nuffnang adds

Monday, February 18, 2019

Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah - Program Sukarelawan Haiwan Terancam 2.0 Anjuran Kelab Sukarelawan UniMAP kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar 2017/ 2018


"Besar si Gajah, sentiasa disayangi Si Kecil Manusia"


Kelab Sukarelawan UniMAP telah menghasilkan sebuah program iaitu "Program Sukarelawan Pemuliharaan Haiwan Terancam 2.0" yang juga program kesinambungan program yang lalu (KLIK SINI). Program ini juga dipersetujui oleh Presiden, Harith Ilham untuk kerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 2017/ 2018.

Syafikah Ishak, pengarah program ini telah merangka dan menyusun segala tentatif bagi menjayakan program ini. Kedua-dua pihak membantu dan saling bekerjasama dalam penyediaan program ini.

6.00 petang - Kesemua jawatankuasa dan peserta berkumpul di Kolej Kediaman PF2 untuk taklimat ringkas. Kami menaiki bas apabila kesemua peserta telah tiba. Tarot dan Pian selaku ketua misi memastikan semua perkara dah settle dan selamat untuk mulakan perjalanan ke Kuala Gandah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 - 10 jam.  Kami tiba di R&R lebih kurang pukul 3.00 pagi, dan kami terus bersiap, mandi dan subuh dalam pukul 6.00 pagi. 

7.00 pagi - Kami bersarapan di pekan dan terus gerak ke National Elephant Conservation Centre (NECC).

7.30 pagi - Kami tiba di NECC. Tarot menguruskan hal ehwal pendaftaran serta bayaran untuk guide kami. Kami diberikan taklimat ringkas serta flow program sepanjang hari ini. Kami juga dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.




Shahid merupakan photographer sepanjang program ini berjalan.

Kumpulan yang bertuah membersihakan tahi gajah.

Kumpulan yang acah perform


Pengarah program yang sentiasa perform















Selepas selesai slot pertama aktiviti sukarelawan, kami diberi masa untuk melihat dan melawat sekitar kawasan NECC. Selepas itu, kami diberi taklimat oleh Abang Ekhwan untuk lawatan ke Galeri Gajah. Selepas itu, kami terus dibawa ke bilik multimedia untuk tayangan video dan sesi soal jawab.  Sebelum meneruskan ke slot kedua aktiviti sukarelawan, kami diberi masa satu jam untuk rehat dan makan tengah hari. 

Peserta yang pernah menyertai Program Sukarelawan Haiwan Terancam 1.0 (KLIK SINI)





Muka yang excited melawat galeri gajah.








Papan tanda KSU - MPP UniMAP 2017/ 2018 yang dipacak di NECC sebagai tanda kenangan.




















Tarot mengambil pengalaman menjadi pengangkut najis gajah.

















Slot kedua aktiviti sukarelawan dimulakan dengan penanaman pokok sebagai tanda kenangan, lalu diteruskan dengan aktiviti termasuklah memotong buah, memandikan gajah, membersihkan kandang gajah dan mebersihkan sungai. Akhir sekali, kami dapat peluang untuk bergambar bersama dengan lebih dekat. Pengunjung yang hadir tidak dapat pengalaman untuk mendekati gajah tersebut dengan gajah tersebut. Pengalaman ini merupakan hadiah daripada Abang Ekhwan kepada kami para sukarelawan.


Kata-kata terakhir oleh Abang Ekhwan, program ini ditamatkan dengan tepuk-tepuk UniMAP yang diketuai oleh Abang Ekhwan.

Tamatlah aktiviti sukarelawan yang agak memenatkan tetapi sangat bermakna bagi kami. Akan tetapi, program kami masih belum tamat. Kami terus bergerak ke homestay kami untuk aktiviti seterusnya...

1 comment:

  1. waaa..program csr dengan membantu menguruskan gajah..terbaik

    ReplyDelete