nuffnang adds

Friday, July 26, 2019

Family Day Keluarga Enon 2019 di Laman Guesthouse Pengkalan Balak, Melaka


Keluarga Enon sebenarnya tidak pernah buat Family Day, jadi Mak Uda dah arrange satu Family Day untuk Keluarga Enon. Laman Guesthouse Pengkalan Balak di Melaka telah menjadi pilihan untuk keluarga Enon dan mengambil masa tiga hari dua malam.

DAY 1


Hari pertama merupakan hari ketibaan semua keluarga. Pada hari ini, tiada aktiviti di sebelah siang cuma ada aktiviti pada sebelah malam iaitu BBQ, solat hajat dan bacaan Yasin.



Laman Guesthouse dari pandangan tingkat dua. Tempat ini sangat luas dan sesuai untuk family besar. Swimming Pool tidak begitu luas tetapi agak dalam jadi sesuai untuk family besar berenang-renang.

Terdapat satu katil super single dan satu katil single dalam bilik yang agak luas. 


Toilet yang agak luas, walaupun tiada bathtub, tetapi memadai untuk sesi membersihkan diri.

Tarot dan Nagzi sedang melakukan photoshoot untuk model Laman Guesthouse.

Terdapat perbincangan tiga hala antara Tarot (tiada dalam gambar), Ustaz Adib dan Nagzi mengenai waktu yang sesuai untuk terjun kolam.

Tarot mengambil peluang untuk bergambar dahulu.






Backflip yang disempurnakan oleh Ustaz Adib dibantu oleh Tarot.


Setelah penat terjun dan berendam dalam kolam hampir setengah hari, kami naik ke bilik untuk bersiap. Malam ini kami makan besar serta menu yang special seperti mashed potato, kambing bakar, ayam bakar, nasi goreng dan cheeseburger.

Apabila perut lapar dan makanan yang lazat terhidang, memang kombinasi terbaik untuk malam yang terbaik. Dalam masa yang sama, bacaan yasin serta solat hajat berlangsung di ruang tamu. Setelah tamat makan, kami semua tidur dan kumpul tenaga untuk esok hari.




Bacaan Yasin dan Solat Hajat diimamkan oleh Ustaz Adib.

DAY 2

Hari ini merupakan hari yang besar kerana hari ini merupakan highlight kepada Family Day keluarga Enun. Semua orang bangun awal pagi serta memakai baju Family Day yang ditempah khas. Tarot tidak menempah baju ini kerana Tarot sangka Tarot tidak dapat sertai Family Day ini. Malah, Tarot juga dilantik sebagai pengurus acara atau emcee last minute. Tarot langgar je, asal boleh.

Semua orang bersarapan dan bergegas ke tapak lapang yang dikhaskan untuk permainan. Macam biasa, Tarot memulakan dengan sesi panaskan badan yang diketuai oleh Ustaz Adib, Ustaz Adib ini serba boleh sebenarnya.



Tarot serta pembantu, Ustaz Adib dan Snoop Cat..?


Kaum Hawa mengambil peluang bergambar, terserlah keorenan si situ.


Ustaz Adib mengetuai sesi panaskan badan. Beliau sememangnya seorang yang multi-talent.

Melihat pada gambar ini, boleh nampak "panasnya" semua orang dikerjakan.

Mucomel kelihatan sangat geram untuk terlibat sekali dengan Family Day ini.

Tarot sedang mengurus dan menerangkan tentang permainan-permainan yang bakal dijalankan sebentar nanti.

Your Emcee in Action.

Permainan pertama, berebut gula-gula. Mereka akan dinilai dari segi jumlah gula-gula yang dikutip dalam masa yang ditetapkan.

Pertandingan tiga kaki, di mana kaki partner diikat bersama.


Pertandingan berlari sembil kepit belon bersama pasangan. Penjang betul nama game ini.

Pertandingan siapa cepat makan epal.

Selepas sepuluh games dimainkan oleh semua peringkat umur, kami terus makan ke sesi seterusnya iaitu sesi penyampaian hadia dan sesi cabutan bertuah. Sekali lagi, Tarot kena jadi pengerusi majlis untuk sesi penyampaian hadiah.

Kemenangan paling kontroversi sebab ada tiga orang yang bertanding dalam pertandingan makan roti. Baby dalam perut turut join sekali untuk bertanding.

Walaupun hanya bertanding satu games, Tarot masih mampu untuk menang.

Kumpulan Ustaz Adib merangkul tempat pertama dalam acara Sepak Raga.


Family Mak Lang memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah.

Anugerah Khas untuk Uwan sebagai penaung Keluarga Enon.

