nuffnang adds

Tuesday, March 28, 2017

Kehidupan di Universiti Tidak Seindah Yang Disangka

Semasa zaman Tarot masih sekolah, Tarot mempunyai tanggapan bahawa kehidupan kat universiti ini sangat indah dan penuh warna yang bakal mewarnai zaman unversiti kelak. Sampaikan Tarot rasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke alam Universiti untuk menikmati setiap detik di Universiti seperti yang diimpikan. Akan tetapi, apabila sudah menjejakkan kaki ke alam Universiti, barulah Tarot merasa realiti kehidupan di Universiti yang banyak asam garamnya. 

Kalau anda ingin tahu (anda merujuk kepada mereka yang masih di alam persekolahan, kalau sudah menjadi mahasiswa anda boleh relate) di unversiti anda akan kenal macam-macam jenis ragam manusia, pelbagai perangai yang mungkin anda akan terkejut. Jangan ada tanggapan yang buruk kerana ada perangai yang elok dan boleh diterima. Akan tetapi, anda akan lebih cenderung untuk berurusan dengan ragam manusia yang penikam belakang (walaupun kalian boleh bergelak tawa bersama-sama), ada yang jenis suka tuang kelas, ada jenis suka lari daripada kerja berkumpulan, ada yang jenis mengambil kesempatan dalam kesempitan, ada yang jenis terlampau bersosial tanpa batasan dan macam-macam lagilah. Bukan semua orang mempunyai perangai yang teruk, kalian akan jumpa  juga manusia yang baik hati dan suka bantu mereka dalam kesusahan. Bagi Tarot lah, mereka yang sudah memasuki alam unversiti tend untuk menujukkan semua side yang mereka ada, tidak yang baik atau yang buruk. Kadang-kala mereka di zaman persekolahan perangai lain, apabila tukar tempat belajar mereka berperangai lain. Mungkin ada kaitan dengan culture shock atau norms, perkara ini mungkin ada penjelasan dari pakar.

Antara perkara lain yang selalunya menjadi angan-angan oleh para pelajar ialah mereka bakal terjumpa jodoh di sini. Soal jodoh ini, Tarot tidak ada penjelasan yang solid, ramai sahaja yang terjumpa jodoh malah sudah berkahwin dan ada juga yang tidak bernasib baik dalam bidang ini. Kalau anda ada imaginasi tidak matang seperti terlanggar buku jodoh lalu jatuh (bermulalah adengan drama melayu) lantas hendak kutip balik dan saling terpegang tangan, maka sila berhenti untuk berangan-angan. Kami sebagai mahasiswa paling malas untuk bawa buku kehulu-kehilir, kertas yang ringan pun minta pada member sebelah (konon-konon hendak salin nota, habis kelas kertas tersebut lesap dari pandangan mata). Perempuan yang anda sangkakan ayu dan sopan seperti gadis melayu terakhir akan hilang keayuan terutamanya semasa hendak berebut naik bas. Mereka akan kejar bas yang ada kerana tidak mahu menuggu bas yang akan seterusnya. Jangan sangkakan semua akan bersopan kerana di unversiti persaingan di mana-mana termasuklah berebut bas dan berebut tempat dalam lecture hall. 

Lagi satu perkara yang sering berlaku, cirlce of friends anda akan berubah dari semester ke semester. Kalau anda janis ada kawan yang sama atau kata lain "geng" semasa zaman sekolah, perkara tersebut agak impossible di unversiti. Tarot sendiri terkejut dan tidak menyangka orang yang kita rapat masa semester satu, sudah tidak rapat apabila masuk semester dua, malah kami macam strangers. Dari semester ke semester banyak perubuhan akan berlaku in term of orang yang kau rapat. Sosial politik antara anda memang senang dan cepat berubah, kadang-kadang tanpa sedar. Tarot nasihatkan, luaskan networking anda, mana tahu dalam 14 000 orang itu, ada yang manjadi rakan sekerja anda suatu hari nanti. Tarot juga nasihatkan anda sila aktifkan diri anda. Tarot tidak suruh anda join Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan buat program. Akan tetapi, kita buat apa yang kita minat. Sama ada bersukan, inovasi dan apa-apa aspek yang ada dalam unversiti. Percayalah, peluang akan terbuka lebih luas jika anda meluaskan empayar anda. Ingat!! Jangan hanya terdampar atas katil setiap kali weekend, seperti manusia yang tiada life. Empat tahun sangat singkat, cuba untuk mewarnai kehidupan anda semasa bergelar mahasiswa ini. Ramai graduan yang menyesal dengan kehidupan mereka dan mahu kembali untuk peluang kedua.

Syafiq Hipstur dan TYDP Aqim..(sekarang sudah jadi YD) :)

FAMILY FESTKON 12


9 comments:

  1. Nice, but too short. Btw nice blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg buat pendek on purpose..kalau macam sy, suke short & simple

      Delete
  2. okay, wait for longer post next time.

    ReplyDelete
  3. Yes. Suka dengan tajuk, memang tak seindah yg disangka

    ReplyDelete
  4. Betul, semasa kuliah dulu pun aku malas Bawak buku2. Nyatet cuma pake buku notes kecil sebesar bon struk belanja #hahaha
    Salam kenal. Blogwalking

    ReplyDelete
  5. Nice entry.... dah 10 tahun tinggal zaman u, disini hanya 5% kehidupan sebenar, alam pekerjaan lagi mencabar.....maka kuatkan keazaman dan jati diri ye....

    ReplyDelete
  6. betul.. Di U tidaklah seindah yg disangka tp merupakan pengalaman hidup yg paling bermakna :) Nice entry. I'm following ur blog.

    ReplyDelete
  7. dah tak lama dah nk sambung degree bulan 10

    ReplyDelete