nuffnang adds

Monday, July 16, 2018

Program Sukarelawan Pemuliharaan Haiwan Terancam 2018 | Bukit Merah Orang Utan Island Foundation



Tarot merupakan Majlis Perwakilan Pelajar 2017/ 2018 dan memegang protfolio Exco Kebudayaan dan Integrasi. Tarot telah menghantar satu kertas kerja untuk mengadakan sebuah program berbentuk sukarelawan iaitu Program Sukarelawan Pemuliharaan Haiwan Terancam 2018. Tarot sudah rangka program ini 6 bulan awal, memanglah kan ada banyak perkara yang kene pantau dan settlekan termasuklah tajaan, penyertaan, penginapan, makanan, pengankutan dan banyak lagi lah. Tarot telah pilih sendiri team untuk menjayakan program ini. Team ini termasuklah Setiausaha, Bendahari dan semua la yang diamanahkan untuk memegang jawatang yang disandang.

Tidak mengapa, Tarot buukan nak cerita mengenai hal-ehwal pentadbiran tetapi nak cerita mengenai program. Pada hari kejadian, kami tiba di lokasi seawal 8.30 pagi dan kami bersarapan dahulu. Hendak buat kerja-kerja sukarelawan, mesti kena kumpul tenaga dahulu. Tarot berurusan di kaunter untuk uruskan hal-hal pentadbiran dan pembayaran program. Kami juga diberikan tag sukarelawan seorang satu seblum bergerak ke lokasi. Kami menaiki sebuah bot, sepanjang perjalanan tersebut kmai menikmati keindahan tasik dan suasana sunrise yang indah. Memang tujuan Tarot melaksanakan program ini untuk mendekati alam atau bahasa Englishnya close to nature.


Setibanya kami di Pulau Orang Utan, kami disambut oleh pekerja di sana. Mereka memberikan penerangan tentang pulau ini dan orang utan. Di dalam pulau ini, lebih kurang 20 orang utan yang dibebaskan dan membesar di habitatnya. Cuma mereka bertanggungjawab untuk memulihara habitat dan spesis orang utan ini. Mereka juga menunjukkan setiap bahagian dan fungsi setiap kawasan yang dibina.

Eveyone is getting ready.

Ashmir dilantik menjadi Exco Pokok untuk ditanam di Pulau Orang Utan.





Masing-masing bersemangat untuk jumpa ahli keluarga yang lama terpisah.

Tarot tak ingat ada perbincangan apa masa ni. Muka macam serius je.



Tarot membuat urusan di kaunter.




Hairi merupakan photographer, memandangkan beliau selalu tiada dalam gambar, jadi selalu mengambil peluang jika ada masa bergambar seorang.

Semua dah naik atas bot, off we go!!!



Kami tiba di Pulau Orang Utan dalam masa 10 minit. Pemandangan masa itu memang superb.



Ariana, muka kenapa teruja sangat tu.


Ini merupakan ketua orang utan kat sini. Kira macam ketua kampung la. Tapi Tarot lupa nama dia.











Kami dipecahkan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan ini mendapat checkpoint yang berbeza. Kami juga diberikan task yang berbeza mengikut arahan pekerja yang menjaga kami. Ada yang membersihkan kandang orang utan, membersihkan dan menyapu, membuat makanan untuk bayi orang utan, bermain dengan lumpur dan macam-macam lagi. Tarot sudah tak berapa ingat apa yang dilakukan. Kami juga diberikan peluang untuk memasuki ke dalam kawasan habita Orang Utan untuk menyaksikan dengan kebih dekat.

Setelah selesai melaksanakan tugas-tugas yang diberikan, kami melihat gelagat dan aksi orang utan tersebut. Selepas itu, kami menyaksikan tayangan video tentang program kami serta pemberian sijil dan cenderahati.


Pokok herba yang ditanam bersama sign MPP UniMAP 2017/ 2018. Sebagai simbolik kami pernah membuat program di sini.


Abe Fitri tekun dengan tugas yang dilaksanakan.

Jo berselfie bersama sepupunya yang terpisah lama.

Dedi pula terkenang nasib anak-anaknya yang ditinggalkan. Hurm, dedi yang tinggalkan anaknya :|

Selepas kami selesai melakukan aktiviti tersebut, kami pulang ke jeti dan makan tengah hari. Kami juga ke destinasi seterusnya iaitu Muzium Taiping. Asalnya kami ingin ke Tasik Taiping tetapi pada waktu itu hujan turun jadi kami terpaksa pergi ke tempat berbumbung.

Pada sebelah malam pula, kami adakan BBQ dan bahan-bahannya dibeli oleh tuan homestay sendiri. Kami bakar dan makan bersama-sama untuk kumpul tenaga bagi menajalankan aktiviti esok.

Otw, balik ke jeti. Ashmir melayan perasaan di atas bot sambil menikmati angin-angin tasik.

Amer Nader juga menikmati sepenuh perasaan.

Hairi juga taknak ketinggalan, memang semua melayan perasaan ke kat tasik ni.

Akhirnya pengarah sendiri, tetapi muka takleh nak feel. Nak gelak adelah.



Pengarah bersama SU-nya.


Banyak pulak gambar si photograher ni. Dia yang tangkap gambar ke dia yang dalam gambar??






Setibanya di Muzium Taiping.



Memandangkan Tarot merupakan Exco Kebudayaan, sesuailah bergambar di Galeri Kebudayaan.







Zaman-zaman kegelapan hipster.









Preparation of BBQ, everyone getting ready.

Jangan tanya aku, kalau nak tahu bole pm direct diorang, apa masalah mereka.









Tarot tak ingat apa yang jadi masa ni. Kenapa beriya sangat bercerita.


Tarot ingin mengucapakan beribu-ribu terima kasih kepada semua Majlis Tertinggi, barisan Exco, peserta-peserta dan yang plaing penting penaja kami iaitu FINCO dan Ana Burger kerana memberi penajaan dan sumbangan untuk menjayakan program ini. Tarot juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak atasan yang memberi sokongan dan nasihat untuk melicinkan pelaksanaan Program Sukarelawan Pemuliharaan Hidupan Liar 2018.

Tarot juga harap dapat lagi buat program seperti ini; program sukarelawan dan "close-to-nature".



Saturday, July 14, 2018

Jangan Main-Main Dengan Kekuatan Anak Muda!!


Hari ini, Tarot ingin memberi pendapat dan pendangan tentang anak muda, memandangkan Tarot juga merupakan salah seorang daripada anak muda. Tarot hairan kenapa anak muda selalu disisihkan dan tidak diberi penekanan dalam platform kepimpinan atau apa-apa arena yang ada. Dalam sesebuah organisasi atau apa-apa perbadanan, mereka yang lebih tua sering diberi perhatian kerana mereka lebih banyak pengalaman. Betul! Tarot juga setuju pengalaman sangat penting untuk menjayakan sesuatu benda tetapi mereka selalu tertinggal satu aspek - kekuatan anak muda.

Seperti tajuk di atas - Jangan Main-main Dengan Kekuatan Anak Muda ; Tarot memang begitu yakin dan percaya kekuatan anak muda itu bukan satu benda yang biasa. Anak muda ini mempunyai keazaman dan semangat juang yang tinggi menyebabkan mereka ini boleh melakukan sesuatu yang luar biasa. Tarot merasakan tidak wajar apabila suara anak muda disisihkan dan tidak didengari oleh masyarakat setempat.

Tarot bawa kepada tahun 2011, di mana sebuah buku telah diterbitkan berjudul "2011 Masa Untuk Berubah" yang diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS. Tahun 2011, mereka menyedar bahawa kebangkitan anak muda mencetus perubahan dan tahun itu suara anak muda baru didengari. Tahun ini juga desakan anak muda mesti diwartakan bahkan tahun itu anak muda menjadi penentu kemenangan part-parti politik.

Generasi muda mampu melengkapkan gelombang transformasi seraya membuat hayunan besar melonjak perhatian di mata dunia kepada peranan anak muda akan datang. Anak muda akan sedar peranan dan kepentingan mereka dalam mengubah nasib akan datang. Kebangkitan ank muda juga adalah fenomena sepanjang zaman meredah pertumbuhan tamadun manusia di atas muka bumi ini.

Sukarno iaitu seorang tokoh politik Indonesia, pernah berkata: 


“Berilah aku seratus orang pemuda, nescaya aku akan mampu menggoncangkan dunia. Tetapi sekiranya aku diberi seribu orang tua nescaya tewaslah aku”



Imam Ghazali rahimahullah :

“ Jika kamu ingin melihat kemajuan di dalam sesebuah negara, maka lihatlah pemuda dan pemudinya”


Pemuda Ashabul Kahfi merupakan sekolompok pemuda yang mempertahankan iman dan menentang pemimpin yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah dalam Al Kahfi ayat 12-13:

“kemudian kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan petunjuk”.


Menurut As-Syahid Imam Hasan al-Banna pula :

 “Pemudalah yang selamanya menjadi tulang belakang pembangunan sesuatu umat, menjadi rahsia kekuatan sesuatu gerakan dan pemegang panji-panji sesuatu fahaman.“


Merujuk kepada kata-kata di atas, terbuktilah "power" yang dimiliki oleh orang muda sememangnya luar biasa. Pemimpin-pemimpin yang hebat setuju dengan keghairahan orang muda dalam perjuangan atau membawa satu perubahan menerusi peredaran modenisasi ini. Tarot percaya api yang membara itu wujud dalam diri anak muda, cuma mereka perlu berada di paltform yang betul untuk memarakkan lagi api tersebut.

Sebagai seorang mahasiswa, Tarot juga yakin bahawa mahasiswa lebih istimewa dan bisa membawa sesuatu yang lebih powerful. Bukan Tarot ingin membandingkan antara mahasiswa dan bukan mahasiswa tetapi mereka yang menyambung pengajian di Intitusi Pengajian Tinggi ini mempunyai satu additional value atau bonus. Tarot dan anda juga mesti percaya di universiti merupakan salah satu platform yang sesuai untuk mecungkil bakat-bakat terpendam mahasiswa termasuklah cara berhujah/ berdapat, kepimpinan, keusahawaan dan inovasi atau bakat dalam sukan. Jika kita telusuri, mahasiswa yang berbakat mampu pergi jauh malah bersaing di seantero dunia dengan kemampuan yang dimiliki. 

Tarot bukan hendak masuk soal politik tetapi ini merupakan fakta daripada surat khabar Berita Harian. Betul atau Tidak?? Terpulang kepada pembaca untuk menilai sendiri. Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi muda berusia lingkungan 21 hingga 39 tahun berjumlah 7.09 juta dan lingkungan ini merupakan majoriti daripada jumlah pengundi. Pihak-pihak tertentu juga sudah mejangkakan pengundi muda bakal memaikan peranan penting dalam PRU-14. Sudah terbukti kuasa golongan muda itu apabila pengumuman diumumkan, sememangnya kuasa orang muda sangat luar biasa apabila kerajaan ditukarkan.

Tarot mempunyai harapan yang besar terhadap pihak yang bertanggungjawab untuk memberi peluang dan menyediakan ruang untuk golongan muda "membesar". Tarot sedar, sebelum ini banyak platform yang disdiakan dan program yang dijalankan untuk golongan muda maju ke hadapan. Tarot juga menyertai pelbagai program antara universti dan melihat keistimewaan dan bakat golongan muda dipertonjolkan. Besarlah harapan Tarot untuk lihat anak muda berlangkah-langkah ke hadapan kerana kamilah yang mencorakkan masa hadapan negara. Jangan mensia-siakan "inner beast" dalam diri mereka.


Jika anda ada apa-apa pendapat mengenai topik ini, sila kongsi dengan Tarot

Wednesday, July 11, 2018

Paradise Holiday - Lok Kawi Wildlife Park (DAY 5)


Asalnya, kami tidak plan pon untuk ke Zoo Lok Kawi ini kerana Napi mencadangkan kami untuk pergi ke tempat yang lebih menarik seperti Tenom atau hiking. Atas faktor-faktor tertentu iaitu kewangan kami terpaksa pergi ke tempat yang lebih affordable. Sebab itu, jikalau pergi melancong, shopping patutu hari terakhir kalau tidak kopak semua duit. Lok Kawi ini terletak kira-kira 20km dari bandar Kota Kinabalu dan berada di jalan Penampang-Papar. Kira kawasan ini terpencil jugak lah.

Tarot pon tidak berapa sihat hari ini kerana tidak makan semasa di Pulau Sapi semalam. Tarot memang tidak bertenaga sepanjang hari ini. Tiket masuk ke Zoo Lok Kawi ini ialah Rm10.00 dan kawasan ini terbahagi kepada dua tempat iaitu kawasan hidupan liar dan Taman Botani. Kami juga hampa kerana tiada pertunjukan haiwan pada hari ini.

Kami pon berjalan-jalan menikmati dan menyaksikan kepelbagaian flora dan fauna di bumi Sabah ini. Kami lebih tertarik untuk melihat haiwan-haiwan yang rare dan tiada di Semenanjung seperti Orang Utan dan monyet proboscis.




Orang Utan yang sedang termenung...atau layan perasaan. Tarot pon tak berapa pasti apa yang sedang dilakukan oleh Orang Utan tersebut.

Monyet Proboscis, ada fakta menyatakan lebih besar hidungnya, lebih kacak moyet ini di mata monyet-monyet betina yang lain.

