nuffnang adds

Thursday, July 19, 2018

Namsan Seoul Tower (남산서울타워) | Locks of Love

To Lock Your Love Locks


Hari ini merupakan hari terakhir Tarot di bumi Kimchi ini. Memang kami berjalan dan bershopping sepuas-puasnya. Selepas bersarapan seperti biasa di apartment kami, kami terus naik mini bas dan bergerak ke destinasi pertama kami iaitu Namsan Seoul Tower. Namsan Tower ini terletak kira-kira 480 meter dari paras laut kerana Bukit Namsan mempunyai ketinggian lebih kurang 243 meter dan ketinggian menara Namsan pula lebih kurang 236.7 meter. Namsan Tower ini merupakan bangunan tertinggi di daerah Seoul. Darpada Itaewon sudah boleh nampak menara ini.

Kami berjalan untuk ke gondola kerana untuk naik, kami perlu menaiki kereta kabel atau gondola. Masa yang diambil lebih kurang 7 hingga 10 minit untuk tiba di tapak Namsan Tower tersebut. Setibanya di tapak tersebut, kami perlu menaiki lif untuk naik ke tingkat paling tinggi.




Dalam gondola ini memang kena berhimpit-himpit.











Di perkarangan Namsan Tower juga terdapat banyak kunci mangga yang dikunci di sepanjang pagar di bahagian tepi. Sebab itu, di sini menjadi landmark dan mendapat nama Locks of Love. Tempat ini ditakdirkan untuk pasangan atau couple yang tidak mahu berpisah dan mengunci mangga sebagai simbolik cinta yang tidak terpisah dan bahagia selamanya. Kita doa sahaja yang baik-baik. Bagi yang single, anda hanya boleh menyaksikan detik magga itu dikunci oleh pasangan bahagia dan anda boleh tumpang bahagia sekali. On the bright side, anda boleh jimat duit kerana sebuah kunci mangga yang kecil itu mencecah sehingga RM10 000.00 Won iaitu bersamaan dengan RM35.75. Anda patut bahagia kerana boleh jimat wang.



Nama gaya ini ialah gaya "aku terpijak taik kucing ke"





Di puncak Menara Namsan ini memang boleh nampak seluruh daerah Seoul. Takdelah satu daerah tetapi luaslah pemandangan. Pemandangan kami juga tidak terbatas, kami boleh tengok 360 darjah. Teropong juga disediakan, ken bayar berapa sen entah untuk menyaksikan pemandangan Seoul dengan lebih dekat. Dekat sini juga ada kedai cenderahati yang menjual barang dengan harga yang agak mahal.







Muka teruja kerana ada Mak Cik pemurah bagi kitorang sebakul popcorn percuma. Katanya kami kelihatan lebih ramai, dengan kata lain ramai tukang makan. Mak Cik tu hanya bertiga dan kemungkinan tak habis makan. Dia cakap dia ambik pakej apa ntah, dapat free popcorn.






Atas kesilapan arahan oleh jurukamera, semua tidak melompat dengan serentak.




Susu perisa Strawberry. Kalau melancong ke Korea, WAJIB rasa setiap perisa susu ini. Baru lengkap.

Memandangkan Tarot tidak mahu membeli padlock, jadi Tarot hanya selitkan gambar Tarot dan Mak sebagai simbolik pernah melawat Namsan Tower.





Di sini ada upacara "changing guard", kawalan di sini agak ketat jadi kami hanya selfie dari jauh.



Setelah puas melawati Namsan Tower, kami bergegas ke destinasi seterusnya.


27 comments:

  1. bawak lock dari Malaysia len kali ngeh2. beli murah2 hahaha.. kalo break up da jenuh nak pi Korea cari balik lock =P

    ReplyDelete
  2. Sekarang tak perlu pergi sampai Korea nak kunci cinta kat Penang pun dah banyak wakakakaka... Tapi best juga dapat pengalaman ker negara orang kita tak pernah sampai lagi...

    ReplyDelete
  3. Wahhh susu strawberry tu mesti sedap kan? Najihah pernah minum susu banana...Memang nyum nyum!

