nuffnang adds

Thursday, February 21, 2019

Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2018/2019 - Titik Akhir Perjalanan Sebagai MPP



Sudah sekian lama Tarot menyepi dalam dunia blogging ini, Tarot kini kembali sebagai mantan MPP. Semester lepas iaitu semester 7 sangat mencabar untuk Tarot kerana Tarot sudah memasuki tahun akhir sebagai mahasiswa di UniMAP. Ditambah lagi dengan cabaran MPP diberi makluman untuk dipanjangkan tempoh perkhidmatan, sangat mencabar bagi Tarot yang penuh dengan test, assignment, Mini Project, FYP dan Integrated Design Project (IDP). Siapa sangka, Tarot dapat tempuh semua cabaran tersebut walaupun penuh dengan dugaan.

Entry kali ini, Tarot ingin ceritakan tentang Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar 2018/ 2019 sekali gus Majlis Perletakan Jawatan bagi MPP 2017/2018. Tarot dan MPP seperjuangan mempunyai perasaan yang bercampur baur gembira, sedih, terharu dan tidak tahu hendak rasa apa. Memanglah, pahit manis semua dirasai bersama-sama selama satu tahun setengah. Walaupun gembira jawatan tersebut sudah tidak disandang tetapi tetap rasa sedih.

Majlis ini dilangsungkan di TH Hotel & Convention Center pada 17 Desember 2018. Watikah kami telah berlaku pada 5 Oktober 2017, bermaksud kami sudah memegang jawatan ini lebih dari setahun. Kami diberi dua buah meja dan kami hadir sebagai Mantan Majlis Perwakilan Pelajar. Watikah ini juga turut dilengkapi dengan penyerahan cenderahati kepada mantan, penyerahan cenderahati kepada Dato' NC dan ucapan daripada Mantan YDP Amir Hakim.  



KB, Razi dan Tarot melakar senyuman apabila meletak jawatan secara rasmi.


Cenderahati yang cukup bermakna diberikan kepada Dato' NC daripada kami Mantan MPP.

Upacara penyerahan Cenderahati kepada Dato' NC.


Cenderahati kenangan sebagai tanda penghargaan daripada HEPA kepada Mantan MPP.

The Gals.

The Guyz feat. Encik Muadz dan Prof. Li yang sangat sporting.

Pose Pertama - Ke Kanan

Pose Kedua - Ke Kiri

Majlis Tertinggi (MT) yang tak lengkap.

My Roomies semasa di Europe.

Exco Multimedia dan Publisiti yang sentiasa perform.

Harith aka Dedi yang sentiasa support family MPP.

Tarot dan Eva selaku Mantan Exco Kebudayaan dan Integrasi feat. Incik Muadz.

:' )

Dengan berakhirnya tempoh perkhidmatan kami sebagai Majlis Perwakilan Pelajar 2017/ 2018, kami telah tempoh banyak onak dan duri, suka dan duka dan menambah banyak ilmu dan pengalaman sebelum bergelar graduan Universiti Malaysia Perlis. Sebelum mengakhiri entry kali ini, Tarot ini membawa anda semua menyaksikan perjalanan kami sebagai Majlis Perwakilan Perlajar 2017/ 2018.


Bermula dengan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar 2017/ 2018. Muka semua masih nampak bersemangat dan fresh.

Misi Bantuan Banjir Pulau Pinang

Program Penanda Aras bersama Kolej Vokasional Kangar

Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 4.0

CEO@ Faculty Appreciation Night 2017

Majlis Anugerah Nadi Negara 2017

Persidangan Mahsiswa Nasional 4.0 (PEMANAS)

Program Limpahan Kasih di Kampung Guar. Kami hadir sebagai anak angkat.

FINCO Talk - ABC Project di Tabung Haji Hotel, Alor Setar

Ada Talk dari Kedutaan Azerbaijan di Library UniMAP.


Zumba - Bonding Session antara MPP dan Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR)

Birthday YDP - Ini juga boleh diiktiraf sebagai program MPP
Ucapatama Tahunan 2018 oleh Naib Canselor 2018

Jualan Makanan di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Program Kembara Ilmu di Kuala Lumpur


Perkampungan Menara Gading

Program Reachout Actyvate - iM4u

Annual Grand Meeting (AGM) - Kelab Sukarelawan UniMAP

Mendaki Gunung Semanggol, Perak


Program Pemuliharaan Haiwan Terancam 1.0 di Bukit Merah, Perak
Kem Festkon 13 - Teambuilding. MPP sebagai urusetia


Program Keep In Touch (KIT) di Uitm, Shah Alam (gambar sedikit acah)


Anugerah Gemilang Sisiwa 2018

Nama program tak ingat. Caprice yang bagi talk.

Program Teambuilding di Janda Baik, Pahang.


Kem Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal Diploma sebagai urusetia.

Raptai Bajet Talk yang menampilkan Fizo Omar sebagai pengacara

Bengkel Pengurusan Organisasi

Rasa macam KIT juga.


Program Malaysia - Thai Culture kot.

I-Invex di Dewan Ilmu, UniMAP.

Multicultural Night juga di Dewan Ilmu, UniMAP.


Program di Kolej Vokasional, Kangar

Iftar Qubra di Dewan Ilmu, UniMAP

FIRST Retreat di Pakbara, Thailand

Solat Terawih di Masjid Bantalo, Pakbara

Majlis Angkat Sumpah MSK Diploma

Tautan Kasih Ramadhan 2018 - Program bersama MPP, KSU dan SPI


Jemputan ke Masjlis Berbuka Puasa bersama Tuanku di Uitm Perlis

Majlis Berbuka Puasa bersama Prof Foad di Aura Steamboat

Majlis Perasmian Kolej PF2

Program Kayuhan Basikal bersama Tuanku

Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2018

Konvensyen Mahasiswa AntiRasuah (KoMawAR) - YB Syed Saddiq

Hari Siswi UniMAP 2018


FesKAPP - Festival Kebudayaan Antara Pusat Pengajian 2018 

Program Pemuliharaan Haiwan Terancam 2.0 di National Elephant Convention Centre, Kuala Gandah

Jemputan MPP ke Program Chinese Culture

Jemputan MPP ke Majlis Perasmian FESTKON 13

Majlis Makan Malam - Anugerah Kecemerlangan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-13

Penyerahan Sumbangan Palu, Indonesia

Jemputan MPP ke Nothern Singing Competition 2018

Setelah selesai semua program, jemputan dan hal ehwal pentadbiran, kami diberi Retreat ke Europe...

Krakow, Poland

Brussels, Belgium

Amsterdam, Netherlands




Trip kami sendiri ke Danok, memandangkan semua masih tidak boleh move on. Akan tetapi, kami harus terima hakikat bahawa tampuk pentadbiran kami sudah ada pengganti dan kami harus bawa haluan sendiri. Banyak memori, kenangan dan pengalaman yang dilakar sepanjang kami dalam pentadbiran. Tarot juga berharap ukhwah yang terjalin tidak akan putus dan berkekalan sampai bila-bila.

TAROT 2019

1 comment:

  1. all the best, tarot..btw jemput join GA https://penselduabee.blogspot.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html

    ReplyDelete