Kuda Pony sedang manikmati juadah yang diberikan.

Setibanya kami ke Taman Botani, kami patah balik sebab kami rasa tiada apa yang menarik di sini. Kelihatan Taman Botani ini berada dalam keadaan yang tidak terjaga.




Selepas beberapa jam kami menziarahi Zoo Lokawi kami pulang. Selepas itu, Napi bawa kami pusing-pusing bandar KK kerana kami memang kehabisan duit. Pengajaran untuk diri sendiri, jangan melancong lebih daripada 5 hari, memang kopak duit sampai tak boleh nak pergi mana-mana.

DAY 6

Setibanya hari ke-6, kami packing dari rumah Napi dan bersedia untuk pulang ke Semenanjung. Kami dihantar oleh Napi ke airport KK. Rasa berat pon ada untuk meninggalkan bumi Sabah. :(




Sayonara Sabah!!

Go back to the beginning :

Paradise Holiday - Sabah, Percutiaan di Bawah Bayu (DAY 1 & DAY 2)


Penyakit Sosial | Hentikan Budaya "Stereotype"


Kini, budaya stereotype ini semakin menular dan boleh diiktiraf sebagai satu penyakit sosial. Memang betul, Tarot sendiri mempunyai ciri-ciri stereotype kerana masyarakat dan cara kita dibesarkan memang berlandaskan sifat-sifat stereotype. Stereotype ini juga memang tiada had umur, daripada kecil sekecil setahun jagung sehinggalah moyang kita memang tidak boleh lari daripada sifat stereotype ini. Apabila dah mencapai umur Tarot sekarang, Tarot membaca dan ingin tahu dengan lebih dalam tentang stereotype ini.

Apa itu Stereotype?


Stereotype atau nama lainnya ialah generalisasi berlebihan. Stereotype bermaksud cara kita menilai karakteristik seseorang berdasarkan asumsi tanpa satu fakta yang jelas. Selalunya, individu distereotaipkan berdasarkan agama, suku, pekerjaan, jantina, hobi atau kelompok rakan.

Sekarang, Tarot sangat pantang dan menentang dasar-dasar stereotype ini. Sebagai contoh, perempuan kena pandai masak, tak masuk universiti tu tak cerdik, lelaki mesti kuat, lelaki je trash. Bagi Tarot, memang lah majoriti individu tergolong dalam satu ciri contohnya kebanyakkan lelaki gatal. Tidak adil jika nak cakap yang lelaki sahaja yang gatal kerana tidak semua lelaki macam itu. Tarot pernah jumpa wanita yang gatal dan aggresif malah lebih gatal daripada lelaki. Jika anda ingin menilai atau wujudkan persepsi stereotype ini, anda nilai based on individual bukan based on whole group.

Selain persepsi yang menyatakan lelaki itu gatal atau suka main perempuan, tahap pendidikan juga menjadi budaya stereotaip. Jika belajar jurusan Mascom terus dilabel bodoh, asal tak dapat straight A terus dilabel bodoh, asal jadi ahli muzik terus dilabel bodoh, asal tiada degree terus dilabel bodoh. Tarot ingin tanya, apa benchmark atau penanda aras untuk dilabel pandai? kena ada degree ? kena dapat straight A? kena jadi doktor? kena jadi engineer? Grades does not test intelligence, they test obedience.

Tarot ingin tekankan, budaya stereotype ini merupakan penyakit dan banyak membawa kesan buruk. Ramai budak sekolah sudah jadi mangsa kerana budaya ini. Streotype inibukan sahaja bisa menyakitkan malah membawa individu kepada depresi. Individu tersebut juga akan hilang semangat untuk meneruskan hidup kerana penuh dengan stigma-stigma yang mereka dapat atas penilaian orang lain.

Stereotaip ini ada baiknya, kerana steretaip akan membuatkan sesorang itu lebih reaktif jika berhadapan dengan situasi kerana mereka sudah mengalami situasi tersebut sebelum ini. Akan tetapi, zaman sekarang kebanyakan orang menggunakan konsep stereotaip dengan salah. Mereka mewujudkan pelbagai-pelbagai persepsi tanpa mengetahui fakta yang betul atau sahih.

Monday, July 9, 2018

Ekapol Chanthawong Hero of "13 Hope" | Operasi Menyelamat Mangsa Gua Tham Luang





PEMBANTU jurulatih ini namanya Ekapol Chanthawong. Beliau berusia 25 tahun.