Selepas tamat sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, kami terus makan tengah hari. Memang sedap makan dengan perut yang lapar. Selepas itu, kami harus tunggu petang dan redup sedikit untuk aktiviti terakhir iaitu Pertandingan Membina Istana Pasir. Sebelum itu, semua orang berehat dahulu dan ada yang pergi berendam di kolam renang. Manakala Tarot, terus masuk bilik dan tidur. Tarot baru sahaja selesai program Jalinan Ukhwah Siswa bersama Orang Asli (JUSOA) dua hari lepas, jadi badan tidak habis penat lagi (SINI).

Setelah berehat secukupnya dan cuaca agak redup, kami ramai-ramai ke Pantai Pengkalan Balak untuk aktiviti terakhir iaitu Pertandingan Membina Istana Pasir. Kami memilih kawasan paling lapang dan masing-masing memilih port terbaik untuk membina Istana Pasir mereka.

Family Mak Cik dengan Prague Castle, Czech. Istana Mak Cik mendapat perhatian orang ramai.

Family Endok, Istana Mont Saint-Micheal, Perancis. Walaupun hanya mempunyai dua tenaga sahaja, akan tetapi masih mampu bersaing dengan family lain yang lebih besar.

Family Pak Tam, Malbork Castle Poland. 

Family Mak Teh, Matsumoto Castle Jepun. Memang ramai askar-askar Mak Teh untuk bersaing dalam pertandingan ini.

Family Mak Su, Palacio da Pena Portugal.

Family Pak Ling, istana Lowenburg Castle Jerman.

Family Pak Uda berinspirasikan dari Kesultanan Melayu Melaka.

Family Tarot terpaksa jadi kreatif untuk menyaingi dengan mereka. Kami mengambil Candi Borobudur sebagai inspirasi.

Family Mak Lang, Chateau de versailles. Masing-masing nampak penuh dengan idea.

Family Mak Ndak, tidak tahu apa inspirasi mereka. Mungkin kapal selam??

Ustaz adib antara peserta yang paling banyak memenangi hadiah dan banyak bakat-bakat terpendam sepanjang Family Day ini. Akan tetapi, beliau tidak berbakat dalam pembinaan Istana Pasir.

Semua istana-istana yang terbina dinilai oleh penaung kami, Uwan dari segi kekemasan, kreativiti dan apa-apa aspek yang Uwan nampak. Senang cerita Uwan sendiri yang memilih pemenang. Tarot hanya umum sahaja pemenang berdasarkan keputusan yang dilakukan.

Tahniah diucapkan kepada family Mak Cik kerana merangkul hadiah Pertandingan Membina Istana Pasir.

Selepas tamat pertandingan ini, maka tamatlah semua games dan pertandingan pada hari ini. Kami mengambil peluang untuk bergambar dan mandi di pantai yang indah ini. Akan tetapi, pantai di sini agak tidak menarik untuk mandi. Terdapat banyak batu, air yang tidak menarik dan kawasan yang tidak strategik untuk mandi. Kami lebih prefer mandi di swimming pool. Jadi kami bergegas untuk balik untuk mandi di swimming pool di Laman Guesthouse.

Pada malam hari, semua orang hanya bersantai-santai termasuklah bersembang dan berehat. Selepas makan malam, semua masuk tidur awal dan malam ini merupakan malam terakhir kami di Laman Guesthouse ini.


Family Tarot. Kak Long dan Big Bro Payed tidak dapat join atas sebab-sebab tertentu.

DAY 3

Kami semua bangun dan terus bersiap dan packing kerana semua orang akan berangkat pulang pada hari ini. Selepas sarapan, kami mandi swimming pool for the last time, bagi lepas gian..bukan senang nak jumpa swimming pool dengan jadual Tarot yang agak padat dan busy. 

Selepas itu, kami terus bersiap untuk pulang. Kami decide untuk makan tengah hari di Bandar Melaka dan mereka hendak berjalan-jalan dahulu di Bandar Hilir Melaka. Tarot hendak balik kerana Tarot harus berehat kerana esok Tarot harus pulang semula ke UniMAP atas urusan-urusan tertentu.




Goodbye Laman Guesthouse, semoga kita berjumpa lagi di hari muka.

Pendapat Tarot, tempat ini memang sangat sesuai untuk event lebih-lebih lagi Family Day. Swimming Pool agak sempit tetapi tetap enjoyed sebab boleh berendam dengan family. Bilik agak banyak, so lagilah sesuai untuk family besar macam Tarot. Bilik dia memang best sebab luas dan sejuk dilengkapi toilet yang sangat selesa. Di bahagian bawah terdapat ruang tamu untuk melepak dan menonton televisyen. Agak jauh dengan pantai tetapi masih boleh consider sebab hanya 3 minit jika menaiki kereta. Memang recommended


No comments:

Post a Comment