nuffnang adds

Thursday, July 6, 2017

Kemeriahan Beraya Bersama Keluarga Enon di Kampung Jempul



RAYA PERTAMA

Tahun ni Tarot dan family beraya bersama family Enon di Kampung Jempul. Kitorang dah bertolak dua hari sebelum hari raya (Jumaat) untuk buat segala persiapan raya dari mengemas rumah hingga memasak. Sempat jugakla berbuka puasa 2 kali bersama family besar Enon. Memang nikmat berbuka kat sini, Uwan den masak memang bertaraf lima bintang. Tarot pulak bernasib baik, Uwan buat kuih koci yang superb (maaf tiada gambar, sebab takde masa nak tangkap gambar..sibuk nak makan je time tu).


Macam biasa, kami bangun pagi, sarapan dan terus bersiap untuk menunaikan sembahyang raya. Surau tu dekat je, so kitorang decide untuk jalan kaki. 

Tarot rasa sangat bergaya mengenakan kurta Lima Waktu Aeriel Zafrel yang berpotongan slimfit serta seluar jeans hitam Uniqlo yang berpotongan slimfit juga. Tahun ni ikut trend memakai kurta pada Hari Raya Pertama. Walaupun tak banyak masa nak shopping tapi sempat jugakla beli kurta dekat butik area Bangi. Tercapai jugak hasrat untuk pakai kurta. Family pon dah pilih warna purple sebagai tema warna raya tahun ni, so kurta pon kena ikut tema juga.

Selepas sembahyang raya, kitorang sarapan kali kedua. Bukan senang nak dapat rendang ayam Uwan (haritu kat Korea pon kena buang), so bila dapat memang pekena puas2. Maka sesi bersalaman bermula pada pukul 11 pagi. Walaupun serambi pon macam dah tak sesuai jadi tempat berkumpul sebab semua orang dah besar...rasa macam sempit dan panas sangat.

Induk aka Nek Nuk yang bakal menjadi isteri orang, kira Insha Allah tahun ni tahun terakhir beraya secara solo.







Tarot tak sempat nak posing, camera dah snap!!




Macam biasa, Tarot menerima duit raya daripada Big-bro




Ni yang bakal menjadi "silat boys" (pengganti flower girls) time kahwin Nek Nuk

Bersama family penaja, sebab mereka yang contribute camera untuk capture semua gambar pada hari mulia ini. Terima Kasih Mek Ti, Pak Chik dan Aiman Tino. (Aaima mana??)

Tarot bersama keluarga, Kak Long dan Abg Long tiada kerana tahun ini merupakan turn mereka beraya di bumi Taiping.


Hipstur going beraya Be-Like...


Memang rasa macam model sangat time ni..HAHA


Maka berakhirlah raya pertama dengan rumah Tok Chik. Ready untuk second Raya pulak !!


Malam Raya

Pak Uda mesti menjadi wakil untuk membeli atau membekalkan mercun untuk cucu cicit Zainun. Kitorang pon ade membawa pembaharuan jugak tahun ni dengan mercun bunga api. Asalnya nak beli mercun KLCC tapi takpela..next time. Mercun2 yang ada macam biasa la, Thunder Clap, Mercun Das, Naga, Papan, Bateri..Bawang!!

Memang mercun dan bunga api ni wajib setiap tahun untuk memeriahkan lagi malam raya bersam family Enon sejagat !!


 Mercun Papan is Ready !!





5 comments: