Sunday, May 14, 2017

The Islands of Winter Sonata- NAMI ISLANDS, CHUNCEHON

"And because I love you so much, I am willing to let you go, in order for your to find true happiness..."

Kitorang suka giler photoshoot ni, Uwan ngn Nenek. Macam nk shooting untuk filem

Kitorang bangun quite awal, bersiap & sarapan. Abang aku ajak aku keluar nak beli telur & nak jalan2 rasa angin pagi di Korea. Aku pon keluar dengan selehai je baju nipis, pastu tak pakai baju windbreaker. So, aku pon keluar dengan baju nipis dan shawl membaluti leher. Ya Allah!! Sejuknya!! Tak tahan aku, aku terpaksa jalan mengipit sebab tak tahan. Kitorang keluar ke convinient store nak cari telur. In the end, jumpe telur dengan harga 4200 Won (RM18) untuk 8 bijik telur. Memang mahal, tapi beli je la sebab nak makan telur punya pasal. Lepas tu, store tu ade jual air nescafee dalam tin, tapi panas. Aku pon memang tertarik nak beli sebab nak panaskan badan. Ada offer plak tu, buy 2 free 1..memang kitorang beli je la. 







Ni 1st time jumpa kucing Korea. Sumpah gemuk. Tak macam rakyat dia.












Coffee yang dijual panas2

Yeay!! Dah bole makan nasi goreng dengan telur









Time ni sume dok siap2 dah nak gerak


Acah2 asap keluar dari mulut


































Seoul Olimpik Stadium yang dibina untuk Summer Olimpik pada tahun 1988


Touchdown. Perjalanan dari apartment ke Nami Island ni mengambil masa 30 minit.




Akhirnya, kitorang dapat gak beli glove dengan harga yang murah (2 pasang 5000 Won) kat kedai Ahjussi ni.














Ke Nami Island kene naik feri. Tapi kejap je, dalam 10 minit dah sampai.










































































































Kitorang berjalan2 dan menikmati setiap keindahan kat pulau Nami ni. Memang cantik giler, satu kepuasan untuk mata yang menyaksikan kaindahan pulau ini. Banyak gak aktiviti yang bole dilakukan kat pulau ni, macam berbasikal atau melawat muzeum. Dalam 30 minit berjalan2, Azri bawak kitorang makan kat satu2 nya kedai Halal kat Pulau ini.
























































Ada sediakan surau. Memang senang la untuk pengunjung2 Muslim berkunjung kat sini. Ada makanan halal (walaupun agak mahal) & ada tempat solat.












































































Ni la mercu tanda pulau Nami. Drama yang menjadi kegilaan orang ramai, Winter Sonata. Sebenarnya Winter Sonata yang menjadikan tempat ni famous giler2. Sampai patung pon muncul lepas drama tu popular di persada dunia.








Orang ramai persoalkan motif patung ini. Aku pon taknak komen apa2.


"No comment!!"










Titi ni pon agak femous sebab scene heroin Winter Sonata tu dok melintas atas titi ini.






































Kalau korang tengok Winter Sonata tu. Dataran kat belakang tu, ade scene hero dan heroin dok buat orang salji.














Kitorang pon agak lapar time ni. So, berhenti dulu rehat & makan roti.










Sini memang jadi tempat penting untuk pengunjung tangkap gambar. Ini pon kawasan yang menjadi landmark Pulau Nami ini.























Aiman Tino ni. Mentang2 cuaca sejuk, memang nyanyak tidurnya.

































Pau kacang merah. Azri kata kat sini famous dan cepat habis. Time kitorang nak beli tu pon dah habis, dia kata kene tunggu 10 minit. Memang tak sempat la.










Tengah beratur nak naik feri untuk balik.












Kitorang berebut nak dapat deck atas. Azri kata bole dapat pemandangan yang lebih menarik compare dengan deck bawah.







Nak selfie dengan kakak guard comel. Dari jauh pon jadila.




Yeay!! Akhirnya dapat jugak.


Sibuk je nak jugak. HAHAHA





Kitorang spend separuh hari jugak la kat Pulau Nami ni. Memang la takde bende sangat kat sini, tapi cara dia olah pulau ni memang sangat menarik. Walaupun kitorang kesuntukan masa, tak dapat explore dengan lebih detail tapi takpe sebab masing2 dah puas. Lepas naik feri, terus bergerak ke bas. Lepas tu kitorang terus bertolak ke destinasi seterusnya. (bersambung...)


6 comments: