Kaklong decide nak belanja kami satu family untuk makan di kedai pilihan. Kira ini macam celebration sebab Kaklong dah habis berpantang la. So, kami pon decide untuk pilih tarikh untuk makan satu family, tetapi Abah tidak join sekali kerana perlu settlekan hal ehwal tanah. Abah pon bukan minat dengan makanan-makanan western. Me'nate Steak Hub Shah Alam menjadi pilihan untuk kami makan lunch bersama.
Basically, dekat sini menu yang tertera memaparkan harga daging per 100g. Yang menariknya, kita sendiri boleh pilih bahagian daging tersebut serta makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut. Makanan yang diberikan kepada haiwan tersebut penting untuk menentukan kelazatan daging tersebut.
Kami perlu ke bahagian freezer untuk memilih daging yang ingin di-order. Bahagian-bahagian tersebut sudah siap dimasukkan ke dalam paket dan diletakkan harga. Kira memang mereka dah siap timbang dan kira harga terakhir. Kita just pilih daging yang diminati dan pilih cara untuk dimasak; rare, medium rare, medium, medium well dan well done. Kita juga boleh tanya pendapat kepada pekedai tersebut kerana mereka tahu bahagian-bahagian tersebut sedap dimakan dengan cara dimasak yang sepatutnya.

Mereka tengah membuat survey dan memilih bahagian daging yang sempurna.
Premium Grass Striploin, RM63.84
Grain-Fed Striploin. RM67.50
Angus F1 Striploin, RM 94.60
Lamb Loin Bone, RM67.84
Fresh Salmon, RM 59.90
Breaded Cheeseburger, RM24.00. Burger sama besar dengan kepala Zafran.
Filete De Cordero, RM75.00
Muka bahagia tengok bill.
Le'Gediks Family
Air minuman di sini dihidangkan secara percuma, terdapat dua corner; minuman panas dan minuman sejuk. Boleh minum sampai puas.
Kira memang kami sangat berpuas hati menikmati hidangan yang lazat di sini. Daging punya portion memang berpatutan, dan dihidangakan dengan kuah blackpaper yang sedap. Steak Me'nate memang steak yang terbaik untuk didapati. Cuma, selepas balik tu, badan kami mula panas sebab kami consume terlampau banyak daging. Panas dia naik sampai kepala.