nuffnang adds

Saturday, July 8, 2017

Nasi Lemak 223 Menjadi Pilhan untuk Makan Pada Lewat Malam


Harini hari ketiga Tarot ber-badminton bersama member2 (orang yang sama) dan ada penambahan member iaitu Syafiq. Sebab minggu depan Tarot dah kena balik UniMap untuk start gerak kerja Festkon 12, so diorang ajak buat aktiviti bersama untuk kali terakhir cuti sem ni. Macam biasa, Tarot tolong booked court badminton dekat Sport Arena pada pukul 11 sampai 1. Kali ni main yang paling agresif sebab smpai melecet2 tangan...Tarot terpaksa stop main sebab terlampau pedih.


OTW ke 223

Lepas habis badminton, kitorang MAKAN!! Dah buang lemak, kena tambah balik. Lewat malam macam ni..memang fast food je la yang ada...kalau tak McD, A&W la jawabnya. HAHAHAH. Tapi ada satu food court yang quite famous kat pj ni, Nasi Lemak 223 atau Maple (biasanya budak UM akan panggil ni). Gerai 223 ni memang special dan menjadi tumpuan sebab gerai ni 24 jam dan menyajikan hidangan panas2. Lagi satu sebab ramai orang suka gerai ni..nasi lemak memang superb.

Tarot siap mintak nasi tambah, lapar kot lepas sukan. Tapi gerai ni ada satu je cons, kebersihan dia bukan dalam keadaan yang memuaskan. Kalau orang yang jaga kebersihan memang tidak akan suka. Tapi budak2 yang muda nak lepak ngn member smpai pukul 4 pagi, memang populated la kat sini. Nasi lemak + extra nasi + 2 telur baru 4 ringgit. Kira harga die okla, takdela cekik darah.




 Mereka memang suka ber-sweet2 kat khalayak ramai !!!




Ni memang lapar sangat ke?? Gelojoh sangat makan !!

Thanks Suhail Malbari sebab belanja me tonight !!



Thursday, July 6, 2017

Kemeriahan Beraya Bersama Keluarga Enon di Kampung Jempul



RAYA PERTAMA

Tahun ni Tarot dan family beraya bersama family Enon di Kampung Jempul. Kitorang dah bertolak dua hari sebelum hari raya (Jumaat) untuk buat segala persiapan raya dari mengemas rumah hingga memasak. Sempat jugakla berbuka puasa 2 kali bersama family besar Enon. Memang nikmat berbuka kat sini, Uwan den masak memang bertaraf lima bintang. Tarot pulak bernasib baik, Uwan buat kuih koci yang superb (maaf tiada gambar, sebab takde masa nak tangkap gambar..sibuk nak makan je time tu).


Macam biasa, kami bangun pagi, sarapan dan terus bersiap untuk menunaikan sembahyang raya. Surau tu dekat je, so kitorang decide untuk jalan kaki. 

Tarot rasa sangat bergaya mengenakan kurta Lima Waktu Aeriel Zafrel yang berpotongan slimfit serta seluar jeans hitam Uniqlo yang berpotongan slimfit juga. Tahun ni ikut trend memakai kurta pada Hari Raya Pertama. Walaupun tak banyak masa nak shopping tapi sempat jugakla beli kurta dekat butik area Bangi. Tercapai jugak hasrat untuk pakai kurta. Family pon dah pilih warna purple sebagai tema warna raya tahun ni, so kurta pon kena ikut tema juga.

Selepas sembahyang raya, kitorang sarapan kali kedua. Bukan senang nak dapat rendang ayam Uwan (haritu kat Korea pon kena buang), so bila dapat memang pekena puas2. Maka sesi bersalaman bermula pada pukul 11 pagi. Walaupun serambi pon macam dah tak sesuai jadi tempat berkumpul sebab semua orang dah besar...rasa macam sempit dan panas sangat.

Induk aka Nek Nuk yang bakal menjadi isteri orang, kira Insha Allah tahun ni tahun terakhir beraya secara solo.







