nuffnang adds

Sunday, May 27, 2018

Paradise Holiday - New Zealand Look-Alike, Desa Dairy Farm Kundasang (DAY 3)


Pada hari ketiga, kami bangun awal pagi. Kami dikejutkan dengan cuaca yang sangat dingin. Suhu pagi itu dalam 9 ०C dan masa itu agak menyesal tidak bawa mafflur. Selepas sembahyang, kami berjalan-jalan di luar untuk menikmati cuaca dan pemandangan yang sangat indah, memang tak dapat di Malaysia semenanjung.

Semasa ini, Hakim masih tidur lena. Driver memang perlukan tenaga lebih. Lepas kami dah puas menikmati pemandangan yang sangat indah itu, kami bergegas untuk bersiap. Manakala Tarot panaskan air untuk sarapan, Maggi!



Dari bilik boleh nampak puncak Gunung Kinabalu.






Selepas kami bersiap, kami terus bergerak ke destinasi pertama kami, Desa Dairy Farm. Tempat ini memang landmark la kalau pergi Sabah. Tempat ini memang wajib pergi. Suasana dan pemandangan macam New Zealand menjadi tarikan pelancong untuk bergambar. Tiket per entry RM5.00 untuk satu kepala. Kelihatan ramai pelancong-pelancong dari luar negara kat sini, tetapi kebanyakkannya pelancong dari Semenanjung Malaysia. Apa yang Tarot boleh bagitahu, suasana, pemandangan dan cuaca dekat sini memang terbaik. Tidak dapat di Semenanjung Malaysia.

Kami memang ambil gambar di setiap sudut, semua gaya dan semua angle untuk dapat gambar yang paling bergaya.  Awal-awal lagi, Tarot sudah bergegas masuk ke dalam kedai untuk beli yoghurt perisa chocolate. Memang dah buat research sebelum ini, semua orang cakap yoghurt kat sini memang terbaik. Dia extract kat sini daripada susu segar, memang betul-betul fresh la. Lembu dia juga bukan lembu biasa-biasa, semua sihat-sihat serta diberi makanan yang berkualiti. Susu dan yoghurt yang dihasilkan juga sangat berkualiti. Masa Tarot beli, kelihatan hanya beberapa orang yang beratur, jadi Tarot mengambil peluang untuk terus membeli yohurt tersebut walaupun masa masih awal dan tidak begitu sesuai untuk menikmati yoghurt.






Chocolate Yoghurt fresh yang hanya boleh didapati di Desa Dairy Farm.











Kami menikmati pemandangan dan suhu yang sejuk di sini sepuas-puasnya. Bukan senang hendak sampai ke sini. Seterusnya kami ke kandang lembu dan kambing di mana mereka meletakkan anak-anak lembu dan kambing. Mereka juga turut menjual rumput dan susu botol untuk diberikan kepada anak-anak lembu dan kambing. Ramai pengunjung termasuk kami sendiri, yang membeli kerana ingin mengambil peluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut. Memang otak business.

Di sini juga terdapat sebuah kawasan yang sangat menarik untuk photoshoot. Memang kawasan ini berlatarbelakangkan bukit menghijau dan gunung yang dipenuhi rumput menghijau. Kawasan ini memang 5 bintang la untuk bergambar. Memang orang kata macam New Zealand la pemandangan di sini.






Tarot & Hipstur, photoshoot with New Zealand-like view.




Selepas itu kami melawat kawasan kandang lembu, di mana mereka diberi makan, dimandikan serta "membuang isi perut". Di sini memang lembu-lembu tersebut dijaga dengan rapi, sebab itulah hasil tenusu di sini sangat berkualiti. Lembu di sini juga sangat sihat, tiada yang kurus kering. Lembu ini juga diberi makan dengan makanan yang berkualiti, kira memang mereka jaga lembu di sini sebaiknya.

Selesai melihat proses-proses penjagaan lembu, kami bergegas untuk berangkat. Harini ini kami ada banyak tempat untuk dilawati. Dalam perjalanan pulang, kami lalu kedai cenderamata dan kedai hasil tenusu tadi. Hasil tenusu yang dijual termasuklah susu, cheese dan yoghurt. Kelihatan ramai orang beratur di kaunter yogurt kerana cuaca dah mula panas sedikit. Memang sesuai untuk menikmati yoghurt pada waktu ini. Nasib baik kami dah cuba yoghurt tersebut lebih awal. Tarot dan rakan-rakan hanya membeli susu, susu di sini memang confirm fresh!!



Pengunjung dah mula beratur panjang untuk dapatkan Yoghurt.

Pelbagai jenis cheese yang dijual di sini, rasa nak beli tetapi takut tak tahan sampai balik semenanjung.


"I wish I had someone that look at me the way Hanafi looks at the chocolate milk"

Hipstur juga turut menikmati susu chocolatenya. Dia beli yang kotak besar sebab lagi puas minum.





Selepas puas menikmati pemandangan New Zealand, cuaca sejuk dan susu, kami terus ke destinasi seterusnya. Hakim-the-driver macam biasa kena jadi driver untuk bawa kami ke halatuju seterusnya iaitu Kundasang Memorial Park.

NEXT : 

Paradise Holiday - Kundasang War Memorial (DAY 3)


15 comments:

  1. sy follow sini. :) bestnyaa dapat ke sabah. sy masih belum smpai ke sana.

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaa... saya perasan ramai dah mula suke travel sabah.
    Harap saya berkeseMpatan dan dapat pergi sini juga.

    susu dia lain skit tak rasa berbanding dutch lady apa semua tu?

    ReplyDelete
  3. Kundasang ni akak dah berangan nak pergi sejak 2006 lagi. Masa memula dulu kabus cantik, lembu gemok-gemok tu memang akak dah berangan nak photoshoot macam ala-ala country style. Hahaha. Sampai kesudah tak pergi lagi. InsyaAllah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. ya ampun, bestnya kundasang bilalah kak lily nak pi ek, masa memang betul-betul tak de lah kan

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat berjalan-jalan ke Sabah. Dah lama teringin nak bercuti-cuti ke sana tapi hajat belum kesampaian lagi. Simpan dulu info perjalanan ni, mana tahu suatu hari nanti boleh sampai ke sana. Terima kasih yer atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. Kundasang...hajat nak kesini masih belum kesampaian..baru sampai Kota Kinabalu je..area situ je sebab pergi kerana tugas..hahah...cantik2 pemandangan kan...Tarot..besarkan lah gambar..tak puas kami semua tengok...

    ReplyDelete
  7. Melonjak lonjak hati nih nak pergi Sabah. Tengok Gunung Kinabalu depan mata. Aishhhh hopefully daoat pergi tahun depan

    ReplyDelete
  8. Kak dah lama xpg Sabah maybe next year...4 thn duduk Sabah, last blk trs sememang g thn 1985. Visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete
  9. Tak dapat pergi New Zealand, pergi Kundasang pon jadi lah. Cantik view. Memang macam dekat oversea. Bila lah ada rezeki nak sampai sini.

    ReplyDelete
  10. tak pernah tahu dalam malaysia sendiri ada tempat yg menarik especially sabah. Nie bagus nie boleh masuk dlm wish list. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. kundasang, tungguuuuu aku dtg!
    aduhai, tarot.
    semlm baca pasal penang, ari ni pasal sabah plak. wow!
    terbaik la...
    salah satu tempat akak nak gi. lom pernah jejak sabah.
    kalau ke sabah, akak nak ke sini la. stay 1 mlm.
    sejuk ekk kat sana, kan. surely seronok.

    ReplyDelete
  12. Baru berangan nak pergi New Zealand hehehe tapi kat sini kita pernah sampai memang sejuk dan lembu-lembu tu tak sejuk ker kat atas tu hehehe... Minum susu segar kat situ best giler...

    ReplyDelete
  13. Menarik ni. Trringin jugak pergi sana one day

    ReplyDelete
  14. Best yer cuti-cuti sabah. Salah satu wishlist 2018 yang masih belum tertunai, hope murah rezeki dapat jejakkan kaki ke sini juga. Best yer tengok yogurt chocolate tu. teringin yer nak makan nanti.

    ReplyDelete
  15. MENARIK .TERINGIN HENDAK DATANG SINI.

    ReplyDelete