nuffnang adds

Tuesday, July 9, 2019

Jalinan Ukhwah Siswa bersama Orang Asli (JUSOA) di Sungai Siput, Perak anjuran Universiti Malaysia Perlis


Program Jalinan Ukhwah Siswa bersama Orang Asli ini sepatutnya menjadi program Tarot semasa zaman Majlis Perwakilan Pelajar 2017/ 2018 dahulu. Akan tetapi, dengan kekangan masa dan tenaga kerja pada waktu itu, program ini dibiarkan tergantung sepi. Selain itu juga program ini sepatutnya program Tarot bersama Jijie yang juga sangat sibuk sehingga kami tidak dapat mencari tarikh yang sesuai. Roomate Tarot, Al-Hafiz mendapat tahu tentang program ini dan berminat untuk mengambil porgram ini dan letak di bawah Angkatan Pertahanan Awam (APM). Kami berbincang-bincang dan akhirnya bersetuju untuk bekerjasama antara APM dan Mantan MPP. Asalnya program ini diadakan di Sungai Chiong, Gerik tetapi atas faktor-faktor tertentu lokasi terpaksa ditukarkan.

Setelah beberapa bulan membuat persiapan dan mengharungi pelbagai jenis cabaran, akhirnya hari program sudah tiba. Kami mendoakan semua berjalan dengan lancar. Seperti biasa, kami mengambil perjalanan malam supaya kami tiba di Kampung Pos Perwor yang terletak di Sungai Siput seawal 7.00 pagi. Program ini juga bekerjasama dengan badan bebas iaitu Petubuhan Kembara At Taqwa Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai PERKAT. Malam itu kami bertolak pada pukul 12.00 tengah malam.

Mantan MPP yang hadir hanyalah Tarot, Syaf, Marsha dan Sahabat Razi.

Kami tiba di Masjid Bawong lebih kurang pada 7.00 pagi dan kami bersiap dan solat subuh di sini. Apabila semua sudah bersedia, kami terus gerak naik ke Sekolah Pos Perwor. Jalan ke Kampung ini agak curam, bas kami mengalami sedikit kerosakan sebaik tiba di kampung ini. Setibanya, kami ke sekolah ini, kami terus mula dengan slot yang pertama iaitu slot senaman pagi dan zumba. Selepas tamat slot ini, kami terus ke dewan makan untuk teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang seterusnya.


Encik Jan merupakan Pengerusi kepada PERKAT, memberikan sedikit ucapan dan kata-kata aluan kepada peserta dan kana-kanak orang asli sebelum aktiviti bermula.

APM mempunyai Fahmi selaku coordinator untuk senaman pagi dan zumba. Beliau sangat terlatih dan mempunyai bakat yang luar biasa. 

"Letak tangan anda di pipi, tolak ke kiri!!!"



Zaim tidak melepaskan peluang untuk berselfie dengan kanak-kanak orang asli.

Setelah tamat slot panaskan badan, Fahmi teruskan dengan Zumba.

"Bertepuk-tepuk tangan, Bertepuk jangan segan"



Peserta paling WIN ialah Meor selaku pelopor kepada "Tarian Sauk". Beliau telah menunjukkan aksi yang lincah, bergaya dan penuh karisma.

Macam biasa juga. setelah selesai slot senaman pagi dan zumba, kami adakan sesi group photo.

Sahabat Razi selaku exco aktiviti sedang membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan.


Setelah tamat slot senaman pagi, semua peserta dan kanak-kanak orang asli bersarapan pagi. Sarapan pagi kami telah disediakan oleh team daripada PERKAT dan turut dibantu oleh exco-exco makanan yang ditugaskan. Afiq selaku ketua exco makanan memastikan kelancaran dan hal-ehwal makanan terjaga sepanjang program ini.

Selepas selesai makan, semua kanak-kanak orang asli berada dalam kumpulan masing-masing dan mempunyai seorang anggota APM sebagai facilitator. Facilitator ini ditugaskan untuk menerangkan atau menerapkan ilmu mengenai asas pertolongan cemas dan persediaan menghadapi bencana. Kami rasa mereka lebih mahir tentang ini tetapi niat kami hanya mengajar. Tugas ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak APM kerana mereka mempunyai modul yang lengkap mengenai pengetahuan dan ilmu-ilmu pertolongan cemas.

