nuffnang adds

Monday, August 27, 2018

LAZADA Affeliate Program | Influencer Event with Benefit Cosmetics




Sebelum anda SCROLL, minta tolong klik ya :)


bit.ly/lazadamyxbenefit1







Tarot sememangnya seorang yang baharu dalam dunia blogging ini. Nak sangkut atau terpilih untuk mana-mana event memang sangat sukar lebih-lebih lagi hendak bersaing dengan "influencer" yang lain di luar sana. Tarot sangatlah kerdil. 

Barr-baru ini ada seorang event manager, Zuyyin contact Tarot dan maklumkan bahawa Tarot terpilih untuk hadir ke sebuah event di Kuala Lumpur. Apa yang Tarot tahu, invitation email macam Lazada yang menjadi pengajur dan akan dapat goodies bag yang worth RM250.00. Tarot pon kata tidak salah mencuba, mana tahu bole meluaskan pengaruh dan marketkan blog Tarot. Kira macam win-win situation la.

Asalnya nak ajak kakak Tarot seorang blogger juga, penselduabee. Akan tetapi beliau sedang bercuti bersama family tercinta jadi Tarot terpaksa pergi dengan Big-bro. Bukan apa, penselduabess sudah lama dalam dunia ini dan beliau lebih mahir selok-belok ini.



Setibanya di event tersebut yang bertempat di Starhill Gallery berhampiran Pavillion, Tarot terkejut sebab event ni penuh dengan para gadis dan wanita. Memang boleh dikatakan majoriti kaum hawa dan hanya Tarot sebagai wakil untuk kaum Adam. Tarot ingat kami sudah salah event tetapi kami disambut oleh Zuyyin selaku organizer. Kira ini kali pertama kali bertemu depan-depan, bukan di alam maya.

Kami berdaftar dan menerima barang-barang keperluan seperti link peribadi. Selepas itu, event terus start dengan Introduction daripada Zuyyin. Zuyyin bagi taklimat mengenai LAZADA X BENEFIT ini. Sebab Tarot pon tidak berapa clear waktu itu. Zuyyin menerangkan bahawa tujuan event ini adalah untuk mengajak para influencer yang dijemput mengenai benefit yang sudah bertukar platform. Kira kami ini sebagai agent la macam tu, sebab kami diberi amanah untuk mengembangkan dan mengviralkan tentang platform ini. Sebab itulah, kami diberi link peribadi. Contohnya, jika ada orang yang membeli barang benefit via lazada menggunakan link Tarot (sepert di atas), Tarot akan dapat komisyen. Akhir bulan, kami para influencer akan dapat komisyen yang dikumpulkan. Kira macam itulah, marketing punya strategy. 






Kami juga baru tahu bahawa benefit ialah brand kosmetik untuk mata. Memang banyak produk yang boleh dicuba macam Tarot pon kurang pasti eye shadow, eye liner, semua jenis eye yang ada kira semua yang berkaitan matalah. Bagi golongan hawa memang "syurga" lah, manakala Tarot dan Big-bro hanya macam potato dan tidak tahu nak buat apa, kami patut bawa kakak atau mak kami, baru mereka seronok.

Selepas itu, ada makeup tutorial daripada Cilibling. Tarot tidak pasti siapa itu, muka macam Wawa Zainal. Rasanya orang yang berpengaruh, makeup artis katanya. Tidak mengapa, yang penting dia cantik. Kira dia ada satu sesi untuk mempamerkan bakat untuk makeup salah seorang influencer yang bertuah.

Zuyyin ada maklumkan bahawa walaupun kosmetik seperti ini memang fokuskan para wanita dan memerlukan influencer wanita. Akan tetapi, lelaki juga diperlukan atas sebab-sebab tertentu, balance maybe? Tarot juga hanya mengambil peluang, bagi seorang oppurtunist seperti Tarot, kita hanya try nasib di mana-mana event. Kita tidak tahu apa yang menanti, mana tahu rezeki kita ada. Tarot juga tidak boleh berada di dalam comford zone, kadang-kadang kita kena keluar dari kempompong untuk pergi lebih jauh.






Tarot bersama event manager, Zuyyin.


Sweet Corner, tempat ini merupakan tempat favourite Tarot dan Big-bro.



LUCKY DRAW TIME!!


Tarot bukanlah seorang yang bertuah dalam lucky draw ini, tetapi Tarot sangat mengharap untuk dapat. Yang paling best, time ini Tarot sangat bersemangat jerit number sendiri sehingaa ramai yang terhibur. Bukan itu sahaja, pengacara juga turut memberi support kepada Tarot supaya nombor Tarot dicabut dan menjadi peserta yang bertuah.

Cuba teka? Betul, tarot memang yang bertuah dan dapat vaucer RM200.00 di Carlo Rino. Tarot juga terhibur malah tersenyum lebar. Tidak sangka rezeki di sini untuk dapat cabutan bertuah.



Muka bahagia menjadi pemanang cabutan bertuah.

Selfie with Christy Chan, Head of Manager of Carlo Rino.

Pemenang kumpulan memenangi pertandingan gambar terbaik.

Selfie dengan artis jemputan, Wawa Zainal  Cilibling.