Beliau yang mengetuai 12 pemainnya dari pasukan bola sepak, Moo Pa (Wild Boars) memasuki gua di pergunungan Doi Nang Non pada 23 Jun lalu.


Pergunungan yang terletak di sempadan Thailand-Myanmar itu mempunyai banyak air terjun dan gua yang menarik untuk diterokai.

Sepatutnya, pada tarikh kejadian, ketua jurulatih, Nopparat Khanthavong, 37, dipertanggungjawabkan untuk aktiviti itu namun tugas itu diserahkan kepada Ekapol kerana beliau mempunyai temu janji yang tidak dapat dielakkan.

Napparat sempat memberi nasihat di Facebook milik Ekapol supaya menunggang basikal di bahagian belakang pemainnya.

“Pastikan kamu menunggang basikal di belakang mereka supaya kamu dapat melihat dan memerhatikan mereka. Jaga diri,” tulis Napparat di Facebook Ekapol.

Selepas gagal dihubungi di mana harapan dilihat sudah berakhir, kumpulan diketuai Ekapol itu ditemui dengan selamat oleh dua penyelam pasukan penyelamat. Itu pun selepas sembilan hari mereka dilaporkan hilang.

Dalam tempoh getir sembilan hari itu, Ekapol memainkan peranan yang cukup besar. Bayangkan kalau tiada Ekapol, nasib 12 pemain muda tu mungkin nasibnya berbeza.

Pasukan penyelamat mengatakan Ekapol mengajar pemainnya cara meditasi dan menggunakan tenaga secukupnya dalam tempoh terperangkap di dalam gua yang dipenuhi air banjir itu.


Semangat Ekapol bersama mangsa lain


Pada 2003, Ibu bapa dan adiknya yang berusia 7 tahun maut akibat wabak penyakit yang belaku di utara Thailand.

Ekapol anak yatim piatu waktu umur 10 tahun. Membesar dengan neneknya di Mae Sai di utara Thailand.

Dia juga ditempatkan di kuil Buddha selama 10 tahun dalam proses menguatkan jiwanya selepas kehilangan kesemua ahli keluarganya.

Pengalaman peritnya mengajar erti ketabahan dalam apa jua kesengsaraan yang dihadapi sejak dari kecil dan semua itu disalurkan kepada 12 anak didik dia itu.

Kawan rapat Ekapol percaya, semangat dan peribadi Ekapol itu disalurkan kepada budak-budak berkenaan.

“Dia amat menyayangi mereka lebih daripada dirinya. Saya tahu dia ajar mereka supaya kuat semangat sama seperti kekuatan semangat yang ada pada dirinya,” kata Joy Khampai.

Waktu pertama kali ditemui pasukan penyelamat, Ekapol antara yang paling lemah. Sebab apa? Sebabnya semua makanan dikongsikan dengan 12 pemain dia.

Ekapol juga sempat menitipkan kata-kata melalui surat memohon maaf buat ibu bapa pemainnya. Dia minta maaf dengan seikhlas hati.

Nak tahu apa kata ibu bapa pemain? Sedikit pun mereka tidak menyalahkan Ekapol, malah amat berterima kasih dan bersyukur kerana Ekapol dapat menjalankan peranan sebaik mungkin. Mereka juga berjanji akan melayan Ekapol dengan baik selepas diselamatkan nanti.

“Jika dia tidak pergi bersama mereka, apa yang akan berlaku kepada anak saya?

“Bila dia diselamatkan nanti, kami akan ubati jiwanya. Wahai Ek (Ekapol) yang disayangi, kami tidak menyalahkan kamu,” kata ibu Pornchai Khamluang, salah seorang mangsa yang terperangkap.

Jadi di sini, Ekapol adalah wira dalam kes ini. Tanpa pengalaman kehidupan yang perit diusia setahun jagung, tidak mungkin dia dapat membimbing pemain-pemainnya untuk cekal menempuh dugaan terbesar itu.

Setakat artikel ini ditulis, empat mangsa berjaya diselamatkan semalam namun pihak keselamatan Thailand tidak mendedahkan siapa mangsa itu.

Hari ini juga operasi menyelamatkan Ekapol bersama lapan pemain lain sedang giat diusahakan.

Satu dunia sedang memerhati kisah ‘13 hope’ ini. Kita doakan semuanya selamat. Thailand jiran kita. Thailand saudara kita.


Nama: Ekapol Chanthawong
Umur: 25
Jawatan dalam Moo Pa: Pembantu jurulatih
Asal: Mae Sai, utara Thailand
Pekerjaan: Pembuat kopi