nuffnang adds

Thursday, May 4, 2017

Bukchon Hanok Village, Traditional Culture Centre


Immerse Yourselves in Traditional Korean Culture at Bukchon Hanok Village


Dari Insadong Street Art, kami terus gerak ke Bukchon Hanok Village. Semasa ini, hujan turun semakin lebat sampai Nek Nuk dan Wan terpaksa beli payung untuk melindungi diri daripada titisan hujan.

Hanok ialah nama yang dipanggil untuk rumah tradisional di Korea. Kawasan Hanok Village ni kawasan yang dipelihara atas tujuan pelancongan. Hanok Village juga terletak di kawasan Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palce dan Makam Jongmyo. Bukchon pula sebab lokasi di Utara Cheonggyecheon dan Jongno, Buk maksud dia "utara" dalam bahasa Korea. Walaupun dalam kawasan bandar tetapi Bukchon Village merupakan antara kawasan kampung di Seoul.















Generations of Enon's




















Tarot ber-selfie bersama gadis Korea si penjual coffee.


Abam-abam kacak acah artis K-pop.

Sis juga hendak acah artis K-pop. Bukan Girls Generation tapi Enon Generation.






Tarot sangat frust masa ni sebab masih tak jumpa glove. Jari jemari sudah kebas sehingga tidak dapat rasa jari sendiri.

Route yang sangat membantu bagi mereka yang menaiki public transport.



Kitorang memang immersed dan diselami dalam budaya dan perkampungan Korea. Actually, perkampungan ni bukan model, memang kawasan kediaman orang. Memang ada orang tinggal dalam rumah tersebut at the same time mereka menjadikan kampung ini sebagai kawasan pelancongan untuk para pelancong. Lagi menarik, kat sini ada perkhidmatan sewa baju tradisional Korea, Hanbok. Pelancong2 bole sewa untuk sehari...kitorang nak sewa gak, tp bagi mereka yang pakai Tourist Guide, kurang sesuai. Penyewaan baju Hanbok lagi sesuai untuk golongan backpackers. Lagipun betul2 depan Hanok Village ada perhentian bas.

Kat sini jugak ada kedai2 kecil yang jual macam2 barang macam aromaterapi & minyak esential, coffee dan souvenirs. Tapi tak digalakkan beli kat sini sebab harga dia yang agak mahal, die galakkan shopping di Namdaemun Market yg lebih murah. Time kitorang menikmati perkampungan yang unik ni, cuaca pon makin sejuk. Tarot adjust attire Tarot supaya lebih selesa. Malangnya, Tarot takde apa2 untuk protect bahagian tangan, masih mancari2 glove...dan tak jumpa.

Ada satu peristiwa menarik kat sini, Si Genit Aima nak terkencing. Lepas tu Pak Chik dok cari tandas awam dan malangnya tak jumpa. Yela, ni kan kawasan rumah orang, so dia tak sediakan toilet awam. So last resort-nya, Pak Chik beli coffee kat salah satu coffee shop semata2 untuk guna toilet. Yang takleh bla nya, coffee tu harga 10 000 Won dalam Rm 40 untuk secawan coffee. HAHAHA. Sebab nak guna toilet, terpaksa bayar 40 ringgit, dapat free coffee. Mcam tu la lebih kurang. So, sape yang nk gi Korea lepas ni, jangan terkencing di Bukchon Hanok Village.

Lepas habis menikmati suasana di Bukchon Hanok Village, kitorang terus gerak ke bas. Hujan pon makin lama makin lebat. Lagi bes, kawasan tu takde parking untuk bas, bas parking takdela jauh sangat. TAPI kawasan ni berbukit2, so kitorang terpaksa mendaki untuk naik bas. Naik je bas kitorang gerak ke destinasi seterusnya iaitu Gyeongbuk Palace.(bersambung...)

NEXT :

The Royal Ground of Gyeongbokgung Palace (경복궁)

No comments:

Post a Comment