nuffnang adds

Thursday, July 4, 2019

UVoC Explore 3.1 | Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin (TUMEC), Kuala Dungun


Program ini merupakan program ketiga yang melibatkan Pemuliharaan Haiwan Terancam, dan kali ini UVoC telah memilih penyu sebagai targeted haiwan terancam. Terdapat banyak rebranding yang dilakukan sejak program Haiwan Terancam yang lalu. Antaranya, nama kelab itu sendiri diperbaharui dari Kelab Sukarelawan UniMAP (KSU) telah menjadi UniMAP Volunteer Club (UVoC). Selain itu, nama program bertukar menjadi UVoC Explore 3.1 berbanding nama program yang dahulu iaitu Program Pemuliharaan Haiwan Terancam. Jika sesiapa yang sudah terlupa atau ingin flashback program Haiwan Terancam 1.0 dan 2.0, sila klik link di bawah.


Akan tetapi, kali ini Tarot hanya menjadi peserta biasa. Tarot sudah memasuki tahun dan semester terakhir sebagai mahasiswa UniMAP dan sangat sibuk dengan Final Year Project II. Tarot masih mengambil peluang untuk menyertai program ini kerana Tarot tidak mahu lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan penyu. Kali ini, Syara telah menjadi Pengarah Program untuk UVoC Explore 3.1.

Perjalanan ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC), Kuala Dungun ini agak jauh jadi kami bertolak pada malam hari. Pusat ini merupakan pusat penyelidikan bagi penyu dan spesies terancam termasuklah dugong dan mamalia marin seperti ikan lumba-lumba dan ikan paus.

TUMEC terletak di Rantau Abang dan pusat ini berada di bawah pegurusan Jabatan Perikanan Malaysia. Pusat ini telah siap dibina pada akhir tahun 1998 dan terkenal dengan kawasan pendaratan penyu. Fungsi tempat ini adalah sebagai usaha memulihara dan meyelamatkan penyu dari ancaman kepupusan serta menjadikan pusat ini sebagai Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan Serantau bagi biodiversiti marin yang terancam. Selain itu, pusat ini bertanggungjawab untuk meyelamatkan dan  menstabilkan ekosistem marin.

Untuk pengetahuan semua, Syara telah mengambil bahagian dalam program Haiwan Terancam 2.0 di Kuala Gandah, Pahang. Di sanalah, aura pengarah itu tercipta lalu menjadi pengarah program kali ini.


Walaupun Tarot hanya peserta tetapi masih mengambil tugas hal-ehwal baju program. Memang spesis tidak boleh duduk diam.

Sesi penyerahan baju kepada Prof. Foad merangkap TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Sesi Fotografi bersama Dato Zul Azhar sebelum pelepasan ke Kuala Dungun.

Orang-orang kuat iaitu Pian, Presiden Zuhair dan Presiden Irwan kelihatan teruja untuk memulakan program.

Kami disambut oleh pihak TUMEC iaitu Abang Fadh dan Cikgu Tarmimi lalu terus diberikan taklimat tentang tempat ini dan tetatif program sepanjang hari ini.


Tarot dan Ajam merupakan spesis tidak boleh tengok kamera, mesti kena posing. Manakala Amar dan Jiji kelihatan sangat tekun mendengar taklimat sampat terkemut-kemut muka.


Tarot tidak pasti apa taklimat yang disampaikan pada waktu ini, kelihatan Mat Dan, Meor dan Paan sangat terkebil-kebil cuba untuk faham apa yang disampaikan.

Manakala Pengarah Syara lain pula ceritanya, terhibur dengan kata-kata yang disampaikan oleh Cikgu Tarmimi.

Macam biasa, sebelum memulakan aktiviti sukarelawan, harus ada group photo.

Kami mulakan aktiviti sukarelawan iaitu membersihkan kawasan pantai. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk menyelamatkan spesis penyu kerana penyu akan lebih cenderung untuk bertelur di pantai yang bersih. Jika pantai tersebut penuh dengan sampah-sarap, proses bertelur itu akan menjadi lebih mencabar dan menyukarkan penyu tersebut untuk bergerak. Kami selaku sukarelawan telah bersedia mental dan fizikal untuk mengutip segala sampah-sarap di pantai tersebut.

