nuffnang adds

Sunday, July 30, 2017

Tony Roma's - Teringin Nak Cuba Keenakan Beef Ribs



Cerita sebenar dia macam ni, Tarot berminat dengan satu sports inner ni dekat Carausell. Lepas tu deal dengan sorang brader ni nak COD kat Mid Valley. Sebab brader tu memang kerja kat sana, so senang je la dia nak buat perkhidmatan COD.

Tarot pon set la satu masa nak jumpa dengan dia, kat Starbucks. Ajak kakak Tarot sekali, malas nak pergi sorang2. Time dah sampai tu, kakak terus pergi kat parking sebab banyak sangat kereta, tak boleh nak berhenti. Bila dah settle beli tu, Tarot pon rasa macam nak makan. Dah alang2 pergi Mid Valley, takkan nak terus balik...so decide nak makan dulu kat mana-mana.

Jalan2 sikit, Tarot ternampak kedai Tony Roma's. Ramai dah cite kedai ni menyajikan hidangan Ribs yang sangat lazat tapi Tarot belum pernah mencubanya. So, kitorang decide nak makan kat sini.

Tiba2, ada satu sign menyatakan bahawa Ribs dan apa2 hidangan kambing out of order. Takde rezeki harini tapi kitorang still decide nak makan kat sini. 


Muka baru bangun tidur + lapar yang amat
 

SOUP OF THE DAY

Soup dia bole diberi rating 7/10. Memang tidak kedekut dengan pengisian. Rasa die memang "thick".

Roti + Butter. 

 STEAKHOUSE BURGER

Tarot memang seorang penggemar burger. Burger Tony Roma's ni pun tidak mengecewakan. Patties die memang terbaik + mouth-watering. Kombinasi daging patties + cheese + tomato + fries sebagai extra dish memang sangat mengenyangkan.

CHICKEN WINGS + ONION RINGS

Chicken Wings juga tidak mengecewakan, cuma onion rings tersebut agak berminyak dan sedikit lembik. Jadi loya apabila makan dalam kuantiti yang banyak.


All in all, Tony Roma's memang tidak mengecewakan kerana hidangan makanan yang memuaskan. Tapi kena datang lagi untuk cuba Ribs yang menjadi bualan hangat masyarakat kerana kelazatannya.

Tuesday, July 25, 2017

Singgah Kedai Ustaz- Semua Barang MURAH !!!




Lepas je hantar budak2 tu balik kat KTM ( Suhail's Openhouse Turns into Unexpected Sleepover ), big-bro terus ajak pergi kedai Ustaz. Tarot dahlah belum mandi, wallet pon tak bawak...tapi dah alang2 keluar, lebih baik terus pergi. Nanti dah balik rumah, confirm malas nak keluar balik. Yelah, nak belikan accessories untuk new baby 😀😀😃.

Kedai ustaz ni memang lengkap semua benda, banyak choice dan harga memang murah !!! Tarot jadi rambang mata, tak tahu nak beli yang mana. Rasa fidget spinner pon nak beli. Tapi yang penting tempered glass & casing je, sebab nak fully-protected.

Beli macam2, tempered glass, casing, usb dan usb protection. Harga baru RM 27 tu pun dia bagi diskaun...jadi RM 25. Memang pemurah betul, Tarot syorkan beli barang dan accessories phone kat sini. Memang Terbaik !!!






For more information, please click the link below.

Team Sekretariat "Menggamatkan" Suasana Raya di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis


Hari ini dah masuk hari ke-12 team sekretariat mengharungi gerak kerja. Setakat ni, progress still on track dan semua pergerakan masih lancar. Tapi kitorang punya tahap stress dan tension makin meningkat. Biasa la, kalau bab2 nak urus event & management ni memang mencabar sikit. Tapi ilmu2 yang ditimba ni memang sangat berguna pada masa hadapan.

Tanggal 22 Julai 2017, UniMAP ada mengadakan jamuan raya terbuka untuk staf. Tetapi pelajar juga turut dijemput sebab pelajar tinggal berapa kerat je dekat kat UniMAP ni. So, kitorang decide nak pakai baju raya untuk memeriahkan kehadiran pihak sekretariat dalam majlis ini. Kitorang dah kena start promote kot Festkon 12 ni, kira kat majlis ni bole mula promote.

Baru nak bertolak, photoshoot dulu..bukan senang nak bergaya macam ni.

TYDP yang lupa untuk bersampin.

Budak try-hard nak photoshoot Hipster.

Inilah Hasilnya !!!



Kami bergambar dengan booth Pembuatan dan Dr. Zakimi. Booth ini menyajikan sate ayam & sate daging.


Kambing Bakar. Salah seorang wakil untuk kambing bakar ni merupakan JHEPA sendiri.


Setiausaha II Festival Konvokesyen 12, Syifatul.

Sekretariat Festkon 12 bersama Naib Canselor, Dato' Prof Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal


Kami bergambar di atas pentas Dewan Ilmu. Bagi satu dewan nampak kitorang.



Bersama Sufi Suraya, Exco Multimedia yang sukar dikesan sebab busy dengan final year.

Barisan-barisan MPP yang turut hadir memeriahkan Majlis Riang Ria Raya.


MPP juga turut membantu untuk mempromosikan Festkon 12.






Izzul aka Ketua Gummy Bear.

#teamrayapurple


#teamrayahijau

Acap, hero idaman malaya...dikelilingi gadis2.


Sukanya Alip !!

Setiap PPK, unit2 dan jabatan wajib bukak booth untuk hidangkan sajian istimewa pada hari ini. Sajian yang disediakan termasuklah nasi impit, rendang, lontong, nasi tomato, ais krim, sate, kebab, dan macam2 lagi la. Dahla nak dekat sebulan raya...bulan Syawal nak habis dah, tapi raya kan sebulan.

Lepas tu ade jugak la aktiviti2 yang menarik yang menjadikan suasana Dewan Ilmu tu bertambah-tambah meriah macam pertandingan hias kek, pertandingan pakaian seragam dan nyanyian lagu raya. Student pon ramai yang turut hadir yang kebanyakkannya student diploma. Tarot pon tegur la semua orang yang ada lagi2 lecturer sebab kebanyakan lecturer menghadirkan diri. Bukan nak kata famous tapi memang selalu tunjuk muka sampai lecturer tu kenal la.

Selepas beberapa jam kitorang kat sini, dah tak tau berapa round dah pusing kawasan Dewan Ilmu ni. Perut pon dah makin memerut, rasa ketat kat bahagian pinggang. So, kitorang pon decide nak balik. Tapi nasib baik sempat kutip duit raya dari Prof Fo'ad. Hehe


          
       
Sementara nak tunggu balik, kitorang sempat bergambar dulu di hadapan kawasan Dewan Ilmu.