nuffnang adds

Sunday, July 7, 2019

Aidilfitri 2019 | Sambut Raya Sebagai Pelajar Tahun Akhir


Setelah Tarot lama menyepi sekali lagi, Tarot harap boleh istiqamah untuk aktif dalam dunia blogging ini. Tarot baru sahaja habis Viva untuk Final Year Project II dan Final Exam. Tarot sudah tamat tahun akhir setelah lapan semester mengharungi suka dan duka di Universiti Malaysia Perlis. Jadi, entry kali ini Tarot ingin menceritakan tentang Raya tahun ini. Tahun ini buat pertama kali, kedua-dua Kaklong dan Big-Bro tiada untuk beraya bersama. Mereka beraya di rumah mertua mereka di Taiping dan Jitra.

Tarot juga hanya boleh beraya untuk beberapa hari kerana raya Tarot sudah ada paper pada kaya keenam. Walaupun selepas raya, Tarot masih berbaki empat paper tetapi Tarot tidak akan menjadikan raya tahun ini hambar, so Tarot akan enjoy walaupun dalam masa yang singkat.


Seperti biasa, pagi raya akan dimulakan dengan personal photoshoot.

Kantoi tak pergi solat Raya

Seketul Adib sedang perbetulkan songkok Tarot.



Seperti biasa, selepas Solat Raya kami semua akan makan dan mula dengan sesi bermaafan dan bersalaman. Bagi kanak-kanak, mereka sangat teruja untuk mengutip duit raya. Tarot tidaklah seteruja mereka akan tetapi Tarot bersyukur masih dapat duit raya daripada pak cik dan mak cik, Alhamdulillah. Bagi Tarot makan dan menikmati juadah yang berbagai-bagai lebih menerujakan.

Sesi photoshoot kali ini berbeza compare tahun-tahun yang lalu. Photoshoot kali ini, kami bawak ke luar rumah. Setiap family photoshoot akan berlatarbelakangkan kampung Uwan yang sangat unik dan penuh dengan elemen-elemen tradisional.

Selepas tamat sesi ini, tetamu dari semua pelosok alam tiba serentak. Kami akan sangat sibuk untuk melayan tetamu. Sebahagian daripada kami, termasuk Tarot akan berjalan untuk beraya ke rumah jiran tertangga.

Tarot menerima duit raya daripada Kakak.


Photoshoot budak bujang, acah-acah cover untuk album.


Family Tarot yang tak lengkap. Kaklong dan Big-Bro beraya di rumah mertua mereka.

Gaya Candid Gedikz Family.

Semasa berjalan beraya dari rumah ke rumah, kami terlihat sebuah rumah yang unik dan usang. Kami terus photoshoot di sini.


Di sebelah petang, kami ber-photoshoot di sawah Kampung Lonek. Rasa memang setiap tahun akan ada sesi photshoot di sawah.

Three babboons. Babboons Everywhere.





Jadi begitulah cerita raya pertama Tarot di Kampung Jempol. Walaupun pendek tetapi penuh dengan memori dan kebahagian yang terpahat di hati.

1 comment:

  1. Salam Aidilfitri Tarot walaupun Syawal dah habis.. hehehe..

    ReplyDelete