Setelah lebih kurang satu sehingga dua jam melakukan proses beach-cleaning, kami mengumpulkan pelbagai jenis sampah. Sampah yang dikutip termasuklah berus gigi, botol air, botol arak dan macam-macam lagilah, Tarot sampai lupa jenis sampah tersebut. Lagi menarik, terdapat pelbagai sampah yang berasal dari Thailand dan Korea, kami agak terkejut betapa jauhnya sampah itu merantau. Mungkinlah produk tersebut ada dijual di Malaysia tetapi logik juga jika sampah tersebut memang asal dari Thailand dan Korea.

Setelah Cikgu menyuruh semua berhenti dan berkumpul untuk mengumpulkan sampah yang dikutip, beliau mengeluarkan sebuah penimbang untuk menimbang semua sampah yang dikutip. Kami agak berbangga dengan jumlah yang dikutip iaitu 361 kilogram. Selepas itu, kami muhasabah diri, 361 kilogram hanya di sebahagian kawasan pantai yang sangat kecil, boleh bayang betapa banyak sampah di laut yang mengancam habitat-habitat laut terutamnya penyu. Tepuk dada, tanya selera.


Semua peserta bersedia dengan plastik sampah untuk memulakan aktiviti beach-cleaning.


Cikgu dan Abang Fadh juga turut membantu untuk aktiviti ini.

Ezio selaku photographer program juga turut beraksi dengan penuh bergaya.


Macam biasa, Pengarah Program pasti yang paling perform antara semua.


"It's a Sick World We Live IN"  - KHALIM AZIZI, 2019

Ini apa?? Miss Universe untuk model sampah ke?




Meor kenapa ya? Tadi muka terkebil-kebil, sekarang muka penuh dengan kerisauan. Mungkin terlalu bimbang dengan penyu-penyu di sini.






Firza, Amar Sutramaya dan Syara mengambil alih tugas untuk menghitung berat sampah yang dikumpulkan.

"We are the heroes!!"

Mat Dan punya photoshoot lain macam sikit, macam photoshoot untuk cover majalah Maskulin.

Hanya tinggal 4 peserta yang setia dan bertahan dari program Haiwan Terancam 1.0, Haiwan Terancam 2.0 sehingga UVoC Explore 3.1. Kami menggelarkan diri kami Ikon Haiwan Terancam, walaupun tidak pernah wujud term tu. Mungkin wajar untuk diciptakan kelak.

Murshidah join photoshoot kami.

Setelah kami mengangkat sampah tersebut ke tempat pembuangan sampah, kami berehat seketika. Kami sangat dahaga setelah lebih sejam beraktiviti di bawah pancaran matahari yang agak menyengat. Kami diberikan air sebelum memasuki bilik kuliah untuk sesi taklimat. Taklimat yang diberikan oleh Cikgu dan Abang Fadh sangat berguna. Taklimat tersebut termasuklah, kes-kes yang pernah berlaku melibatkan haiwan-haiwan terancam, spesis-spesis terancam, jenis-jenis penyu dan banyak lagi informasi yang berguna.


Abang Fadh sedang menerangkan jenis-jenis penyu yang popular di Malaysia. Menurut Abang Fadh, Penyu Belimbing merupakan penyu paling common di Malaysia.


Presiden Sekretariat Rakan Muda (SRM) dan Presiden UVoC terlampau perform sebentar tadi sehingga tewas di sini.


Fakta menarik, penyu sangat penting dalam mengawal populasi obor-obor. Obor-obor yang berlebihan bisa menjejaskan populasi ikan. Senang cerita penyu ini penting untuk menyeimbangi ekosistem dan rantaian makanan dalam laut.


Muka masing sedang tekun mendengar taklimat, kelihatan ada juga yang tahan mata daripada terlelap.

Setelah tamat sesi taklimat, sesi pertukaran cenderahati antara UniMAP dan pihak TUMEC berlangsung.


Tarot sedang acah untuk melontarkan pandangan dan idea tentang isu populasi penyu yang terancam walhal semua orang dah keluar untuk slot aktiviti yang seterusnya.