Walaupun last minute Afiq dilantik sebagai ketua Exco Makanan, namun beliau tetapi perform seperti dahulu kala.

Exco-exco makanan yang sangat perform.


Sesi penerangan bermula, kertas mahjong sebagai medium untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting mengenai pertolongan cemas.




Al-Hafiz sedang melakukan simulasi jika terdapat letupan yang berlaku. Apabila beliau menjerit "Letupan!! Letupan!! Letupan!!", semua orang harus meniarap dan meletakkan kedua-dua belah tengan di belakang kepala.

Sahabat Razi pula sedang melakukan simulasi wanita yang hendak bersalin. Budak ni memang masuk air sejak dahulu.



Syifa sedang fokus untuk menyediakan makanan tengah hari untuk kami semua.


Selepas makan tengah hari, slot aktiviti diteruskan dengan simulasi pertolongan cemas. Aktiviti ini lebih menarik kerana para APM akan memberi sebuah situasi kepada setiap kumpulan dan mereka harus bekerjasama untuk memberi apa-apa bentuk pertolongan cemas yang berkenaan. Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka terlibat dalam kemalangan dan tangannya patah. Facilitator akan membantu mereka untuk memberikan asas pertolongan cemas menggunakan peralatan yang disediakan seperti kain, tali dan kayu. 

Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi kami, hujan turun dengan agak lebat. Aktiviti ini pula merupakan aktiviti outdoor, jadi Al-Hafiz terpaksa tukar kepada Plan B iaitu teruskan aktiviti di dalam dewan. Instead menggunakan kayu, mereka tukarkan kepada kertas. Kami agak kecewa kerana kayu-kayu yang dikutip tidak dapat digunakan.

Sebelum hujan, Yasser, Paan dan Yus sedang menyeberangi sungai untuk mendapatkan kayu dan buluh untuk aktiviti simulasi pertolongan cemas.

Meanwhile, Meor sedang berphotoshoot di sini instead of tolong mereka. Kalau anda ingin tahu, Meor menghadapi situasi cemas apabila hampir hanyut dibawa arus. Nasib baik beliau sempat menyelamatkan diri sendiri.

By the way, gambar ini mendapat perhatian Maya Karin malah Maya Karin turut Retweet gambar ini. Meor bangga kerana beliau menjadi famous seketika.


Selepas kami mengutip dan menyediakan segala peralatan untuk aktiviti tersebut, hujan pon turun sehingga Al-Hafiz terpaksa tukar plan-nya yang asal.

Zaim sedang menerangkan kepada kanak-kanak tentang asas pertolongan cemas.

Selepas tamat segala slot aktiviti pertolongan cemas dan latihan menghadapai bencana, mereka dinilai dan diberi markah. Kumpulan yang mendapat merkah tertinggi akan dinobatkan sebagai juara kumpulan. Selepas ini, kami sepatutnya medapat peluang untuk menyumpit. Akan tetapi, mereka berkata terdapat sebuah festival orang asli yang berlaku waktu yang sama di kampung sebelah, sehingga tiada penyumpit yang available.

Setelah Encik Jan berunding dengan mereka, akhirnya kami dapat juga merasa pengalaman itu. Peluang menyumpit ini bukan pengalaman yang biasa dan tidak dapat di mana-mana. Hampir semua peserta mengambil peluang untuk menyumpit. Selepas slot menyumpit, kami semua terjun sungai kerana masing-masing sudah tidak sabar untuk berendam. Walaupun keadaan sungai itu kelihatan menakutkan dan bahaya kerana selepas hujan arus sungai kelihatan laju, tetapi kami merupakan geng berani mati terjun juga dan bermain dengan rapid water



Peserta-peserta program JUSOA bergambar bersama Pengerusi PERKAT, Encik Jan.


Penduduk kampung Orang Asli sedang menunjukkan cara-cara menyumpit dengan betul. Mereka juga menerangkan tentang asal-usul sumpit dan banyak lagi pengetahuan tentang sumpit.


Al-Hafiz sedang fokus untuk meyumpit di target yang tergantung di tiang gol.

Ini gaya mereka selepas merasai pengalaman menyumpit.


Ezio dan Sahabat Razi.

Selepas tamat aktiviti menyumpit, ramai-ramai turun sungai. Semua kelihatan tidak sabar untuk berendam.



Pada awalnya kami hanya bertenggek di atas batu dan melepak. Akhirnya kami terus ke bahagian sungai yang lebih deras apabila diajak oleh kanak-kanak Orang Asli tersebut. Kami yakin dengan mereka memandangkan di sinilah "tempat bermain" mereka.

Muka-muka selepas dihanyutkan oleh rapid water, geng berani mati!!

Pada sebelah malam, kami semua bersiap untuk slot malam pula iaitu Malam Kebudayaan. Kami telah merangka dan mengadakan pertandingan Karaoke antara kampung Orang Asli. Kira-kira 200 orang yang hadir pada malam itu untuk menyaksikan dan meyokong peserta-peserta yang bertanding. Sebelum pertandingan bermula, kami adakan sebuah pertukaran budaya apabila mereka mempersembahan Tarian Sewang dan kami membalas dengan tarian Ayam Didik. Tarot juga merupakan salah seorang penari yang menari malam itu.

Amar, Sahabat Razi dan Imran merupakan juri untuk pertandingan tersebut maka mereka menilai dan mengadili setiap persembahan pada malam itu.


Para juri, juruaudit dan jurukamera sedang bersedia dengan peranan masing-masing.


Tarian Sewang membuat persembahan mereka dan menjemput kami untuk mengalami perasaan menjadi salah seorang orang asli.

Tarian Ayam Didik yang menjadi identiti negeri Perlis.


Peserta cilik yang sangat menghiburkan penonton.



Zaim selaku Emcee malam ini sedang bergurau dengan peserta.

Juri kelihatan sangat fokus memerhati dan menilai setiap persembahan yang dipersembahkan.

Selepas tamat kesemua persembahan, para juri mengumpulkan markah dan menyerahkan keputusan kepada Zaim untuk pengumuman pemenang. Semua kelihatan sangat enjoy malam ini baik peserta program mahupun penduduk orang asli sendiri. Selepas tamat slot Malam Kebudayaan ini, peserta lelaki mengambil peluang untuk menggila. Kami semua naik ke atas pentas dan buat show sendiri. Biasalah anak-anak muda, memang pantang apabila dapat karok, ironically salah satu lagu yang kitorang nyanyi ilah lagu Darah Muda daripada Bunkface. Memang kitorang enjoy gila-gila malam itu.

Malam itu, semua terus tidur kerana sangat penat hari ini. Kami, para-para MT dan Azri tidak boleh tidur untuk perbincangan esok hari serta menyiapkan sijil untuk para peserta dan kanak-kanak Orang Asli. Selepas dalam pukul 2.00 pagi baru kami masuk tidur.

Encik Jan menyerahkan hadiah kepada pemenang Pertandingan Karaoke.




Persembahan Darah Muda dari Bunkface. Kelihatan kami tidak ingat lirik hampir keseluruhan lagu.


Sekumpulan orang mabuk dan heartbroken mendendangkan lagu "All Of Me" dari John Legend.

Keesokkan pagi, kami mandi seawal jam 6.00 pagi. Macam biasa, Tarot merupakan paling lewat untuk bangun. Tarot rasa sangat takut untuk mandi kerana Meor menyatakan kesejukan air yang sangat luar biasa. Apabila Tarot mandi, memang....dia punya sejuk tak boleh bawak bincang. Kami bersiap cepat-cepat dan memakai baju program yang di-design oleh Acap Hasbi. Kami mendapat petanda daripada Afiq untuk bersarapan, jadi kami terus bersarapan Nasi Lemak.

Tarot with Ma Bodyguardz, Meor dan Hafiz Wandany.

Amar yang sentiasa perform di mana-mana, tertidur selepas sarapan. Beliau dalam energy-saving mode jadi beliau sedang mengumpul tenaga.


Kami juga mengambil peluang untuk mengendalikan buluh ini yang digunakan sebagai muzik dalam Tarian Sewang. Biasalah, pada usia muda kami semua benda boleh dijadikan bahan untuk berhibur. 


Untuk slot berjalan-jalan sekitar kampung, kami disarakan dan digalakkan untuk membawa barang keperluan harian sebagai barang sumbangan kepada penduduk kampung. Beberapa peserta agak keliru dengan maklumat tersebut jadi mereka tidak membawa apa-apa. Barang-barang keperluan seperti hanger, sikat dan apa-apa amat berguna jika diberikan kepada penduduk orang asli ini. Antara barang-barang yang kami bawa termasuklah bekas alat tulis, pensel warna, sabun basuh baju, berus gigi, dan pelbagai lagi. Kami berkumpul dahulu di hadapan sekolah untuk taklimat ringkas dan selepas itu kami terus bergerak dalam kumpulan. 

Kami menikmati sosioekonomi dan tempat tinggal yang didiami oleh Orang Asli disini. Kami menikmati setiap saat disini kerana ramai antara kami yang tidak pernah masuk ke dalam masyarakat Orang Asli sebelum ini. Afiq membawa coklat yang dalam paket kecil-kecil itu, jadi kami ambil seorang sedikit. Pengalaman paling berharga apabila kami datang dan beri setiap kana-kanak seorang satu coklat tersebut. Apabila kami beredar, mereka akan lambai dan cakap terima kasih. 


Sahabat Razi dan Tarot, selaku dua wakil mantan MPP lelaki dalam program ini.


"Assalamualaikum, rumah ini ada orang tak?? Saya datang untuk memberi sumbangan"

Acap Hasbi kelihatan seperti YB kawasan yang sedang menyerahkan sumbangan kepada penduduk kampung.



Antara selfie paling berharga setakat ini.

Pemandangan yang sangat berharga dan tidak wajar untuk dieksploitasi oleh mana-mana pihak.

"Man is the only animal that refuses to be what he is"


Prof. Ir. Dr. Hj. Rezuwan Hj. Kamaruddin baru tiba jadi kami mengajak beliau untuk bergambar bersama.






Kami juga decide untuk mengambil group photo di rumah Orang Asli ini untuk mengetengahkan keunikan Orang Asli di sini.





Yus, Zulaikha dan Al-Hafiz menyerahkan sumbangan mereka iaitu baju kepada masyarakat setempat.












Selepas tamat slot berjalan sekitar kampung, kami pualng ke sekolah semula dan bersiap untuk majlis penutup. Sebelum itu kami bersihkan segala peralatan, surau dan asrama ke posisi asal. Setelah semua sudah bersedia, majlis penutup bermula. Majlis berakhir dengan penyerahan cenderahati kepada pihak-pihak yang terlibat, seraya semua orang dibawa keluar untuk upacara penanaman pokok. Upacara ini sebagai simbolik ukhwah yang terjalin antara UniMAP dan Sekolah Pos Perwor senang cerita sebagai tanda UniMAP pernah datang ke sini.

Setelah tamat, Prof. terus berangkat pulang dan kami terus menyerahkan sijil dan makan tengah hari. Kami terus berkemas dan bersiap-siap untuk pulang ke UniMAP.


Presiden Irwan merupakan formal emcee untuk majlis penutup.

Amar perform yang sudah bertenaga mengambil tugas mengorek tanah untuk upacara tanam pokok dan pacak signage.



Selfie terakhir antara peserta JUSOA san Encik Jan. Tarot sangat serabut waktu ini sehingga tidak sempat join untuk selfie bersama.


"Selamat Tinggal, SK Pos Perwor. Semoga kita berjumpa lagi"

Apa yang Tarot rasa, masyarakat Orang Asli ini sangat bernilai seperti permata yang wajar untuk kita jaga dan bendung. Seperti kampung ini, mereka mempunyai satu kawasan yang wajar untuk dijadikan sebuah kolam air panas kerana Tarot tidak pasti, tapi mereka mempunyai sumber air panas tersebut. Sebelum ini pihak luar pernah datang untuk membeli kawasan tersebut untuk dijadikan kawasan pelancongan tetapi tidak dipersetujui. 

Tarot rasa Masyarakat Orang Asli merupakan Hidden Gems dalam negara kita jadi hasil dan masyarakat mereka tidak patut dieksploitasi oleh mana-mana pihak. Kami sebagai pelajar atau orang muda ingin pengalaman untuk menikmati gaya hidup masyarakat Orang Asli. Tarot yakin mereka belajar banyak perkara yang mampu membuka mata apabila mereka berada dalam masyarkat Orang Asli ini. Iktibar yang mereka peroleh ini mungkin akan digunakan untuk perubahan masa akan datang. Kami sebagai mahasiswa dan anak muda berdiri dan mempertahanakn kebajikan Orang Asli di Malaysia ini dan menentang pengekploitasian masyarakat Orang Asli.




Video ini merupakan summary untuk sepanjang program ini.





No comments:

Post a Comment