Sambungan daripada (Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah - Program Sukarelawan Haiwan Terancam 2.0 Anjuran Kelab Sukarelawan UniMAP kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar 2017/ 2018).
Setelah tiba di homestay yang terletak di daerah Mentakab, kami mandi, solat dan berehat sejenak. Beberapa peserta lelaki telah bergerak ke homestay perempuan untuk mulakan bara api untuk BBQ pada malam ini. Seperti biasa, setelah aktiviti sukarelawan, pasti ada makan BBQ.
Manakala beberapa peserta sedang berusaha untuk menyediakan makan malam kami, peserta yang tidak terlibat berkumpul untuk slot ice-breaking. Slot ini dimulakan dengan pengenalan diri lalu bermain games yang diacarakan oleh kumpulan urusetia. Walaupun Tarot juga merupakan urusetia, tetapi Tarot lebih berminat untuk join permainan sekali.
Sesi pengenalan diri dan slot perkongsian diadakan sesama peserta.
Ayam bakar kelihatan sangat lazat untuk dijamah, masing-masing perut tengah lapar.
Kami sangat bernasib baik kerana kebetulan jiran belakang sedang mengadakan majlis hari jadi. Mereka dengan baik hatinya memberi sedikit juadah majlis mereka kepada kami. Terima kasih kepada jiran yang baik hati.
Setelah selesai makan, Pian memberikan taklimat untuk perjalanan dan atur cara program pada esok hari. Kami mengemas segala benda yang perlu dikemaskan dan Grab Hakim dan Grab Pian memulakan tugas mereka sebagai pemandu Grab Van. Memandangkan mereka berdua sahaja yang berani untuk membawa van jadi mereka bergilir-gilir untuk menghantar peserta lelaki pulang.
Tarot dan beberapa rakan yang lain mengambil trip yang terakhir atas faktor-faktor tertentu. Memandangkan kami sudah sewa van dengan harga yang agak tinggi, kami mengambil peluang berjalan-jalan pekan Mentakab. Niat untuk cucuk bintang tapi akhirnya destinasi kami hanyalah 7 Eleven. Bolehlah untuk mengenali daerah Menatakab. HAHA.
Tarot, Amar Sutramaya, Harith Dedi, Hafiz Wandany dan Grab Pian berwefie di cermin 7 Eleven Mentakab.
Malam ini kami tidur nyenyak dan tidak sedarkan diri sehingga esok. Kami bangun awal, bersarapan dan bersedia untuk aktiviti hari ini pula. Macam biasa, Tarot yang paling lewat untuk bangun.
Kami mengambil masa 30 minit untuk tiba di Deerland dan tiket masuk hanyalah RM5.00. Kami mendapat peluang untuk memberi makanan kepada rusa dengan lebih dekat. Rusa tersebut sangat jinak, kanak-kanak akan sangat teruja dengan pengalaman ini. Akan tetapi, kami yang tua kelihatan lebih excited daripada kanak-kanak apabila dapat memberi makanan kepada rusa tersebut. Terdapat juga haiwan-haiwan lain seperti burung unta, kucing, ular dan banyak lagi. Main attraction dia memang rusa sahaja di sini.
Kami mengambil Group Photo sebelum masuk ke dalam Deerland.
Memandangkan Acap Hasbi juga hendak masuk dalam gambar, beliau mengajar Pak Cik Driver Bas untuk mengambil gambar.
Akhirnya, beliau juga berada dalam gambar.
Apa yang gatal sangat? Kenapa semua orang menggaru waktu ini?
Hakak-hakak A-Heart Volunteer.
Tarot terlebih excited dapat memberi makanan kepada rusa tersebut.
Try Hard untuk berselfie dengan rusa ini.
Kalau rasa tak cukup dekat, pengunjung dibenarkan untuk masuk ke dalam kandang ini untuk dapatkan pengalaman yang lebih dekat bersama rusa.
Mat Dan juga ingin memberi makanan kepada rusa ini.
Rusa ini kelihatan takut dengan kesadoan Mat Dan.
"Hurmm....tiada siapa hendak selfie dengan Strichy ke??"
"Yeay!!! Ada juga yang berselfie dengan Strichy, rasa famous plak"
Selepas puas tengok-tengok binatang, kami terus ke destinasi terakhir iaitu makan tengahari di Lemang To'ki, Bintong. Di sini memang ramai pengunjung tambah-tambah lagi waktu peak hour orang lunch. Akan tetapi, menu di sini sangat pelbagai dari kuih-muih, kambing, cendol, ais krim dan paling penting lemang. Tarot memang recomend makan di sini dengan harga yang so-so dan menu yang sangat lazat.
Selepas selesai makan, kami terus balik Perlis. :)
Meor sorang sahaja macam untuk 5 orang makan.
Badan sudah penat, perut sudah kenyang. Apa lagi? Masing-masing membuta...
No comments:
Post a Comment