Friday, May 12, 2017

Gyrosociety: The New Club on the Block


Ask not what others can do for you, ask what you can do for others

Being extraordinary doesn't kill you

Kelab gyrosociety ini merupakan kelab yang baru ditubuhkan dan menggantikan kelab yang dulu iaitu Kelab Manufact. Kelab ini diketuai oleh Mohammad Syah Muslim bin Ramlee sebagai President dan beliau telah menubuhkan carta organisasinya sendiri, kira beliau yang melantik anak-anak buahnya sendiri (Exco dan Ajk). Dr. Mohd Zakimi bin Zakaria, Timbalan Dekan Hepa merupakan Penasihat Kelab Gyrosociety ini.



Kenapa Gyrosociety?

Nama Gyrosociety ini diperolehi dari dua perkataan iaitu "gyroscope" dan "society". "Gyroscope" merupakan sebuah alat kejuruteraan yang digunakan untuk mengukur dan mempertahan orientasi yang berlandaskan pada prinsip-prinsip momentum sudut. Manakala "society" membawa maksud masyarakat kejuruteraan pembuatan yang hidup dalam sebuah komuniti yang sama.

GYROSCOPE

Gyroscope mempunyai beberapa makna yang melambangkan kelab ini:
  • Power - Melambangkan kekuatan persahabatan dalam perhubungan
  • Poise -Menunjukkan kelincahan dalam perbicaraan dan segala urusan harian.
  • Purpose -Mengekalkan kestabilan dalam hubungan dan urusan dalam kehidupan

SIMBOL NAGA

Simbol naga dipilih untuk menjadi simbol kepada kelab Gyrosociety kerana naga membawa imej yang kuat dan dinamik dengan pelbagai kualiti, sifat-sifat, dan pengajaran yang digambarkan. Naga juga melambangkan kekuatan dan keberanian dan diterapkan dengan berbagai-bagai keistimewaan.

CARTA ORGANISASI THE GYROSOCIETY CLUB


PENASIHAT KELAB
DR. MOHD ZAKIMI BIN ZAKARIA

PRESIDEN
MOHAMMAD SYAH MUSLIM BIN RAMLE

TIMBALAN PRESIDEN I
MOHAMMAD HAIRIEL AZAM BIN MOHD AHAD

TIMBALAN PRESIDEN II
SARA SHAHIRA BINTI YAHYA

SETIAUSAHA
WAN FARHAH AIFAA BINTI WAN ABD GHAFAR

TIMBALAN SETIAUSAHA
NOR HASNITA BINTI MOHD SHUKRI

BENDAHARI
AHMAD NOR SAIFUL BIN SAMAD

AJK SUKAN DAN REKREASI
NURAIN BINTI ABDUL LATHEEF

AJK PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
HANIF NADHIRAH BINTI YUSOFF

AJK AKEDEMIK
MOHD DANIAL BIN KAMAROULZAMAN

AJK KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN
AHMAD MULIAMAN BIN AS'ARI

AJK KEUSAHAWANAN
MOHAMAD FIRDAUS BIN ZULKIFLI

AJK INOVASI DAN URUSAN LUAR
MOHAMMAD RIYAS BIN ASLAM

KEPIMPINAN
NUR MOHD ALIFF BIN NASIRUDDIN
ERNIE SUZLYANA BINTI MOHAMED TASUNI

AJK LAIN-LAIN
MUSTAZA MUKHTAR BIN CHE RAZALI
ANEES BINTI AHMAD TAMIZI
MASLIZA BINTI AHMAD
NUR SHAZANA BINTI SUHAIMI


OBJEKTIF GYROSOCIETY

Gyrosociety ditubuhkan atas beberapa objektif dan matlamat termasuklah:
  • Merancang dan menubuhkan aktiviti dan kegiatan berkumpulan untuk pelajar, staf dan pensyarah kejuruteraan pembuatan.
  • Merapatkan jurang pelajar kejuruteraan pembuatan dan kejuruteraan reka bentuk produk tanpa mengira tahun pengajian dan umur.
  • Menjadi perantaraan pelajar dan pensyarah dalam bidang akedemik dan sosial bagi melancarkan segala urusan.
  • Menambah rasa cinta dengan cara berbakti  kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan.
  • Menggalakkan pelajar untuk terlibat dengan aktiviti luar supaya tidak tertumpu kepada akedemik sahaja.
  • Melahirkan mahasiswa proaktif. (seimbang akedemik dan bukan akedemik)


Antara program yang diuruskan oleh Gyrosociety, Dinner PPK.


Program CEO Talk.

Program anjuran Gyrosociety under Sukan dan Rekreasi pada 20 Mei 2017.

Banner yang telah disiapkan di hadapan bilik Gyrosociety

Papa Gyrosociety, Syah Muslim!



No comments:

Post a Comment