Tujuan Tarot datang ke Bangi adalah sebab Tarot menguruskan rumah sewa Big-Bro dan ada penyewa yang hendak sign agreement pada hari ini. Jadi semua proses termasuklah serah kunci dan bayaran deposit harus dilakukan secara face-to-face, jadi Tarot harus datang ke Bangi untuk semua proses tersebut.
Setelah selesai semua kerja, Tarot ajak Mak untuk lunch. Mak kata yang dia tidak kisah dan prefer makan kedai hipster. Kami Tarot google cafe hipster di Bangi dan Cafe Red Card yang muncul dalam carian. Kami pon setuju kerana cafe ini mendapat review yang bagus dari para pengunjung.
Setelah selesai semua kerja, Tarot ajak Mak untuk lunch. Mak kata yang dia tidak kisah dan prefer makan kedai hipster. Kami Tarot google cafe hipster di Bangi dan Cafe Red Card yang muncul dalam carian. Kami pon setuju kerana cafe ini mendapat review yang bagus dari para pengunjung.
Tempatnya sangat bersih, kondusif dan sesuai untuk keluarga besar. Menu agak variasi dari segi appetizer, desserts dan minuman. Cuma Tarot agak kecewa menu entrees tidak memvariasikan hidangan daging kerana Tarot sangat gemar daging. Jadi Tarot order Chicken Chop dan Mak order Mexican-Style Roasted Chicken.
Mak tengah tenung apa tu???
Belgian Waffles with Banana and Chocolate. Rasa dia memang terbaik sebab waffles dia sangat rangup di luar dan lembut di dalam. Memang berbaloi la order.
Hot Latte Coffee. Untuk penggemar coffee macam Mak memang akan minat lah. Tarot minum sampai tersembur sebab terlampau pahit.
Apa yang Tarot boleh beri review, tempat memang sangat bersih dan kondusif. Dari segi makanan, chicken chop dia agak berminyak kat bahagian luar. Maybe dia masak lama tetapi rasa dia masih sedap. Kuah black pepper memang terbaik, antara kuah yang tersedap Tarot pernah rasa. Mak puji dia punya salah kerana Salah dia dihidangkan dengan sayur yang fresh dan enak. Lagi satu, portion satu hidangan memang sangat banyak. Kira memang terlebih daripada cukuplah kalau order satu hidangan pon. Dari segi harga, memang standard harga cafe hipster kat area KL dan Selangor ni.
Tarot boleh bagi rate 7/10 untuk Red Card Cafe ini. Kalau sesiapa yang rasa macam nak makan kat sini, boleh klik link di bawah.
https://www.facebook.com/redcardcafe/
No comments:
Post a Comment