ismail Group, terus semua bersemangat semula. Dasar kaki shopping masing-masing. Di sini antara tempat yang ramai orang compare dengan tempat-tempat lain. Mungkin aktiviti shopping ini sesuai untuk semua peringkat umur jadi semua bertumpu di tempat macam ini.

Muka bahagia selepas bertrolley2 beli coklat.

Tarot tidak puas hari kerana Tarot jenis suka certain-certain coklat sahaja. Banyak coklat yang tiada, habis bak kata staff itu. Antara coklat yang sudah habis termasuklah Pepero perisa coklat, nutella go & spread dan Ferrero Rocher (semua coklat). Coklat Daim pon kena catu, satu orang hanya boleh ambil 3 pek sahaja. Tapi Tarot tidak suka pon daim. Tarot sangat kecewa dan tak happy kerana coklat yang Tarot nak, tiada di sini.
 
Next destination, balik ke hotel untuk solat dan bersiap memandangkan kami nak makan besar malam ni. Destinasi pilihan makan malam kami ialah di Telaga Seafood yang terletak di Chenang. 




Kami enjoy makan di sini cuma kedai di half open dan waktu itu hujan agak lebat. Jadi kami tak selasa semasa air hujan tempias kat kitorang. Makanan memang the best (kena dengan harga) lagi-lagi waktu itu kami semua memang sangat lapar. Service di sini juga agak baik kerana pelayan tersebut datang beberapa kali untuk pastikan semua makanan sampai. Mungkin juga kerana pelayan tersebut tidak menghantar dua minuman yang telah dipesan sehingga menyebabkan kami tak puas hati pada awalnya.

Sepatutnya, kita semua berjalan-jalan di Chenang Walk tetapi hujan yang agak lebat membantutkan plan itu. Geng-geng boomers balik dahulu tetapi geng millenials bersemangat untuk berjalan. Setakat dibasahi hujan, apalah sangat.



Kami sangat enjoy di sini sebab boleh tengok dunia luar dan shopping. Hampir setengah tahun asyik terkurung dalam rumah dan baru tahu perasaan ayam terlepas reban. Untuk pengetahuan semua, di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual coklat yang lebih murah compare dengan Haji Ismail Group cuma kedai di sini lebih kecil. Tarot sarankan untuk beli coklat disini sahaja.

Selepas puas shopping dan berjalan, kami terus balik untuk aktiviti esok pula.

Monday, December 6, 2021

DAY 1 LANGKAWI - Vacation Selepas Berbulan Berkurung Akibat PKP 3.0


Sebenarnya, ibu dan bapa Tarot sudah lama booked tiket ke Langkawi tetapi tidak dapat pergi akibat PKP, PKPB, PKP 2.0 dan semua PK yang ada. Tiket sudah ditempah sejak bulan Disember 2020 tetapi mereka masih tidak boleh pergi.

Jadi selepas kerajaan umumkan kebenaran rentas negeri kepada mereka yang sudah lengkap 2 dos, parents Tarot terus locked tarikh pada bulan Oktober. Kalau ikut plan asal, Tarot tak join pon vacation ke Langkawi ini atas sebab kerja. Tapi, lama sangat tertangguh sehingga Tarot sudah tukar kerja dan tarikh itu jatuh pada tempoh transition Tarot masuk ke company baru. Apa lagi, Tarot terus booked tiket jugak. hahaha...

Muka happy dapat vacation setelah berbulan berkurung.

Masa ini sudah nak sampai sebab dah boleh nampak pulau. Excited ni lain macam bila dapat travel lepas PKP ni.

Muka lepas touchdown, lupa dah perasaan bila naik flight dan semasa landing.

Sebaik tiba di Langkawi (dalam jam 11.00 pagi), kitorang terus gerak ke destinasi pertama iaitu Kak Yan Nasi Campur untuk makan tengahari. Boleh dikatakan ramai juga di kedai ini tapi tempat duduk juga banyak dan makanan juga masih banyak. Mereka nampaknya sudah prepared untuk menerima pengunjung yang ramai.


Selepas lunch, kami terus ke destinasi seterusnya. Tarot sudah sediakan tentatif lengkap sebelum sampai dan kami akan follow je plan tersebut. Destinasi kami ke Dream Park Langkawi. Tempat ini agak baru dan tidak ramai yang tahu. Harga sekali masuk RM10.00 dan dapat percuma air sejuk. Jalan agak curam dan sempit jadi hati-hati ya.







Di sini memang port terbaik untuk bergambar sebab pemandangan serta prop-prop yang dibina. Memang sesuai untuk anak-anak muda instapemes mencari sumber rezeki. Tapi satu cons kat sini, PANAS!! Kitorang memang lencun sepanjang kat atas ni, patutlah mereka provide air sejuk.

Selepas selesai bergambar, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Makam Mahsuri.










Makam Mahsuri ini antara destinasi yang popular dan orang kata wajib pergi kalau melancong ke Langkawi. Sebab orang percaya di sini tempat Mahsuri binti Pandak Maya dimakamkan selepas dibunuh. Kalau korang nak tahu sejarah dia, boleh google je atau datang sendiri ke sini. Tempat ini dijadikan muzium dan terdapat tarikan-tarikan lain seperti teater dan gamelan. Pada waktu Tarot pergi, nampak banyak kawasan sudah dibiarkan mungkin tak dapat nak maintain akibat penangan PKP yang sangat lama. Di sini juga bayaran tiket ialah RM10.00 seorang dan kami berharap dapat menyumbang kepada pembangunan pelancongan di sini.

Next destination, Dataran Lang. Akan tetapi, permintaan dari client untuk terus check-in ke hotel sebab sudah tiada tenaga. Jadi Tarot terpaksa akur dengan permintaan itu. Sebab itu, orang cakap "why you shouldn't wait until retirement to travel", boleh lihat gambar di bawah.



Kami akan menginap di Dayang Bay Resort untuk 4 hari 3 malam. Sementara yang otai-otai sedang berehat, geng muda seperti Tarot apa lagi..terjun kolam.


Bilik dia cantik dan saiz so-so je. Pemandangan kami menghadap tepi, tak berapa menghadap ke pantai. Rasa kena extra charges untk beach view.





Infinity pool. Nampak macam terus sambung ke pantai tapi tak pon.




Lepas makan malam kat Pekan Kuah, kami terus ke Dataran Lang sebab tak dapat pergi siang tadi. Agak meriah cuma kalau nak tangkap gambar tak berapa cun sebab gelap. Lepas tu terus kami balik, tidur dan kumpul tenaga untuk esok.