nuffnang adds

Monday, July 22, 2019

GRADUAN ASPIRE 2019 – Malaysia’s Premier Career Fair | Kuala Lumpur Convention Centre


Alhamdulillah, Tarot sudah tamat pengajian dan akan bergraduasi pada bulan November ini. Jadi, bagi kawan Tarot, banyak rancangan sudah berada dalam kepala masing-masing, ada yang tidak sabar untuk kerja, ada yang ingin sambung pengajian dan ada yang ingin berkahwin. Semua orang ada plan yang murni dan Tarot pula ingin sambung Master dan mungkin bukan dalam bidang kejuruteraan. Ramai yang setuju dan ramai juga yang tidak bersetuju, biasalah semua orang ada pendapat yang berbeza-beza.

Tarot mendapat tahu, tidak ingat dari mana, yang Graduan Aspire 2019 akan diadakan di KLCC iaitu Career Fair yang terbesar di Malaysia. Fair ini pula pada tarikh 13 dan 14 July di mana tarikh mahasiswa sudah tamat pengajian. Tarot mengambil peluang ini untuk melawat, walaupun plan asal untuk sambung Master tetapi why not?



Tarot sudah besedia dengan bekalan sebelum pergi ke Career Fair ini iaitu resuma dan CV. Di sini, banyak syarikat-syarikat besar yang berhasrat untuk recruit pekerja atau fresh grad seperti Top Glove, Maybank, Nestle, Uniqlo, Air Asia dan macam-macam lagi syarikat top-notch. Fair ini hanya diadakan pada dua hari dan Tarot hadir pada hari kedua. Memang sangat ramai manusia yang hadir dan Tarot membuat andaian bukan sahaja para fresh grad yang hadir malah pekerja yang mahu tukar kerjaya juga hadir untuk mendapatkan kerjaya impian. Di sini jugalah Tarot terjumpa kawan-kawan lama dari sekolah, matrikulasi dan juga kawan di universiti.

Pada hari pertama, pelbagai slot aktiviti diadakan seperti conference, forum bersama CEOs dan pelbagai lagi sharing session kepada para job hunter. Kami semua melawat ke booth2 pilihan untuk bertanyakan soalan dan consult bersama pegawai-pegawai di situ. Di sinilah peluang kami untuk mangambil peluang untuk lebih dekat dan faham tentang company tersebut. Pegawai di sini memang terbuka untuk sebarang soalan daripada para pengunjung dan jika mereka nampak semangat dan kemahuan kita yang jitu, mungkin kita akan dapat laluan khas.

Manakala bagi mereka yang ingin sambung pengajian pula, di sini terdapat beberapa universiti yang membuka peluang tersebut. Anda boleh direct tanya daripada kamasukan, kos, jumlah yuran dan apa-apa soalan yang terbuku di dada. Terdapat juga pegawai yang sedia untuk memberi consultation mengenai kos yang anda minat.

Macam Tarot, Tarot lebih cenderung untuk tukar bidang daripada kejuruteraan kepada Human Reource dan Management. Terdapat pegawai yang berpendapat supaya Tarot kembali ke arena kejuruteraan walaupun pekerja sebgai Human Resource.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Graduan Aspire 2019, sila klik link di bawah

https://graduan.com/aspire








Walaupun priority untuk dapatkan kerja, tidak salah untuk dapatkan barangan percuma.

No comments:

Post a Comment