nuffnang adds

Tuesday, December 18, 2018

First Student Representative Council 2017/ 2018 Retreat - Pak Bara, Thailand




MPP First Retreat, Pak Bara, Thailand


Cik Muadz dan Prof telah memutuskan untuk membawa semua MPP ke Pak Bara sebagai "First Retreat". Sebenarnya, mereka berbuat demikian atas beberapa faktor antaranya MPP kelihatan sedikit terpesong dari hala tuju asal. Jadi, mereka berhasrat supaya MPP kembali fokus dan kembali ke landasan asal selepas selesai program ini.

Cik Muadz telah maklumkan supaya semua membuat passport untuk menyertai program ini. Kami juga disarankan untuk menukar sedikit duit Thai, kira program ini 2 dalam 1 la senang cerita. Akan tetapi, kami tidak boleh enjoy habis-habisan kerana minggu ini sudah mula bulan Ramadhan.

"Welcome to Satun"

Pada awalnya, semua kelihatan bersemangat untuk berjalan apabila tiba di sempadan. Kami berjalan dan cuci mata melihat barang-barang yang dijual di tepi jalan. Tidak sampai 5 minit, kami semua mula rasa penat dan kami terpaksa patah balik. Kami terpaksa berada dalam "save-energy mode" kerana hari ini masih panjang dan banyak lagi agenda untuk ditempuhi.


Kami sedang membuat urusan pertukaran wang.

Nampak la penatnya tu.



"Picturesque View"




Perjalanan dari sempadan ke Pak Bara mengambil masa lebih kurang 30 minit dan dalam van kami, semua orang tertidur. Tinggal Cik Mat sahaja yang sedar sambil ditemani siaran radio Siam. Sebaik saja bangun, Cik Mat bagitahu yang saya menghasilkan dengkuran yang kuat. HAHAHAHA.

Sebenarnya, semasa kami tiba di sempadan, Izham aka Bangjam mengalami masalah atas sebab PTPTN. Jadi agak lama mereka mengambil masa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Atas bantuan Prof dan Cik Muadz, semua masalah selesai.

Tibanya kami di tapak program, kami diberikan taklimat oleh PM Li dan kami diberikan masa untuk berehat. Bulan-bulan puasa ini memang nikmatnya tidur siang itu. PM Li beri masa dalam 2 jam untuk kami berehat sebelum sambung ke agenda seterusnya.

MPP lelaki diberikan 3 bilik, jadi kami berebut-rebut untuk pilih "port" terbaik. Apa yang paling penting, kami semua ingin tidur sebentar.

Dinesh merangkap Exco Kesukarelawanan dan Kelestarian Kampus dan Anees selaku Exco Tugas-Tugas Khas dan Alumni.

Jijie pemegang jawatan Exco Diploma.

Nasha Cantik selaku Exco Keusahawanan dan Inovasi.

Tepat pukul 4.00 petang, agenda bermula. Aktiviti dimulakan dengan taklimat daripada PM Li. Banyak perkara yang diusulkan dan dibincangkan. Banyak perkara yang perlu dimuhasabahkan dan banyak juga refleksi diri berlaku.

Aktiviti seterusnya diketuai oleh YDP Amir Hakim iaitu perbincangan program-program. Kesemua MPP membincangkan program yang tidak berjaya, berjaya dan bakal dijayakan.

Sebelum berbuka puasa, PM Li memberi peluang kepada kami untuk berjalan dan beriadah sekitar kawasan Pantai Pak Bara untuk menikmati keindahan alam. 


“Together is a wonderful place to be.”





"Sawadeekap nī̀ pĕn khrxbkhrạw thī̀ s̄xng k̄hxng reā"




My Second Family.


The Manufacturers






Lemak tu memang tak boleh cover.

"Vision is the art of seeing what is invisible to others"



Bila tiba masanya, kami berbuka puasa (Iftar) bersama. Kami menjamah makanan dengan selera, kami menggunakan tenaga yang banyak hari ini walaupun tidur sahaja. Lagi-lagi makan beramai-ramai, bertambah kemeriahan. Kami tidak ingat apa yang kami makan tetapi makanannya agak unik, memang lain rempahnya dengan Malaysia.

Selesai berbuka puasa, kami bersiap untuk pergi ke Masjid. Kami solat Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah. Pengalaman baru untuk kami, Tarawih di luar negara. Walaupun hanya di Thailand tetapi pengalaman itu bukan semua orang dapat rasa.

Selesai solat, Cik Mat bawa kami pergi dataran dan kami membeli street food. Malam ini kelihatan semua orang lebih bertenaga. Makanan sudah terisi dalam perut kan. Selepas itu, kami dibawa ke 7 Eleven. Cik Mat cakap kami macam baru keluar hutan. HAHAHA. Semua macam tidak pernah pergi 7 Eleven, tetapi semua orang tahu...apabila kita bersama kawan, memang feel dia lain.







Alhamdulillah, Ustaz Fiqri sudah berubah dan kembali untuk berdakwah.

Ayuni : "Anees, tunggu!!! Nak bergambar jugak" sambil berlari.


Pada sebelah malam, kami ada perbincangan sesama sendiri. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan dan kami harus bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Akan tetapi, kami menyuarakan kelebihan dan kekurangan setiap ahli kumpulan. Kira memang apa yang tidak puas hati, kita cakap malam itu juga. Kami juga menggunakan konsep, "What happen in Pak Bara, Stays in Pak Bara". Kalau hendak maki, mencarut dan luah apa-apa yang terkalam dalam hati, luahkan sampai habis. Malam itu bermulalah malam yang panjang, semua orang meluahkan apa yang dipendam...kira macam "heart to heart" session.

Malam itu kami tidur agak lewat dan kami juga ditemani segerombolan nyamuk-nyamuk. Kami menyusun ubat nyamuk di kawasan luar bilik, kami lihat macam ada pemujaan dah. Kami tidur sebentar lalu kami dikejutkan oleh Suriah untuk bersahur. Suriah tau yang kejutkan. Kami dengan beratnya bangun dan berjalan ke tempat makan. Kami ingat kami menjamah Nasi Goreng Bawang pagi itu. Selepas itu, kami sambung tidur. 



Kami bangun agak lewat pagi itu (lelaki sahaja), kami bersiap dengan cepat dan terus ke aktiviti seterusnya. Aktiviti ini juga diambil alih oleh PM Li dan kami bentangkan apa yang dibincangkan semalam. Setelah sesi ini berakhir, Cik Muadz dan Prof mempunyai harapan yang besar untuk MPP kembali ke pangkal jalan dan bersatu untuk terus memacu pentadbiran yang mantap.

Program habis tepat pukul 12.00 tengah hari dan kami terus berkemas dan kembali semula ke UniMAP. Dalam perjalanan itu, kami singgah dahulu ke beberapa tempat untuk membeli-belah. Walaupun program ini hanya 2 hari tetapi banyak perkara yang akan dikenangkan.



Teratak ini merupakan tempat program kami dan tempat makan kami sepanjang 2 hari.






Mans Not Hot



Cuba teka, tangan siapa yang tunjuk no. 1 tu??





Sebelum pulang ke Malaysia, kami membeli juadah untuk berbuka puasa.



Bangjam berjaya keluar tanpa masalah, kalau tak tinggal je la kat Siam ni.

Wednesday, September 5, 2018

My First "Gaji" | Grease Cheesesteak Seksyen 13 Shah Alam


Selepas belanja Big-Bro di Johhny's Rocket, Tarot bawak Mak di sebuah kedai yang agak viral. Sebenarnya bukan kedai tetapi cafe hipster yang agak tular di instagram. Tarot sudah lama aim kedai ini, jadi Tarot bawak Mak pula untuk makan di sini. Sebenarnya bukan gaji tetapi elaun yang diterima semasa menjalani latihan industri. Elaun Tarot tidak begitu banyak, jadi tidak dapat bawak satu family.

Tarot order Texas Chili Cheesesteak, menu yang di-recommend di sini manakala Mak order Crazy Messy Burger - Beef. Harga di sini boleh tahan untuk cafe hipster tak begitu mahal dan tak begitu murah. Akan tetapi rasa dia memang sangat berbaloi untuk makan berkali-kali. Mak juga cadangkan untuk datang ke sini lagi untuk special occasion. Memang Cafe Grease juga antara cafe yang Tarot recommend kepada para pembaca - sangat berbaloi.


 







Texas Chili Cheesesteak


Crazy Messy Burger - Beef


Mom, let's take a selfie!!

Tempat dia agak kecil, tetapi masih boleh menampung sebuah kumpulan yang besar. Cafe ini juga menerima booking jika terdapat lebih daripada 5 orang. Kalau kurang, mereka cadangkan untuk walk-in sahaja. Memang Tarot akan datang lagi Cafe Grease ini.

Sila tekan link di bawah untuk maklumat lanjut : 



Sunday, September 2, 2018

Pahit Manis Universiti : Uruskan Perbelanjaan Anda Dengan Cermat


Tarot tahu mahasiswa memang datang dari pelbagai jenis latar belakang keluarga. Ada yang datang dari keluarga yang berada dan ada yang biasa-biasa sahaja. Tarot hendak tekankan tentang TIPS universiti yang seterusnya iaitu tentang bajet dan perbelanjaan.

Tarot ingin menasihati, uruslah duit anda dengan cermat. Tidak kira mereka yang menggunakan PTPTN, JPA, pelbagai jenis biasiswa atau PaMa. Tarot juga seorang mahasiswa jadi Tarot faham, apabila duit masuk sekali banyak, kita akan jadi sangat ghairah untuk berbelanja. Pergi tengok wayang, pergi bercuti, dan beli barang-barang yang berjenama dan sangat mahal. Bukan tidak boleh, Tarot juga pernah pergi bercuti dan tengok wayang semua tu...cuma kita kene bijak. Selalu jadi kes, apabila hujung semester, mahasiswa terpaksa ikat perut kerana tiada duit untuk makan. Memang ada yang betul-betul tiada duit tetapi kebayakkannya kerana mereka sendiri yang tidak pandai uruskan duit.

Tarot cadangkan semasa anda terima duit yang selambak tu, plan betul-betul. Berapa yang ingin digunakan untuk kemahuan dan keperluan, bahan-bahan kuliah, makan dan semua perkara. Baru anda tidak akan mengalami masalah tidak cukup duit. Apabila da duit lebih, barulah anda mengisi kemahuan anda seperti pergi bercuti atau membeli barang berjenama.

Wednesday, August 29, 2018

Pahit Manis Universiti : Tolong Belajar Common Sense


Kepada pelajar-pelajar yang baru masuk, korang kena tahu satu benda, "COMMON SENSE". Tarot nak bagitahu ini, semua benda dalam dunia ini, semua benda yang anda buat kena guna common sense. Takkan la nak ada satu subjek pulak untuk ajar perkara common sense. Tarot rasa ramai antara mahasiswa ini datang dari sekolah asrama atau matrikulasi atau asasi. Korang mesti dah tahu banyak benda kan, korang dah hidup dengan pelbagai ragam manusia. Tarot rasa kalau dah layak masuk universiti, maksudnya anda sudah boleh berfikir.

Takkan la Tarot nak senaraikan perkara-perkara common sense. Kalau nak senarai sampai esok pon tak habis...kalau roomate tidur, jangan pasang lagu kuat-kuat...hendak pinjam barang, mintak izin dahulu...kalau pinjam sudu mangkuk, basuh lepas guna. Adakah perkara-perkara seperti ini perlu diajar, Kalau hendak ditegur, lain pula jadinya.

Tarot faham, manusia selalu lupa dan sering melakukan kesilapan. Tarot juga sering melakukan kesilapan. Tetapi janganlah menjadi seorang manusia yang tidak mahu berubah untuk lebih baik. Kalau pinjam barang lupa nak minta izin, selepas itu kalau pinjam barang mintalah izin. Janganlah menjadi manusia yang tidak mahu belajar. Kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.

Anda sebagai pembaca, mesti hairan dan rasa apa yang dicoretkan ini tidak masuk akal. Mesti korang beranggapan, "kenapa hendak tekankan mengenai common sense, kitorang tahu lah apa yang kitorang buat". Jangan terkejut, lagi lama korang hidup lagi banyak ragam anda akan tempuh. Manusia-manusia yang tidak ada common sense. Korang jumpalah manusia yang tidak kunci pintu apabila keluar, pasang lagu kuat-kuat semasa anda solat, pinjam duit tak bayar-bayar dan ada yang tak flush toilet!!

Sekarang mungkin semua indah, baru kenal roomate, housemate dan coursemate. Tunggu beberapa sem dan semoga bertabah. Nantikan TIPS MASUK U yang akan datang dari tarot. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, August 28, 2018

Pahit Manis Universiti : Jangan Terdampar Sahaja di Atas Katil !!!!


Memandangkan minggu ini Minggu Suai Kenal 2018/ 2019 - MSK 2018/ 2019 jadi sudah tentu ramai pelajar-pelajar baharu yang akan tiba dan bermastautin di bumi Perlis ini. Tarot juga patut membantu MPP yang lain untuk melancarkan perjalanan PPMS - Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal tatapi tidak dapat atas sebab latihan industri yang belum tamat.

Pelajar-pelajar yang baru ini datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan ada yang dari diploma, matrikulasi, asasi, Form 6, politeknik dan berbagai-bagai lagi. Di sini Tarot ingin tekankan satu TIPS untuk hidup di universiti, berdasarkan pengalaman tarot la.

TIPS ini kepada pelajar yang baru berdaftar. Tolonglah libatkan diri anda dengan program-program universiti atau apa-apa jenis program. Setidak-tidaknya, anda mempunyai satu ikatan yang akan membantu masa depan anda kelak. Tolong jangan bagi alasan tidak cukup masa atau mengganggu masa belajar. Itu semua dusta. Jangan percaya dengan kata-kata itu. Mungkin jika terlampau aktif, akan menggaggu sedikit tetapi pandai-pandai la ukur baju di badan sendiri.

Di setiap universiti memang sudah tersedia pelbagai kelab dan persatuan, di fakulti sendiri sudah ada organisasi tersendiri. Persatuan  seperti ini hanya menunggu penyertaan muka dan bakat baru sahaja. Kalau suka mendaki ada Kelab Kembara, kalau suka menari atau menyanyi ada Kelab Kebudayaan, kalau suka membantu orang ada Kelab Sukarelawan, dan banyak lagilah Kelab. Cuma tanya diri sendiri sahaja, apa yang anda sendiri minat.

Tarot ingin menekankan sekali lagi, lebih-lebih kepada pelajar yang baru mendaftar minggu ini. Ambil peluang untuk belajar benda baru. Kalau Tarot nak cerita pasal kebaikan dan manfaat, memang tidak akan habis. Tarot yang akan memasuki Tahun 4 ini sudah lali dengan rakan-rakan Tarot yang menyesal kerana asyik terdampar di atas katil sepanjang tiga tahun pengajian. 4 tahun itu bukan lama sangat, ambil peluang untuk penuhkan dengan memori dan kenangan di universiti.

TAROT - 2018