nuffnang adds

Thursday, August 27, 2020

Hutan Dalam Bandar - Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (Hutan Simpan Bukit Nanas) | Tempat Menarik untuk Riadah


Amin ajak Tarot pergi ke Taman Eko Rimba yang terletak di Kuala Lumpur. Hal ini kerana kami agak bosan pergi ke shopping mall dan kami prefer ke tempat-tempat seperti ini untuk mendekatkan diri kami dengan nature.

Tempat ini agak popular pada satu ketika dahulu tetapi tenggelam apabila shopping mall mengambil alih minat rakyat marhaen. Kini tempat seperti ini sudah menjadi tempat tarikan semula.









Tarot tidak mengenakan pakaian yang sesuai semasa datang di sini kerana Tarot memakai seluar jeans. Tarot tidak menyangka trail di sini agak mencabar dan memang akan berpeluh. Tips dari Tarot, pakai pakaian sukan serta seluar track suit untuk mudahkan pergerakan. Tarot sangkakan permukaan tanah di sini landai dan tidak mencabar, sebab itu pakai jeans sahaja.





Di sini juga terletaknya jambatan gantung. Tempat ini sangat menarik untuk lakukan sesi photoshoot. Di hadapan akan nampak pokok-pokok dan di bahagian belakang akan nampak bangunan konkrit. Jambatan ini juga agak tinggi dan Tarot cadangkan berhati-hati ketika membawa orang tua atau kanak-kanak.

Masuk sini hanya percuma tetapi perlu bayar parking yang agak cekik darah. Parking juga agak susah kerana perlu berkongsi parking dengan pelancong yang ingin melawat KL Tower. Pengalaman Tarot di Taman Eko Rimba sangat menarik lebih-lebih lagi bagi mereka yang minat nature. Tarot cadangkan kepada semua untuk melawat tempat ini untuk pengalaman menikmati keindahan alam.





 

Cari Tempat Best Untuk Teambuilding?? Ulu Village Camp di Gopeng is The Best !!































Friday, July 17, 2020

Platform Baharu untuk Mencari Peluang Pekerjaan - mus_shareKerjaKosong

https://twitter.com/MusKerjaKosong



Kita telah menyaksikan rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan atau dicutikan tanpa gaji dalam kuantiti yang banyak akibat pandemik Covid 19. Kebanyakkan sektor terkesan dengan wabak ini lebih-lebih lagi sektor pelancongan dan perhotelan.

Ini bermakna ribuan atau mungkin puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan apabila hotel atau pusat penginapan tersebut gulung tikar, malah ada mula mencongak nasib mereka yang bagaikan telur di hujung tanduk.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pekerja hotel adalah antara yang paling teruk terjejas dengan ada dipotong gaji, dipaksa bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan lebih teruk lagi terus dibuang kerja.

Apa yang Tarot mampu sumbang, Tarot telah cipta satu akaun dan kumpulkan semua jawatan-jawatan kosong. Kepada sesiapa yang memerlukan pekerjaan, boleh follow akaun twitter ini. Kemungkinan rezeki anda, keluarga anda, sahabat anda ada di sini.

Sunday, July 12, 2020

RUMAHUNTUK DISEWA - Irama Perdana LBS Alam Perdana, 42300 Bandar Puncak Alam (NOT AVAILABLE)

Rumah untuk disewa berhampiran UITM Puncak Alam.




























Alamat rumah

No 71, Irama Perdana 1, Irama Perdana LBS Alam Perdana, 42300 Bandar Puncak Alam




------------------- SEWA RUMAH -------------------

Sewa : RM1400/ month (negotiable)

Deposit : 1 + 1 + RM 100.00 (bil utiliti) + RM50.00 (excess card)

Bil elektrik dan air akan ditanggung oleh penyewa.





Kelengkapan Rumah
  • Ruang tamu atas dan bawah, 4 bilik tidur, 3 bilik air dan dapur. 
  • Keluasan : 1200 sq ft 
  • Berpagar serta Guarded Community. 

  • Partial furnished - Kabinet TV, Sofa L, Coffee Table, Kebinet Dapur, Tilam, Almari dan Cermin.


Facility
  • Community Centre
  • Lake Park
  • Children Play Park
  • Jogging Track
  • Bicycle Track
  • Surau dan Tadika
  • Badminton Court

Amenities
  • Tesco, Econsave, Central Mart
  • Uitm Puncak Alam
  • Restaurants and Shoplots
  • Petrol Stations
  • Schools
  • Dobi
  • 99 Speedmart
  • Klinik Mediviron

Accessibility
  • 15 minutes to Highway Guthrie
  • 25 minutes to Shah Alam
Untuk sebarang pertanyaan atau berminat untuk sewa, sila hubungi Mus di 01164053610 (Whatsapp) atau email ke mustazarazali@gmail.com







3°14'57.3"N 101°27'35.0"E

Untuk sebarang pertanyaan atau berminat untuk sewa, sila hubungi Mus di 01164053610  (Whatsapp) atau email ke mustazarazali@gmail.com