Jemputan khas, Aeril Zafrel. Sibuk je polis tu.
Baru2 ni, Tarot dijemput oleh seorang event manager, Marcus Chia untuk join satu event kat Cafaeyen. Memang ramai gak la blogger yang dijemput untuk join event ni. Semua para blogger dijemput makan semeja dengan Aeril Zafrel malah diberikan makanan yang siap terhidang di atas meja. Tarot juga tak sure Tarot dijemput sekali untuk makan dengan mereka. Tarot mengundurkan diri kerana Tarot merasakan diri Tarot masih mentah dan baru dalam dunia blogging.
Semasa Tarot mendaftarkan diri sebagai seorang blogger, Tarot diberikan sekeping vaucher RM100.00 dan Tarot perlu gunakan dan promote di blog Tarot sendiri. Semasa itu, ramai sangat yang kerumun Aeril Zafrel sehingga beliau tidak dapat bergerak ke meja makan. Tarot berkata kepada Marcus untuk pergi dahulu dan akan kembali apabila keadaan sudah tenang. Baru boleh makan dengan tenang. Memang masih noob dalam selok belok blogging.
Ni registration & redeem vaucher
Aeril ade sesi bersama fans, sesiapa yang beli Signature Tea, bole ber-selfie dengan Aeril secara percuma. Hanya terhad untuk segelintir fans yang beli Signature Tea, walaupin mereka taknak pon minum air tu. Akan tetapi mereka sanggup keluarkan duit semata-mata nak selfie ngn Aeril..HAHA. Lepas tu, Tarot malas nak berhimpit2 untuk selfie ngn Aeril tp sbb nak post dlm blog, so kene agresif sikit. Marcus kata sepatutnya para blogger dapat satu sesi khas dengan Aeril tp time tu macam kelam kabut Tarot cepat2 selfie ngn Aeril.
Dapat gak bergambar ngn tetamu khas, Aeril
Asalnya Tarot plan nak makan lunch kat Cafe ni tetapi sebab keadaan yang kurang menyenangkan, kitorang decide makan dinner kat sini. Btw, "kitorg" tu refer kepada Amin & Naquib. HAHA. Thanks sbb sanggup teman Tarot untuk event pertama Tarot.
Ni antara menu2 yang ada kat Cafaeyan
Tom Yam Fried Rice, RM18.90. Agak sedap & agak pedas.
Pineapple Fried Rice with Seafood, RM19.90.
Hidangan ini merupakan hidangan yang highly-recommended dish dan signature dish at this cafe. Memang Tarot sarankan korang kene cuba yang ni. Memang Thor-Baik..!!
Chicken Chop Spaghetti, RM17.90
Manakala untuk hidangan yang ini pula, ayam die memang secukup rasa dan memang sedap. Akan tatapi Spaghetti yang dihidangkan dengan kuah tomato yang original tanpa apa-apa perancah tambahan. Biasanye taste melayu memang buat pedas-pedas sikit tetapi dia more to masam. Selalunya, selera kita suka tambah cili atau lada campur dengan perencah-perancah lain supaya pedas sedikit. So, tidak berapa kena dengan tastekami yg ke-Melayuan ni.
CoCo(RM8.90) & Emerald Soda(RM6.90).
Apa yang Tarot boleh komen, minuman tak cukup power. Kami tak berapa berkenan dengan minuman yang kami pilih. Sebab CoCo tu rasa macam coklat 3 in 1. Emerald Soda tu rasa air F&N, cuma kurang manis je.
Desserts Time!!
Tub Tim Kob, RM8.90
Tub Tim Kob ini quite sedap walaupun Tarot tak berapa pasti apa yang ada dalam hidangan itu. Tarot rasa kalau kurang manis, hidangan ini lebih menarik.
Mango Sticky Rice, RM16.90.
Sememangnya hidangan pulut serta mangga ini menjadi signature-dish juga di sini. Kami bersetuju, pulut mangga ni terbaik. Pulut yang dihidangkan panas-panas dan mangga tersebut sesedap rasa, tidak terlalu manis tidak terlalu tawar menjadikan pencuci mulut kami lebih menarik. Memang hidangan terbaik sebagai penutup.
Tarot enjoying his food!
All in all, kami enjoy menjamu selera di sini. Tempat ini juga memang sesuai untuk family gathering dan perjumpaan dengan kawan-kawan kerana suasananya yang kondusif. Tarot ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak iaitu Cafaeyen serta Marcus Chia kerana sanggup menjemput kami untuk menikmati makanan di sini serta memberi vaucher kepada Tarot.