Slot aktiviti yang terakhir merupakan pembersihan penyu. Pusat ini tidak memelihara banyak penyu, yang ada hanya beberapa ekor penyu yang perlu dapatkan rawatan atas faktor-faktor tertentu. Banyak juga penerangan dan pengetahuan yang diberikan daripada Cikgu Tarmimi dan Abang Fadh mengenai penyu-penyu yang dipulihara di sini. Kami juga mengambil peluang untuk membersihkan besen atau periuk, Tarot juga tidak pasti apa tu, di mana penyu tersebut diberi rawatan. Abang Fadh juga memberi kami peluang untuk membersihkan penyu-penyu tersebut. Peluang tersebut memang tidak akan dapat di mana-mana jadi kami rebut peluang untuk membersihkan penyu-penyu di sini. Abang Fadh memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi dengan penyu tersebut dengan lebih dekat. 


Firza sedang melakukan pemerhatian terhadap cengkerang penyu ini. Begitu tajam sekali pemerhatiannya.

"What are you doing hooman?? Am I a joke to you??"











Photoshoot terakhir di TUMEC sebelum berangkat pulang ke UniMAP.



Skuad Rumah No 12 - Tingkat 3 - Blok B. Rumah yang selalu buat bising, makan maggi tengah-tengah malam, mandi berjemaah, selalu keluar awal, selalu balik lambat.


Barisan Mantan MPP dan Sekretariat MPP 2017/ 2018. 

Tarot dan Mat Dan. Harap Mat Dan jangan berhenti daripada menyertai program sukarelawan dan menjadi Ikon Haiwan Terancam (tak pernah wujud pon Anugerah ini)

Setelah selesai menyertai program ini, Tarot boleh simpulkan bukan dari program ini sahaja malah program-program kelestarian alam yang lain, program seperti ini wajar untuk diberi penekanan dan perhatian di mata universiti. Program-program seperti ini sememangnya bisa membuka mata para peserta untuk melihat sendiri mengenai kepentingan alam semulajadi dan apa yang telah kita lakukan sebagai penduduk mukabumi ini. Semakin banyak kami meneroka dari pulau, tasik, gunung, bukit, hutan, pantai dan segala bentuk alam semula jadi semakin kita sedar bahawa alam semakin musnah oleh tindakan manusia.

Seperti Tarot katakan, jika program seperti ini diteruskan dan diberi perhatian, semakin ramai pelajar lebih-lebih lagi pelajar IPT yang akan mementingkan dan mengambil bahagian dalam usaha mengekalkan kelestarian alam. Pelajar IPT atau mana-mana pelajar di Malaysia kebanyakkanya terdiri daripada golongan belia dan mereka yang bakal mencorakkan masa depan sesebuah negara tersebut. Masa depan sesebuah negara itu terletak pada ekonomi negara tersebut dan ekonomi negara tersebut, majoritinya terletak pada sumber alam negara itu. Wajar untuk mereka diberi pendedahan tentang kepentingan alam pada usia hijau mereka ini.

Sebagai penutup bicara, Tarot ingin sarankan kepada golongan-golongan belia atau remaja untuk mengikuti beberapa langkah yang kecil akan tetapi mempunyai impak yang besar untuk alam. Pertama, sila kurangkan penggunaan beg plastik dan kedua hapuskan atau kurangkan penggunaan straw. Dua perkara ini sangat senang untuk dilakukan dan kelihatan sangat kecil tetapi palstik dan straw tersebut bisa membunuh.

Jika anda mempunyai pandangan tentang Populasi Penyu berada di Tahap yang Membimbangkan, sila komen di ruangan komen di bawah.


3 comments:

  1. Bila nk buat blog pasal aku? Kau tau sapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah ni nak teka ni, boleh je kalau bagi pendapat atau pandangan atau apa-apa kisah yang boleh dikongsi

      Delete
  2. Syabas sukarelawan semua semoga usaha anda diberkati dan penyu-penyu dapat meneruskan hidup dan membiak dengan baik.

    Huhuhuuhu.... banyaknya sampah buruknya sesetengah peragai manusia itu sendiri membuang samaph ditempat yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete