nuffnang adds

Saturday, July 20, 2019

MOH KE BANGKOK DENGAN SINGAPORE AIRLINES | Dapatkan Harga Tiket Murah Menggunakan Traveloka




NAK TAHU BAGAIMANA CARA NAK BOOKED TIKET KE BANGKOK DENGAN CARA PALING MURAH DAN SENANG??


MARI TAROT CERITAKAN!!



Thailand merupakan salah satu destinasi travel yang menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun pelancong asing. Negara ini mempunyai daya tarikannya sendiri yang menarik dan unik menjadikan negara ini negara yang popular untuk dikunjungi. Bagi yang belum atau teringin untuk melawat negara ini, Tarot sarankan cara untuk dapatkan tiket dengan harga terbaik iaitu menggunakan apps Traveloka. Apps ini merupakan apps terkini yang anda boleh survey untuk harga-harga yang paling best. Kalau kita dapat book singapore airlines malaysia air ticket kita tidak perlu peningkan kepala kita untuk survey harga tiket di tempat lain.

Apa yang menarik Singapore Airline ini??


Mari Tarot ceritakan apa yang menarik pada Singapore Airlines ini dan Tarot akan ceritakan tentang jenis-jenis seat yang anda boleh booked.


1. Economy Class


  • Economy Class ini merupakan jenis seat yang paling common yang dipilih kerana lebih murah compare to other seats. Dengan economy class ini anda boleh dapat seat yang selesa sebab ruang kaki anda yang agak luas. Memang sesuai bagi mereka yang mempunyai kaki yang panjang. Selain itu anda diberi perkhidmatan hiburan yang anda boleh layan iaitu Krisworld. Manakala untuk makanan pula, anda boleh order yang standard dan kalau anda mahukan sepcial request, anda perlu maklumkan kepada pihak mereka sebelum memulakan penerbangan.

2. Premium Economy Class


  • Untuk seat Premium Economy Class, anda boleh dapat seat yang lebih luas. Anda juga diberikan ruangan USB port untuk mengecas phone anda. Dari segi makanan pula, anda boleh order menu pilihan anda 24 jam sebelum penerbangan.

3. Business Class


  • Bagi Business Class pula, seat agak special kerana seat boleh bertukar menjadi katil. Memang sesuai bagi mereka yang travel jauh tetapi bajet dia lebih tinggi compare seat yang lain. Makanan pulak memang awesome dan anda boleh order 24 jam sebelum penerbangan anda mengikut menu kesukaan anda. First class yang paling mewah sebab anda akan dapat seat yang lagi luas dari business class siap dilengkapi dengan sarapan jika penerbangan anda pada waktu pagi.


Anda nak tahu bangaimana untuk dapatkan cheapest flights to bangkok


Mula-mula sekali selepas anda bukak apps Traveloka, anda cuba cari Singapore Airlines atau sila klik link ini https://www.traveloka.com/en-my/singapore-airlines dan di situ anda boleh nampak segala info yang ada tentang airlines ini. Singapore Airlines ini antara syarikat penerbangan yang terbesar di Asia Tenggara dan penerbangan ini boleh menerbangkan ke lebih kurang 62 destinasi setakat ini. 

Untuk membuat tempahan, anda pergi ke "search flight" dan isikan info yang perlu diisi especially date yang anda hendak pergi. Dari situ anda sudah boleh melakukan perbandingan dan pemerhatian mengenai harga tiket yang murah. Biasanya selepas anda klik "search", anda akan dapat tengok list of flights yang tertera dan yang paling murah di situ. Anda pilih Singapore Airlines dengan menggunakan filter yang ada. Dari situ anda boleh tengok Singapore Airlines yang available.

Suasana Wat Arun atau Temple of the Dawn yang sangat indah untuk dinikmati pada waktu senja.


Wat Arun antara tempat wajib bagi mereka yang melancong ke Bangkok. Wat Arun ataupun digelar Temple of the Dawn ini telah wujud sejak zaman peperangan antara Siam dan Burma lagi. Dalam peperangan ini Siam telah dikalahkan, namun begitu mereka yang tidak gugur dalam peperangan menentang Burma termasuklah general angkatan perang, General Taksin, telah menghasilkan tokong ini. Di sinilah juga raja Thailand kemudiannya mula buat istana. Tokong yang tinggi dia sekitar 79 meter ini terletak bersebalahan dengan Sungai Chao Phraya. Waktu yang paling menarik untuk melawati Wat Arun adalah sewaktu sebelum matahari terbenam kerana korang akan disajikan dengan view yang menakjubkan matahari terbenam di sebalik Sungai Chao Phraya.





Pada sekitar tahun 1950-an, East Asiatic Company telah membeli sebidang tanah di sekitar satu tokong. Salah satu daripada perjanjian pembelian tu adalah untuk membuang satu patung Buddha yang dibuat daripada plaster yang terletak di tanah ini. Namun begitu, ketika patung ini cuba diangkat menggunakan kren, kabelnya putus kerana keberatan patung ini yang agak luar biasa. Kerja-kerja pembuangan patung ini pun dibiarkan semalaman. Dikatakan pada waktu itu musim hujan sedang melanda Thailand, esok paginya, beberapa orang sami telah melalui kawasan patung Buddha ini dan terlihat kilauan cahaya daripada lapisan plaster patung ini. Lapisan ini kemudiannya dibuang mendedahkan satu patung Buddha yang tinggi dia 3.5 m yang diperbuat daripada 5.5 ton emas asli, inilah dia Wat Traimit, satu tokong dengan patung Buddha emas yang tidak diketahui asal-usulnya walaupun dah banyak kajian dilakukan. Sisa-sisa plaster patung ini juga turut dipamerkan di sini. 

Awesomekan kalau dapat bercuti ke Bangkok dengan cheap flight Singapore Airlines, selamat bajet kita.



3 comments:

  1. Seronoknya dapat bercuti.. lagi seronok kalau kena dengan bajet kita..

    ReplyDelete
  2. dalam wishlist ekin jugak ni nak pi bangkok suatu hari nanti

    ReplyDelete
  3. teringin nak travel singapore..anyway jemput join GA ini https://penselduabee.blogspot.com/2019/10/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete