nuffnang adds
Monday, April 25, 2022
Monday, April 18, 2022
Buffet Ramadhan 2022 Western Style - Polperro Steak House Bukit Jelutong
Tuesday, April 12, 2022
New Cafe On The Block - KrayZ Kitchen, Bandar Sri Pemaisuri, Kuala Lumpur
Tarot sudah lama tidak lepak dengan Haikal seperti dulu. Zaman sebelum PKP, selalu juga makan dan main badminton bersama. Biasa la, masing-masing sudah penat bekerja dan semakin dewasa. Jadi kami plan satu hari sebelum puasa untuk makan bersama, Amin juga join sekali.
Satu lagi sebab nak keluar makan dengan Haikal sebab beliau akan bernikah lepas raya jadi kami akan lebih kurang untuk lepak bersama lepas ini (walaupun memang sudah kurang lepak).
Asalnya, kami hendak makan kat satu kedai yang terletak di Pemaisuri dan kami pernah makan beberapa kali di sana. Boleh tahan juga sedap dan harga juga okay. Akan tetapi, pada waktu itu kedai itu masih ada dalam 10 minit untuk buka jadi kami decide untuk berjalan dahulu. Sedang berjalan, kami ternampak sebuah kedai yang agak menarik suasananya. Jadi kami terus tengok menu dan kami decide untuk makan di sini, KrayZ Kitchen.
Arrangement kedai sangat menarik dan menu agak banyak. Jadi first impression yang agak baik. Kami tanyakan best selling di sini, dan pelayan itu menyatakan burger yang the best kat sini. Jadi kami semua order set burger. Kami juga order beberapa side dish.
Untuk set burger yang kami order, disertai dengan air, fries dan cookies sebagai pencuci mulut. Kami juga order satu set chicken wings dan mushroom soups sebagai pembuka selera. Waktu itu kelihatan customer makin ramai dalam kedai ini, jadi kami yakin bahawa kedai ini memang menghidangkan makanan yang sedap. Nasib baik pada waktu kami order tidak begitu ramai jadi waiting time tidak begitu lama.
- Tarot sangat berduka cita dengan pengalaman kami makan di sini kerana Tarot hanya boleh bagi 2/10 overall.
- Harga memang standard harga cafe di luar sana, tidak murah pon. Akan tetapi, staf itu ada tanya tentang komen kami dan Haikal hanya nyatakan sup sahaja yang perlu diperbaiki. Kami bukan Karen yang hendak buat kecoh-kecoh di kedai makan.
- Tarot ada baca komen di Facebook dan mostly memberikan feedback yang positif. Personally Tarot tidak recommend tetapi kalau anda mahu, boleh la try.
- Kami merasakan Cafe ini masih baru menapak dalam industri jadi kami mengharapkan mereka perbaiki segala aspek yang perlu.
Thursday, March 31, 2022
KARNIVORMALAYA, Bukit Jelutong, Shah Alam - MUST TRY CAFE IN SHAH ALAM
- Kami pergi pada hari biasa, jadi parking sangat banyak.
- Waiting time juga sangat singkat mungkin sebab hari biasa. Kalau weekends kami tidak pasti, mungkin lebih lama.
- Specialty di sini ialah Wagyu atau Tomahawk di mana harga mengikut berat daging. Kebanyakkan blogger yang makan di sini semua akan makan menu tersebut. Mostly puas hati dengan hidangan tersebut. Tunggu Tarot naik pangkat atau dapat bonus baru boleh try.
- Menu tidak veriety. Mungkin sebab mereka fokus dengan hidangan yang menjadi specialty di sini.
- Menu kami boleh dikatakan sedap, daging burger memang sangat puas hati. The best thing about hidangan di sini ialah portion dia. Sangat besar dan mengenyangkan.
- Harga boleh dikatakan sangat mahal tetapi memang berbaloi untuk try.