    ReplyDelete
  4. seronoknya pergi negara orang..kita tak tau bila kita dapat pergi..heehhe..bestlaa..wish one day dapat datang sini

    ReplyDelete
  5. Dah pernah dah le sini..tak larat kaki nak mendaki..hehehe, sejuk lak time tu.
    Sis kat sini suh diorg lukis gambar cartoon wajah sis. Atleast adalah kenangan bwk balik

    ReplyDelete
  6. Syok nya u dapat pergi korea.. locks of love looks romantic and nice place to visit.. seronoknya!

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat pergi korea !! One of my wishlist place to visit. InsyaAllah one fine day nanti. Tengah kumpul2 dana jugak nie. Boleh lh refer itinerary bro nanti

    ReplyDelete
  8. Wahh dah sampai Seoul you olz.. tak aciii betul.. syoknya pi SSeoul Korea kan! banyak tempat menarik kat sana.. cuaca tak salji ek time korang pi ni? tapi still sejuk kan?

    ReplyDelete
  9. kalau ke Korea memang tak sah kalau tak pergi Namsan Tower, kalau pasangan kekasih atau suami isteri tu mesti beli padlock, kekonon kunci cinta..hehe

    ReplyDelete
  10. Bestnya dpt pergi korea..lg2 namsan tower ni..sllu tgok dlm cerita korea je... Lg2 bila tglkn yg mangga love kt menara tu ala comel je..hehehe.. Dlu penah g korea mse study tp xsmpt singgah ke namsan tower sbb kesuntukkan masa..

    ReplyDelete
  11. I walk up the Seoul tower and it took me 1 hours. A bit tiring for the leg but enjoy moment. Especially see the love lock.

    ReplyDelete
  12. Takpernah sampai Korea lagi. Jealous siapa Yang dpat pergi . Negara dalam bucket list Yang kena visit ni .

    ReplyDelete
  13. Macam best je Seoul. So far tak sampai lagi ke sana. Okey, boleh masukkan dalam wishlist. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. Bestnya..ntah bila la nk ke korea...
    Seronok tgk org jln2 korea

    ReplyDelete
  15. Menarik juga pengalaman kat sini. Moga satu hari nanti sampai kat sini. Padlock macam2 warna tu wajib posing kat situ jugak. Nampak macam pokok takde daun ni....autumn ke ni?

    ReplyDelete
  16. Wah best dapat pegi korea. Teringin nak rasa makanan korea. Nice sharing.

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat jalan-jalan ke Korea. Dapat baca pon jadi lah. Mahal juga padlock tu yer.

    ReplyDelete
  18. Seronoknya dapat jalan-jalan ke korea. tapi yang dekat namsan tower tu dengan padlock dan kerusi patah tu sebijik sama macam dekat penang punya kan

    ReplyDelete
  19. wah..untungnya dah sampai korea...kita masih blom ada rezeki lg nk kesini...btw...seronok baca cerita awak..

    ReplyDelete
  20. Pernah pergi namsan ni dulu. memang best tapi tak de la saya letak lock tu. Sebab pergi sorang je. hahaha...tak de sape nak di lock kan.

    ReplyDelete
  21. Akak tak pernah pergi lagi..masih x keluar2 lagi dari wishlist Korea ni..ntah bila la dapat pergi ntah...lock tu memang popular kan area ni..

    ReplyDelete
  22. Am I the only one who is feeling jealous because im so single. ahahahah Anyway letak mangga is not gonna assure a long lasting relationship. Tolerance and Understanding is the key to long lasting relationship. No need to waste money like u said hahaah

    ReplyDelete
  23. Ala ala.. Teringin nak datang Namsan Seoul Tower ni. Nampak best. Nak nak tuh kita boleh tinggalkan mangga tanda kenangan. Macam macam ventuk dan warna ada. Bestnya. .

    ReplyDelete
  24. Saya terasa nak sejuk kat sini hehehe sebab kat Malaysia panas wakakaka... bila masa dapat ke Korea lagi yer...

    ReplyDelete
  25. Tak pernah berkesempatan lagi nak travel ke sini. Insyaallah next year dalam bucket list

    ReplyDelete
  26. Cantik yer view dari Namsan tour. Dalam bucketlist nak bawa family jenjalan korea nanti. Murah rezeki korang dapat popcorn free. best2

    ReplyDelete
  27. bagusnya selitkan gambar mak di padlock..sayang sangat dekat mak yea

    ReplyDelete