Tanggal 22 Julai 2017, UniMAP ada mengadakan jamuan raya terbuka untuk staf. Tetapi pelajar juga turut dijemput sebab pelajar tinggal berapa kerat je dekat kat UniMAP ni. So, kitorang decide nak pakai baju raya untuk memeriahkan kehadiran pihak sekretariat dalam majlis ini. Kitorang dah kena start promote kot Festkon 12 ni, kira kat majlis ni bole mula promote.
Baru nak bertolak, photoshoot dulu..bukan senang nak bergaya macam ni.
TYDP yang lupa untuk bersampin.
Budak try-hard nak photoshoot Hipster.
Inilah Hasilnya !!!
Kami bergambar dengan booth Pembuatan dan Dr. Zakimi. Booth ini menyajikan sate ayam & sate daging.
Kambing Bakar. Salah seorang wakil untuk kambing bakar ni merupakan JHEPA sendiri.
Setiausaha II Festival Konvokesyen 12, Syifatul.
Sekretariat Festkon 12 bersama Naib Canselor, Dato' Prof Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal
Kami bergambar di atas pentas Dewan Ilmu. Bagi satu dewan nampak kitorang.
Bersama Sufi Suraya, Exco Multimedia yang sukar dikesan sebab busy dengan final year.
Barisan-barisan MPP yang turut hadir memeriahkan Majlis Riang Ria Raya.
MPP juga turut membantu untuk mempromosikan Festkon 12.
Izzul aka Ketua Gummy Bear.
#teamrayapurple
#teamrayahijau
Acap, hero idaman malaya...dikelilingi gadis2.
Sukanya Alip !!
Setiap PPK, unit2 dan jabatan wajib bukak booth untuk hidangkan sajian istimewa pada hari ini. Sajian yang disediakan termasuklah nasi impit, rendang, lontong, nasi tomato, ais krim, sate, kebab, dan macam2 lagi la. Dahla nak dekat sebulan raya...bulan Syawal nak habis dah, tapi raya kan sebulan.
Lepas tu ade jugak la aktiviti2 yang menarik yang menjadikan suasana Dewan Ilmu tu bertambah-tambah meriah macam pertandingan hias kek, pertandingan pakaian seragam dan nyanyian lagu raya. Student pon ramai yang turut hadir yang kebanyakkannya student diploma. Tarot pon tegur la semua orang yang ada lagi2 lecturer sebab kebanyakan lecturer menghadirkan diri. Bukan nak kata famous tapi memang selalu tunjuk muka sampai lecturer tu kenal la.
Selepas beberapa jam kitorang kat sini, dah tak tau berapa round dah pusing kawasan Dewan Ilmu ni. Perut pon dah makin memerut, rasa ketat kat bahagian pinggang. So, kitorang pon decide nak balik. Tapi nasib baik sempat kutip duit raya dari Prof Fo'ad. Hehe
Sementara nak tunggu balik, kitorang sempat bergambar dulu di hadapan kawasan Dewan Ilmu.
Wahhhh meriah betul raya korang yer....btw selamat hari raya ,=)
ReplyDelete