nuffnang adds

Wednesday, June 26, 2019

Nature Getaway - Templer Park Rainforest Retreat Rawang, Selangor




Cerita disebalik vacation Gedikz Family ini bermula apabila Tarot dan Kaklong merayu dan meminta kepada Mak untuk bercuti satu family. Memandangkan mereka baru balik dari New Zealand dan akan melancong ke Instanbul pula dalam masa terdekat, kami bukan sedikit tetapi sangat cemburu. Mereka memang menunggu masa anak-anak mereka sudah besar dan pandai jaga diri, mereka boleh berjalan berhabis-habisan as a couple dan tidak diganggu oleh anak-anak. Atas budi bicara Mak dan Abah mereka bersetuju untuk bawa kami ke Templer Park Rainforest Retreat Rawang. Tempat ini Tarot sendiri yang pilih dan hubungi owner tempat ini, Mr Han. Seperti yang semua orang tahu, Tarot sangat meminati tempat yang back-to-nature dan tempat ini tersenarai dalam Top 10 Jungle Retreat in Malaysia.

Tarot telah booked tarikh percutian ini 6 bulan awal kerana tempat ini agak on demand. Memang kene booked awal-awal. Tarikh yang dipilih sangat cantik cuma risau Hazzy akan bersalin awal daripada due date yang ditetapkan.




Ruang sauna yang sangat sesuai untuk melancarkan pengedaran darah.

Pemandangan kami sangat cantik dan indah iaitu pemandangan padang golf.

Ruang lapang ini selalunya digunakan untuk event seperti majlis perkahwinan atau family day.





Terdapat juga trampoline sebagai aktiviti riadah pada waktu petang.






Mak, Kak Long dan Little Zafirah.

Kononnya nak buat photoshoot untuk majalah Maskulin, akhirnya jatuh tersembam macam nangka busuk.

Setibanya kami di Templer Park ini, kami berjumpa dengan Mr. Han dan dia membawa kami ke ruang-ruang yang berkaitan. Dia menunjukkan aktiviti yang bisa dilakukan, semua peralatan serta cara penggunaanya dan bilik-bilik tidur kami. Dia juga menunjukkan langkah-langkah keselamatan daripada serangan monyet. Terdapat patung harimau yang akan menakutkan monyet-monyet tersebut. Mr. Han mencadangkan untuk mulakan aktiviti petang dengan sauna untuk melancarkan peredaran darah lalu terus terjun kolam untuk menikmati perasaan yang sangat nikmat.



Sebuah kontena kayu yang dilangkapi set sauna. Kami ber-sauna selama 15 minit dan menikmati perasaan "dipanggang" di dalam kontena ini.

Muka-muka selepas dipanggang. Semua kelihatan sangat fresh.

Selepas semua dipanggang, kami semua terjun kolam renang. Kolam renang ini merupakan sebuah private pool sebab kami memang booked tempat ni for the whole 2 days. Memang kami conquer habis-habisan. Kami berendam lebih kurang beberapa jam dan keluar apabila azan maghrib. Perasaan apabila berendam dalam air yang sejuk setelah bersauna sememangnya sangat nikmat. 

Apabila jam menunjukkan jam 7.00 malam, kami naik bilik dan bersiap untuk makan malam. Abang Long mengambil alih tugas untuk memulakan BBQ. Menu malam ini sangat special iaitu kambing panggang, ayam bakar, sosej, salad dan cheeseburger. Apabila perut lapar, sememangnya kami makan seperti piranha yang menyerang makanan.




Three little monkeys.

Daripada model majalah maskulin yang jatuh tersembam kepada majalah mangga. 




Di sini disediakan pelampung unicorn dan boleh bersantai seperti gambar di atas.




Abah sedang menakutkan monyet dengan patung harimau tersebut.




Gedikz Family BBQ Dinner 2019.



Selepas makan, kami terus tidur. Bilik di sini tersangatlah selesa. 4 bilik disediakan (3 bilik biasa, sebuah master bedroom) untuk para pengunjung. Kami tidur awal untuk sarapan sambil menikmati suasana sunrise esok pagi.

Esoknya, selepas sarapan kami menghabiskan baki masa dengan semua aktiviti yang ada, bersauna dan berendam dalam swimming pool. Kami perlu check-out tepat pada 12.00 tengah hari kerana pengunjung seterusnya akan tiba jam 2.00 petang.










Bye-bye Horsea, jumpa lagi 5 tahun akan datang.

Percutian ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu hilangkan stress dan tekanan kerana tempat ini sangat tenang. Kepada nature-lover seperti Tarot, tempat ini patut menjadi bucketlist anda. Tempat ini sangat bagus untuk keluar daripada bandar yang penuh dengan pencemaran dan keserabutan moden.

Jika anda berminat dan mahu informasi yang lebih, anda boleh klik link di bawah.


3 comments: