Memandangkan Tarot duduk di rumah masih dalam tempoh "job-hunting", Tarot pernah mengajak untuk makan angin di Cameron Highlands. Sehari pon jadilah sebab saja hendak makan angin di tempat yang sejuk dan rasa angin yang dingin.
Rezeki memang menyebelahi Tarot, Abah dapat job teambuilding di Ulu Camp Village di Gopeng dan Tarot cadangkan alang-alang dah ke Gopeng, apa kata kita singgah Cameron, sehari pon jadilah. Jadi, Abah dan Mak pon setuju dan Tarot bawak sepupu Ustaz Adib dan Azeem memandangkan mereka tidak pernah ke Cameron.
Kami bertolak awal-awal pagi pada hari Selasa, memang tiada orang dan sangat lengang. Kami singgah dahulu di Lata Iskandar untuk menikmati suasana air terjun. Kali terakhir Tarot ke Cameron pada empat tahun lepas iaitu sebelum Tarot memulakan pengajian di UniMAP. Hari ini Tarot baru habis pengajian di UniMAP.
Di sini, Tarot decide untuk naik di bahagian paling atas bersama Azeem dan Ustaz Adib. Di puncak ini, kita dapat menikamati pemandangan air terjun dengan lebih dekat. Airnya yang sangat deras dan melarang pengunjung untuk mandi.
Setelah kami turun, kami mencari Mak dan Abah sebab mereka tidak naik bersama kami. Kami terjumpa mereka di kedai makan, alang-alang tu kami terus makan tengah hari di sini. Suasana memang sangat tenang kerana tiada pengunjung dan tiada kereta lalu-lalang di sini. Memang sangat seronok untuk makan angin di Cameron pada weekdays.
Selepas itu, kami sambung perjalanan dan menikmati pemandangan Cameron yang sangat indah. Perhentian seterusnya ialah Cameron Valley. Mak dan Abah sangat gemar akan Hazelnut Tea di sini. Jadi kami juga order air teh dan kek untuk dinikmati sambil dihidangkan dengan pemandangan ladang tea yang yang hijau.
Orea Cheesecake dan Tiramisu Cake dikelilingi oleh dua Hazelnut Tea, Vanilla Tea dan Chocolate Tea.
Selepas itu, kami decide untuk turun ke ladang teh untuk menikmati ladang teh dengan lebih dekat. Di Cameron Valley menyediakan satu track untuk pengunjung menikmati ladang teh tetapi track tersebut agak kecil dan tidak memberikan kepuasan. Jadi, Abah decide untuk pergi ke Bharat kerana Bharat punya track lebih luas dan boleh turun ke bawah.
Kini, hendak masuk ke ladang teh perlu bayar dengan bayaran RM2.00, last Tarot datang Cameron tidak perlu bayar lagi. Lama betul Tarot tidak datang Cameron, banyak perubahan sudah berlaku.
Pemandangan ladang teh yang menghijau membaluti kawasan berbukit-bukau memberikan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya.
Ini merupakan kali pertama sampai ke kawasan paling bawah di Bharat.
Setelah puas menikmati ladang teh yang menghijau sambil menghirup oksigen yang lebih segar, kami terus gerak ke perhentian seterusnya. Memang sangat tenang di sini, kadang-kala kita memang perlu mencari ketenangan di tempat-tempat seperti ini. Kita perlu "lari" seketika dari bandar yang penuh pencemaran, bunyi yang tidak menyenangkan dan keserabutan moden. Seterusnya, Abah bawa kami ke ladang strawberry tetapi kebanyakkan ladang tutup kerana tiada pengunjung pada hari biasa. Mungkin mereka hanya buka pada weekend dan business mereka mampu cover untuk entire minggu. Kami hanya singgah di sebuah gerai untuk menikmati produk-produk berasaskan strawberry.
Seterusnya, kami terus naik ke kawasan lebih tinggi iaitu Kea Farm. Pada waktu ini, kami mula rasa sejuk kerana kawasan sini lebih tinggi berbanding tempat lain. Pada waktu ini, jam sudah menunjukkan jam 5.00 petang jadi pancaran matahari sudah mula hilang. Sejuk dia tak boleh bawak bincang sehingga nafas kita keluar asap. Abah dan Mak pula tidak membawa baju sejuk jadi Tarot serahkan sweater Tarot kepada Abah.
Di Kea Farm ini paling seronok ialah makan!! Awal-awal lagi kami dah target untuk membeli cendawan goreng dan brokoli goreng. Kami siap request yang baru supaya kami dapat cendawan goreng yang panas-panas. Menikmati cendawan goreng yang panas pada cuaca yang sejuk, Terbaik Beb!!
Model cendawan goreng dan Strawberry Chocolate. Muka Ustaz Adib kanapa blur sangat??
Pada mulanya, Mak cadangkan kami supaya menginap di Kea Farm ini kerana di sini terdapat chalet ke hotel ke tak tahulah, kira tempat untuk menginap la. Di sini agak selesa dan agak luas. Next time kita boleh menginap di sini. Apa yang menarik perhatian kami ialah penginapan yang berkonsepkan bilik atau khemah ke tak tahulah yang sangat comel. Saiz dia kelihatan hanya boleh memuatkan hanya dua orang dewasa. Pengunjung harus berkongsi toilet dan terdapat locker untuk simpan barang berharga. Akan tetapi, sebuah "bilik" tersebut mencecah RM80.00. Mak kata lebih baik booked hotel, lebih selesa, luas dan yang paling penting ada toilet !!
Sekecil-kecil bilik ini tetapi ada TV tau dalam dia.
Tarot bersedih kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan baru Tarot, Marion.
Badan agak penat, jadi Abah decide untuk check-in dulu untuk freshin-up dan solat. Pada malam ini, kami akan menginap di hotel Iris. Hotel ini kami dapat murah sebab kami menginap pada hari Weekdays. Tarot memang sarankan kalian untuk bercuti pada weekdays, memang sangat best !! Selepas rehat dan solat, kami terus sambung untuk berjalan dan makan malam.
Terdapat sebuah katil Queen dan sebuah katil single. Memang terlebih selesa untuk kami.
Pemandangan dari bilik kami, boleh nampak hampir keseluruhan bandar Brinchang.
Abah hendak bawa kami ke Pasar Malam Cameron Highlands. Akan tetapi, pasar malam tidak dibuka hari ini. Kami tidak pasti sama ada hari ini sahaja atau entire weekdays tidak dibuka. Kami agak kecewa kerana tidak dapat berjalan-jalan di pasar malam.
Kami makan malam di Tanah Rata, memang sedap makan makanan panas dalam keadaan lapar dan sejuk.
Selepas makan, kami terus kembali ke Hotel untuk tidur. Abah dan Mak terus tertidur tetapi kami geng bujang muda decide untuk keluar dan berjalan di bandar Brinchang. Agak mati tetapi masih ada beberapa kedai souvenirs yang buka. Boleh budak berdua beli untuk kawan-kawan dan keluarga mereka. Tarot tidak membeli apa-apa, dapat berjalan dalam suasana yang sejuk sudah memadai untuk kepuasan diri. Selepas pusing-pusing bandar Brinchang, kami decide untuk balik akan tetapi terdapat bau yang menarik perhatian Tarot. Bau Burger. Sedapnya kalau dapat burger waktu-waktu macam ini. Rezeki Tarot, Azeem decide untuk belanja Tarot burger. Alhamdulillah.
Suasana malam di bandar Brinchang.
Tipikal Selfie di Toilet.
Sebaik sampai bilik, Tarot terus mandi dan makan burger tersebut. Beberapa minit kemudian semua terus tidak sedar dan dalam mengumpul tenaga kerana esok merupakan hari terakhir di Cameron dan terus gerak ke Ulu Camp Village, Gopeng.
DAY 2
Harini merupakan hari terakhir kami di Cameron Highlands, kami pon cuma dua hari sahaja. Kami bangun seawal jam 7.00 pagi untuk solat dan terus bersiap. Kami check-out dan terus gerak untuk sarapan. Kami memilih untuk bersarapan di bandar Brinchang.
Kami harus tiba di Ulu Camp Village pada jam 2.00 petang jadi kami sempat untuk melawat beberapa kawasan sebelum turun. Lokasi pertama ialah Smokehouse. Last time Tarot datang sini, kawasan ini ditutup dan dijaga oleh pak guard. Hanya pengunjung yang menginap di hotel ini sahaja yang boleh memasuki kawasan Smokehouse ini. Akan tetapi, mungkin sebab weekdays kawasan ini dibuka untuk pengunjung walaupun bukan penginap di sini. Jadi kami masuklah.
Terdapat banyak pokok bunga yang ditanam menjadikan kawasan ini lebih menarik.
Seterusnya kami ke destinasi seterusnya dan juga lokasi terakhir kami iaitu Sungai Palas. Di sini juga kami order kek seperti semalam, tetapi kali ini kami order Apple Pie dan Blueberry Cheesecake. Setelah kami puas menikmati pemandangan ladang teh, kami terus gerak turun dan bertolak ke Gopeng.
Walaupun hanya dua hari satu malam di Cameron Highlands tetapi kami puas hati dengan short vacay ini. Sebelum turun Abah dan Mak sempat beli sayur-sayur fresh.
My stay for the next three days, Ulu Village Camp.
bestnya pergi cameron... ekin dah lama tak kesana, tergin nak datang lagi sebab suka dengan tunbuh tumbuhan hijau, boleh feeling2 gittueww
ReplyDeleteBaru je balik dari Cameron. I enjoyed it there so much!
ReplyDelete