Setibanya di Amsterdam, kami menunaikan solat Subuh terlebih dahulu. Fakta tentang tempat solat kami di airport Amsterdam ini, kami solat di sebuah ruangan yang bernama Meditation Centre dan ruangan ini dikongsi oleh semua agama untuk sembahyang mengikut agama masing-masing. Kami ke sudut yang terbentang sejadah dan tunaikan kewajipan kami.
Selepas itu, kami berjalan-jalan di sekitar airport ini kerana penerbangan kami ke Krakow, Poland pada pukul 9.30 pagi dan kami mendarat di sini sekitar jam 6.00 pagi. Kami mempunyai lebih kurang 3 jam sebelum berlepas. Tarot ada membeli perfume di sini kerana mereka ada maklumkan bahawa di sini barangannya bebas cukai jadi kami tidak lepaskan peluang ini.
Kami menyaksikan sunrise Amsterdam dari ruang menunggu.
Ruang menunggu ke kapal tebang kami agak jauh, jadi kami perlu menaiki bas shuttle yang disediakan.
Tarot duduk bersebelahan dengan Ched Wei.
Kapal terbang kami berlepas tepat jam 9.20 pagi dan kami akan terus bertolak ke Krakow, Poland. Kapal terbang ini merupakan kapal terbang domestik jadi saiz dan kapasiti jauh lebih kecil berbanding kapal terbang yang kami naiki sebelum ini.
Mendarat di Krakaw, Poland.
Kami tiba selepas hampir 2 jam penerbangan. Selepas mendarat kami mendengar taklimat dari Mr. Phillip dan beliau maklumkan kami akan berjumpa dengan Duta Malaysia di Poland. Kami juga turut akan makan tengahari bersama beliau.
Penjenayah mode : ON
Muka masing-masing fokus mendengar taklimat daripada Mr. Phillip. Kelihatan ada juga beberapa muka yang lapar.
Macam biasa, sebelum keluar airport kami akan mengambil foto, group shoot.
Semua sedang sibuk dan memunggah bagasi masuk ke dalam bas dengan pantas.
Lovebirds - detected !
Sepanjang perjalanan ke restoran untuk kami makan tengah hari, Tarot sangat kagum dan teruja melihat pemandangan serta arkitek pembinaan bangunan di sini. Memang sangat unik dan once in a lifetime punya pengalaman. Kami juga diberi ucapan selamat datang daripada Duta Malaysia, beliau mengalu-alukan kedatangan kami dalam Jelajah Ilmu ke-14 ini dengan penuh terbuka. Selepas hampir 10 minit kami tiba ke destinasi kami yang bernama King's Road.
Kami bergambar bersama monumen Battle of Grunwald dengan pose kegemaran Tuanku iaitu "Ke Kanan!!"
"Ke Kiri!!"
"Ke Belakang!!"..patut ada kedepan tetapi Tarot tidak jumpa gambar aksi kedepan tersebut.
Tarot juga tidak lepaskan peluang berselfie dengan monumen tersebut.
Tarot hendak nyatakan kenapa monumen tersebut menjadi tarikan para pelancong.
- Monumen ini dihasilkan sebagai tanda memperingati Perang Grunwald, Perang Žalgiris atau Perang Pertama Tannenberg tercetus pada 15 Julai 1410 semasa Perang Poland-Lithuania-Teutonik.
- Pakatan Crown of the Kingdom of Poland dan Grand Duchy of Lithuania, yang dipimpin oleh Raja Władysław II Jagiełło (Jogaila) dan Grand Duke Vytautas, telah menumpaskan askar Teutonik Jerman-Prusia, yang dipimpin oleh Grand Master Ulrich von Jungingen.
- Perang ini telah mengubah keseimbangan kekuatan di Eropah Tengah dan Timur dan telah wujudnya pakatan Poland-Lithuania sebagai sebuah pakatan yang paling berkuasa dari segi politik dan ketenteraan yang dominan di rantau ini.
- Monumen ini terletak di Matejko Square, Kraków, Poland
- Monumen ini telah disiapkan pada tahun 1910 (dibina semula pada tahun 1976).
Kami dikehendaki berjalan dari Matejko Square ke Restoran kami yang terletak di King's Road dan nama restoran tersebut ialah Kawiarnia Jama Michalika. Tarot menganggap nama tersebut ialah nama pemilik restoran tersebut kerana perkatan tersebut tidak membawa apa-apa makna. Perjalanan kami tidak jauh sangat, hanya 5 minit sahaja. Kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai kerana masing-masing excited dan hendak berselfie di semua tempat.
Ayuni, KB dan Tarot. Muka Sharvin tu macam dah lapar sangat.
Setibanya kami di restoran ini, kami diberikan 3 hidangan iaitu sup (dalam roti) sebagai pembuka selera, ikan dan mashed potato sebagai hidangan utama dan apple pie sebagai pencuci mulut. Kami tidak dapat habiskan makanan kami dengan tenang kerana kami perlu mengejar masa. Tentatif kami sepanjang berada di sini sangat packed. Dan untuk pengetahuan semua, memandangkan kami berada di musim winter, waktu siangnya lebih pendek daripada biasa, menjadikan kami semakin tak cukup masa.
Seperti semua orang kenal, ini Encik Muadz. Penasihat MPP sepanjang tempoh kami memegang jawatan.
Tadaaa!!! Kami juga terkejut apabila dapat tahu sup berada dalam roti. Katanya, makanan ini sangat popular di sini dan menjadi pilihan rakyat tempatan.
Nampak la masing-masing terlebih excited apabila merasai pengalaman berada di Krakow, Poland.
"Syaf, tengok apa tu??"
Apabila kami tiba di King's Road ini, tidak ada satu saat pon yang kami tidak excited. Semua orang excited lain macam, tangkap gambar non-stop.
Cubaan melompat oleh Tarot. Nampak macam tak berapa nak menjadi. Muka macam lain macam.
Cubaan gambar melompat oleh Razi pula. Pon nampak tak berapa nak menjadi.
Cubaan gambar melompat oleh semua orang. Lagilah, tidak menjadi. Good try.
Selepas selesai makan tengahari, kami bergegas naik bas semula dan terus ke hotel. Nama hotel kami ialah hotel Pod Wawelem. Kami akan menginap di hotel ini selama 2 malam. Lobi hotel ini agak kecil sehingga tidak dapat menampung kapasiti kesemua deligasi Jelejah Ilmu ini.
Tarot dan Razi berselfie sementara menunggu giliran untuk mendapat kunci.
Taror besama roommate, Ched Wei membuat rakaman memasuki bilik hotel.
Tarot photoshoot bersama pemandangan dari bilik hotel kami.
Ched Wei juga berphotoshoot tetapi tidak tahu beliau pandang ke mana. Apa yang menarik kat sana pon tidak tahu.
Kami berehat-rehat sejenak sebelum makan malam. Kalau ikut tentatif, pada pukul 7.00 malam kami akan dinner bersama pelajar yang menuntut di Jagiellonian University di sebuah restoran timur tengah. Memandangkan kami dalam musim winter, maghrib di sini sangat awal, lebih kurang jam 4.00 petang. Pada waktu itu cuaca sudah gelap. Selepas kami semua bersiap dan berkumpul, kami berjalan kaki untuk ke restoran tersebut. Perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 20 minit dari hotel kami.
Berselfie terlebih dahulu sebelum berjalan, semua nampak struggle untuk masuk frame.
Selepas tiba, kami disambut oleh pelajar-pelajar Jagiellonian University. Kami juga diminta untuk berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan bercampur dengan kumpulan kecil mereka.
Kami menikmati hidangan tersebut sambil berkenalan dengan mereka. Tarot tak berapa ingat menu yang dihidangkan akan tetapi menunya agak exotic dan berlainan daripada makanan arab yang kita biasa makan. Deria rasa kami juga agak terkejut dengan makanan-makanan yang kami kunyah.
Nampak rancak Fiqri berbual, entah apa yang dibawangkan oleh Fiqri.
Selepas selesai dinner tersebut, kami berjalan kaki pulang ke hotel. Dalam perjalanan pulang ke hotel tersebut, kami semua dihidangkan dengan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami semua menyaksikan salji pertama yang gugur ke bumi Krakow. Memang pengalaman yang berharga buat kami, malah ada antara kami yang tidak pernah melihat salji semula jadi sepanjang hidup kami.
Kami membuat video boomerang apabila salji berguguran. Tak berapa nampak salji tu.
Selepas kami tiba di hotel, kebanyakkan antara kami terus beradu. Akan tetapi, antara beberapa golongan yang ingin sambung berjalan-jalan di bandan Krakow ini. Come on, guyz!! Bila lagi kita ada peluang untuk sampai ke Krakow ini. Golongan yang disebutkan termasuklah Tarot sendiri, Jijie, KB, Sharvin, Dinesh dan Nagen.
Pada awalnya kami buat bola salji dan lontar kepada each other, sampai Encik Muadz maki kerana kami sangat bising dan ganggu orang hendak tidur. Jadi kami membuat keputusan untuk berjalan lebih jauh dari hotel.
Bad Boyz Squad. Geng yang keluar lewat malam dan tidak tahu nak tidur.
Seperti yang kita semua tahu, seni binaan dan ukiran-ukiran bangunan yang menjadi Krakow ini sangat unik. Kalau korang tahu cerita Dr. Jekyll and Mr. Hyde, latar tempat cerita tersebut memang seakan-akan bandar Krakow ini. Sepanjang malam kami menyaksikan budaya dan gaya hidup rakyat Krakow ini. Percayalah, budaya yang dimaksudkan agak mengejutkan, lagi-lagi apabila anda saksikan depan mata sendiri.
Selepas itu, kami semua bergerak pulang. Kami sebenarnya sesat seketika apabila pulang sebab kami keliru apabila melalui celah-celah bangunan. Semua jalan dan lorong kelihatan sama. Kami mendapatkan tidur yang cukup kerana bersedia untuk menempuhi hari esok pula...
seronok membaca..
ReplyDelete