nuffnang adds

Wednesday, April 15, 2020

(DAY 1) 14th Educational Trip - MPP UniMAP - Poland - Belgium - Netherlands

Setelah kami bergelar mantan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 2017/ 2018, kami diberi habuan sebagai tanda apresiasi setelah lebih setahun berkhidmat sebagai perwakilan pelajar. Sesi kami kira agak bertuah juga kerana destinasi Educational Trip atau Jelajah Ilmu kami adalah ke 3 buah negara Eropah iaitu Poland, Belgium dan Belanda (Netherlands). Tanggal 17hb merupakan tarikh keramat untuk kami kerana tarikh tersebut bermulanya Jelajah Ilmu bagi MPP sidang 2017/ 2018. Kami telah bahagikan tugas dan selesaikan semua perkara sebelum bertolak ke Poland.


Tarot dan Syaf sedang berlatih menari tarian Ayam Didik untuk dipersembahkan di sana.


Muka masing-masing sangat excited untuk bertolak ke KLIA.


Mengucapkan selamat tinggal kepada Harith Dedi, perasaan sedikit hiba kerana Harith merupakan insan yang sangat penting dalam keluarga MPP.


Tarot sedang praktis bergaya sebelum tiba di Poland.


Semua sedang sibuk memunggah bagasi dan pindahkan ke atas trolley.


Kami bertolak dari UniMAP lebih kurang jam 8.00 pagi dan tiba di KLIA lebih kurang jam 4.30 petang. Kami berehat-rehat terlebih dahulu sebelum berkumpul. Lebih kurang jam 5.00 atau 6.00 petang begitu, kami semua berkumpul dan mendengar taklimat daripada Mr. Phillip. Mr. Phillip ini merupakan pengurus untuk Jelajah Ilmu kami.



Yang pakai baju korporat putih itu merupakan Mr. Phillip, beliau sedang memberikan taklimat berkenaan Jelajah Ilmu ini. Muka masing-masing nampak sangat fokus malah ada juga yang terhibur. Tarot tidak ingat apa yang diperkatakan oleh Mr. Phillip masa ini.


Tarot, Ched Wei dan Jijie bersedia untuk masuk ke dalam pasawat. Untuk pengetahuan semua, kami menggunakan penerbangan KLM Royal Dutch Airlines.

Penerbangan kami berlepas pada jam 11.00 malam (lebih kurang) dan penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 13 jam. Kami perlu transit di Amsterdam sebelum tiba ke Poland.


Muka masing-masing masih excited. Biasalah, apabila travel dengan member feel dia lain macam sedikit. Energy level sentiasa lebih daripada normal.


Selang beberapa minit, beberapa member kita sudah tumbang,


Kami diberi makan terlebih dahulu sebelum tidur. Masa ini tekak masih boleh terima makanan macam ini, iaitu nasi macam nasi goreng + ayam + nenas. Ada sayur campur, acar kot Tarot pon tidak pasti.

Selepas kami semua selesai makan, flight attendant tutup lampu. Badan penat campur perut yang kenyang, pakej untuk semua terlena dan dibuai mimpi. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 13 jam dan lebih kurang 2 jam sebelum tiba ke Amsterdam Tarot terjaga. Selepas bangun, kami diberikan breakfast pula. 


Kami menikmati makanan yang menjadi signature dish rakyat Eropah termasuklah ayam disaluti cheese, hot dog, roti bun, buah-buahan, yogurt dan susu segar.


Razi sedang khusyuk menyaksikan pamandangan luar ketika kami sudah mendarat di Amsterdam.




Walaupun masih di dalam airport, kami sudah dapat rasakan kesejukan yang amat. Kami semua sudah stand by muffler dan winter coat dalam hand carry.



Kami tiba di Amsterdam pada awal pagi, dan selepas itu kami akan menaiki penerbangan ke Poland. Di sini, kami solat subuh terlebih dahulu dan berjalan-jalan sebelum kami bertolak ke Krakow, Poland...




No comments:

Post a Comment