Masa event dah tamat, kami kena redeem goodies bag yang worth RM250.00.




Selepas pukul 4.30 petang, kami photoshoot ramai-ramai dan akhirnya kami pulang. Di bawah ini merupakan pengisian goodies bag yang Tarot terima.

XIXILI RM50.00 Vaucher, nampaknya rezeki orang lain lah. Bini pon takde lagi.

3D Browtones, rasanya macam Eye Shawdow kot. Yang ni pulak rezeki Mak Tarot. Tidak mengapa, Tarot percaya dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga.

Bag Make-up.....kot.


Powerbank Cover

LAZADA pen

Perfume

RM 15.00 LAZADA Cash Vaucher
RM100.00 Carlo Rino Cash Vaucher
RM50.00 AURORA Italia Cash Vaucher
 &

Hadiah Cabutan Bertuah

RM200.00 Carlo Rino Cash Vaucher

Tarot mengucapakan beribu-ribu terima kasih kepada event manager, Zuyyin, all the sponsors benefit, Lazada, Carlo Rino, Sephora dan semua yang terlibat. Thank you sebab bagi peluang for my blogging carrier and for my future oppurtunity. Thank you juga kepada Christy Chan selaku Head Manager Carlo Rino sebab any future events.

Untuk semua pembaca, thank you for clicking the link below:

bit.ly/lazadamyxbenefit1


Atap Rooftop Cafe, Bandar Sunway | Amidst Skyscrapper Skyline & Striking Moonlight




Actually tempat Haikal yang discover, Tarot tidak pasti bagaimana dia boleh jumpa. Katanya tempat ini viral sejak kebelakangan ini, memang kuasa viral oleh netizen sangat powerful. Haikal juga sudah lama tidak hangout dengan kami kerana beliau baru saja selesai pentaulihan Palapes di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu. Sebab itulah beliau beriya-riya ajak malah memaksa kami untuk keluar bersama.

Semua benda Haikal yang plan, Tarot cuma pickup sorang-sorang sahaja. Setibanya kami di situ, memang ramai pelanggan. Mungkin sebab tempat itu agak kecil dan sempit, menjadikan tempat itu bertambah padat. Kami tidak perlu tunggu lama kerana ada satu group besar selesai sebaik saja kami sampai. Waiter tersebut mengutamakan group kami dahulu daripada mereka yang datang as couple. Akan tetapi, tempat kami tidak begitu menarik sebab berada di tengah-tengah. Kami prefer untuk berada di tepi untuk dapt view yang lebih menarik.






Menu agak terhad dan tidak banyak pilihan. Air juga hanya Strawberry Lagoon dan Bluelemon Lagoon yang menarik. Kebanyakan makanannya boleh dimakan secara beramai-ramai, bukan makanan untuk seorang. Kira makanan seperti burger, chicken chop, pasta spaghetti bagai semua tiada. Di sini hanya ada Keropok Lekor Cheese, Meatballs, Fries dan all sort of makanan yang boleh dimakan secara beramai-ramai.

Tarot nak cakap sedap tu, memang banyak lagi kedai atau cafe yang menyajikan makanan yang lebih lazat. Akan tetapi, bukanlah makanan tersebut tidak sedap, kira rasa dia memang so-so dan Tarot boleh bagi rating 6 daripada 10. 

Apa yang menarik di sini ialah suasana dia. Kami juga baru tahu bahawa Sean Lee merupakan owner kepada Atap Rooftop Cafe ini. Beliau merupakan seorang artis baru dan kami rasa kami ada terserempak dengan beliau pada malam itu. Pada waktu itu tiada siapa antara kami yang perasan kerana tiada siapa antara kami yang kenal beliau. Berbalik kepada pemandangan tadi, tempat ini terletak di bahagian paling atas bangunan tingkat 3 dan bangunan ini terletak di tengah-tengah bandar Sunway. Sunway memang hidup sampai tengah pagi jadi membantu untuk menjadikan pemandangan lebih "kebandaran" dan urban. Walaupun banyak lampu tetapi tidak begitu panas yang disangka (berpeluh la jugak) mungkin angin malam membantu untuk mengurangkan kepanasan.



Meatball & Fries

Keropok Lekor Cheese





Naquib baru balik dari Langkawi, jadi kami juga ada party Chocolate pada malam itu.





Kami rasa owner tengah test dahulu Rooftop Cafe ini sebab itu tempat dan menu agak terhad. Sampai satu tahap jika sambutan dari netizen begitu mengalakkan, kemungkinan besar tempat akan menjadi lebih luas dan menu akan lebih dipelbagaikan.

Tempat ini memang sesuai untuk rasa suasana kebandaran sambil menikmati bangunan dan lampu-lampu sambil ditemani angin malam. Maybe untuk bersama keluarga agak tidak sesuai, terpulang kepada family itu sebenarnya. Tempat ini lebih sesuai untuk kawan-kawan hangout dan couple-couple yang ingin suasana yang romatik.


Berikut merupakan maklumat tentang Atap Rooftop Cafe jika anda berminat untuk makan si sini.


Alamat: No. 1-3, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari, Bandar Sunway


Nombor Telefon: 019-696 0708


Waktu Operasi: Setiap Hari, 5.00 petang sehingga 1.00 pagi.