nuffnang adds

Saturday, July 7, 2018

Paradise Holiday - Sungai Moroli, Kampung Luanti | Fish SPA ( DAY 3 )


Selepas selesai melawat kawasan Poring dan Canopy Walk kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Kampung Luanti. Kampung Luanti ini juga destinasi yang menarik dan penting bagi mereka yang mengujungi Sabah. Di sini mereka meletakkan ikan dalam jumlah yang sangat banyak dan kami boleh memberi makan kepada ikan betul-betul di kaki kita. Memang feel dia awesome sebab selalunya kita bagi makan dalam kolam, campak-campak je makanan tu. Akan tetapi kali ini, kaki kita masuk dalam sungai tersebut dan ikan yang kelaparan memenuhi di kawasan kaki.

Dalam perjalanan kami ke sini, ada perkara menarik yang terjadi, Napi menggunakan Waze untuk navigate Hakim ke destinasi. Tiba-tiba, Napi mendapat notifikasi menyatakan ada pothole di kawasan hadapan. Hakim menyangka pothole ialah sebuah tempat untuk dikunjungi jadi Hakim tidak aware dan langsung tidak menekan break. Semasa hendak menuruni bukit, terdapat lubang yang agak dalam dan Hakim yang dalam keadaan yang laju termasuk dalam lubang tersebut. Itulah dia "pothole" yang dimaksudkan oleh Napi. Perkara ini menyebabkan kereta terhenjut dengan kuat sehingga terbabas ke lane sebelah. Nasib baik tiada kereta pada waktu itu. Alhamdulillah, kami dilindungi dalam perjalanan tersebut.


Kami sangat cemas, tetapi kami teruskan perjalanan. Keadaan jalan di sini agak teruk kerana gempa bumi yang melanda Sabah beberapa tahun lepas. Dalam beberapa minit selepas itu, kami tiba di Kampung Luanti dan kami parking di surau berdekatan kampung tersebut. Kami solat dahulu kerana waktu itu sudah petang.

Tiket masuk di sini ialah RM5.00 dan makanan ikan dijual berasingan. Satu paket Rm1.00, Tarot beli 2 paket sebab nak bagi ikan makan sampai puas. Di sini, pengunjung tidak boleh masuk sesuka hati. Dia kena ikut group, lebih kurang 40 orang dalam satu masa. Lepas 30 minit group yang seterusnya dibenarkan masuk. Yalah, kalau semua orang masuk serentak, mati ikan tu.










Lagi sekali, Tarot nak promote UniMAP.






Kami masuk ke dalam air tu, kawasan yang cetek jelah. Pada mulanya, kawasan tersebut tiada seekor ikan pon, tetapi jika kita mengugurkan makanan tersebut semua ikan akan meluru ke arah kita. Ikan tersebut akan memenuhi di kawasan kaki anda. Bagi yang tak biasa macam Tarot, memang perasaan panik tu ada sebab memang banyak sangat ikan, membayangkan ikan tu dok gigit atau sengat kaki kita. Bila dah lama-lama tu batu rasa dah biasa. Selepas itu, Napi mencabar kami untuk meletakkan tangan ke dalam air. Kami semua mencuba walaupun agak takut. Kalau tidak cuba sekarang, bila lagi. Apabila kami meletakkan tangan, ikan tersebut akan menghisap macam pump dengan kuat.


Adengan Amir Hakim memberanikan diri memasukkan tangannya ke dalam sungai.


Kesan love bite yang ditinggalkan oleh ikan Pelian.


Presiden Amir Hakim menjadi model Kampung Luanti.





Belakang tu ada tugu Ikan Pelian yang menjadi simbolik kepada Kampung Luanti.

Selepas lebih kurang sejam kami luangkan masa di sini, kami pulang ke tempat penginapan kami. Masa itu sudah hampir Maghrib dan kami decide nak singgah pekan Kundasang dahulu. Kami tiba di pekan tersebut tepat pada waktu maghrib dan kami beli segala keperluan. Kami beli makanan-makanan, air 3-in-1, dan Tarot beli tights untuk ke pulau esok hari. Kami juga berjalan-jalan di pasar yang menjual sayur yang sangat fresh. Rasa macam nak beli, tetapi kami lama lagi di sini.

Selepas itu, Napi ajak kami solat di masjid Kundasang. Semasa hendak berwudhu, air dia sejuk yang amat. Rasa macam kat oversea masa itu. Makin malam, suhu makin rendah. Lepas solat kami pulang untuk kumpul tenaga keranan esok kami akan ke pulau. Maka tamatlah hari ketiga di Sabah.


Mentang-mentang la sayur di sini fresh, sampai kat roundabout pon buat tugu sayur.





Dari pandangan masjid Kundasang, masa ini kabus yang tebal start untuk menyelubungi kawasan-kawasan Kundasang.








NEXT : 

Paradise Holiday - Pulau Sapi | Pasar Filipina ( DAY 4 )

1 comment: