Sunday, July 31, 2016

HTC phone user

31/7/2016

Kebanyakan org mesti jarang dgr pasal phone jenama HTC ni, yela antara member2 ngn family aq pon mane ade yg pakai jenama ni. Aq mmg suka pakai brand yg lain dr orang ni, baru rare & uncommon skit. Las2 aq gak yg menyesal sebab once rosak payah nk cari spare parts. Saranan aq, klau rasa ganas, phone selalu rosak...jangan pakai jenama ni.



Ni la phone aq, HTC Butterfly. Masa nak beli tu ada 3 choice kaler, hitam, putih & merah. Aq rasa warna macam plg menonjol & menarik so aq ambik merah.

Nama HTC tu pon maksud die "High-Tech Computer" tapi smpai harini aq xtau ape yg high tech nya. Time aq beli tu termasuk screen protector ngn cover RM 1400. Aq beli tu tahun 2014, pastu baru2 ni aq survey2 lagi harga phone ni. Harga still RM 1399. Mmg HTC ni payah skit nk jatuh harga.

Kelebihan pakai HTC.
  • Gambar sharp. Bagi aq klau outdoor je la lawa, klau indoor mmg out. Mmg la xle nk compare ngn ipong tp bg aq gambar die still berkualiti.
  • Beats audio. Klau pakai earphone mmg sedap la dgr. Mula2 mcm x rasa beza, bile compare ngn phone lain (contohnya phone abg aq Sony) rasa macam sakit telinga bila dengar lagu pakai phone dia. Mmg beats tu sedap la untuk dgr lagu.
  • Screen HD. Aq x nmpak pon beza, tp member2 aq kata screen aq lawa.
Batasan pakai HTC.
  • Sangat "fragile". Aq nak bgtau, klau org2 ganas mcm aq lebih baik jangan pakai phone ni. Terlanggar dinding skit pon (even langgar bucu meja) dah retak dah. Aq dah 3 kali baiki, nak tukar phone rasa mcam sayang...at least nak la pakai 3,4 tahun. Org HTC tu kata, klau rasa ganas...pakai cover pastu jangan tanggal2.
  • Sangat sensitif. Walaupun kene setitik air kat screen terus seluruh screen xle detect. Kene pastikan screen betul2 kering baru bole detect balik.
  • Tempat simcard yg complicated. Mana taknya, dahla nanosim...pastu kene cucuk jarum dulu, baru keluar simcard.
  • Spare parts payah nak cari...Kalau nak baiki kene baiki kat HTC Centre (yang mmg jarang2 muncul kat supermarket), klau nk baiki kt kedai biasa..ade dlm 2,3 hari..kekadang seminggu. Seminggu tanpa phone bole mati kutu kot.





Ni contoh performance HTC Butterfly :)

All in all, klau rasa ganas n lasak, jangan la pakai phone ni atau cover phone tu secara menyeluruh. 


  

No comments:

Post a Comment