Tarot tak sempat nak posing, camera dah snap!!




Macam biasa, Tarot menerima duit raya daripada Big-bro




Ni yang bakal menjadi "silat boys" (pengganti flower girls) time kahwin Nek Nuk

Bersama family penaja, sebab mereka yang contribute camera untuk capture semua gambar pada hari mulia ini. Terima Kasih Mek Ti, Pak Chik dan Aiman Tino. (Aaima mana??)

Tarot bersama keluarga, Kak Long dan Abg Long tiada kerana tahun ini merupakan turn mereka beraya di bumi Taiping.


Hipstur going beraya Be-Like...


Memang rasa macam model sangat time ni..HAHA


Maka berakhirlah raya pertama dengan rumah Tok Chik. Ready untuk second Raya pulak !!


Malam Raya

Pak Uda mesti menjadi wakil untuk membeli atau membekalkan mercun untuk cucu cicit Zainun. Kitorang pon ade membawa pembaharuan jugak tahun ni dengan mercun bunga api. Asalnya nak beli mercun KLCC tapi takpela..next time. Mercun2 yang ada macam biasa la, Thunder Clap, Mercun Das, Naga, Papan, Bateri..Bawang!!

Memang mercun dan bunga api ni wajib setiap tahun untuk memeriahkan lagi malam raya bersam family Enon sejagat !!


 Mercun Papan is Ready !!





Wednesday, July 5, 2017

Bersenam dengan METACTV8, Booster Energy Terkini !!!


++MET ACTV8++

Done gym! Sebelum gym elok makan MET ACTV8. Memang basah terok weh. Muka pun puas lepas workout macam saya. Hehe  Saya nak buat last call pada kawan-kawan semua, harini last price 1 Botol RM130.00. Esok dah normal price dah. Rugi la kalau tak grab harini kan. Yang nak repeat order dengan saya pun macam biasa ye whatsapp terus sekarang!   


Kelebihan Menggunakan MET ACT8
✔ Kesan seawal seminggu. 
✔ Bro naik 0tot & bakar lemak serentak. 
✔ Muscle tak dr0p masa cutting. 
✔ Selamat digunakan,dan Halal.  


Best Produk, Best Result ! 
Yang selamat, legal dan 200% berhasil! 

Sesuai untuk mereka yang nak badan athletic physic, men muscle atau badan cantik. Sesuai juga untuk semua aktiviti dan semua sukan.


 Nak tahu lebih detail? Nak tahu cara guna? Nak tips workout dan diet? Semua kami bagi FREE.

 Cepat PM Encik Senam sekarang ye. Saya boleh share pengalaman menggunakan MET-ACTV8. Harga sekarang RM160.00 + Free consultation


Sesuai untuk mereka yang nak badan athletic physic, men muscle atau badan cantik. Sesuai juga untuk semua aktiviti dan semua sukan.  

#metactv8 #bctnutrition #bodycantiknutrition #supplementmalaysia #energybooster #malaysiamuscle #gymboy #gymlife #fitnessmotivation #sayajual #jomtry #sumpahtakmenyesal #maskulin #nakjadimacamsaya #kenetry #healthylifestyle  #bestsupplemenbestresult :)


Jangan tunggu lagi, sila pm nombor yang tertera di bawah untuk melakukan tembahan atau jika ingin pencerahan lebih lanjut.

0 18-248 6860 ( BOI )










Membakar Lemak Selepas Raya Dengan Badminton


Salam semua!

Tarot dah lama tak post entry baru, yela...baru habis finals dah kalut packing nak balik. Pastu kalut nak beli baju raya dan buat persiapan raya...kalut lagi nak packing balik kampung. Lepas tu tolong Uwan den cuci kampung tu ha...kipas berhabuk sampai mencecah 6 inci ketebalannya. Yola, kipas setahun sekali je cuci itupun semasa Raya. Undangan Open House tak kira lagi (padahal baru satu undangan). Kesimpulannya, hari ini baru free sikit nak buat entry. Itupun ada lagi kerja tertunggak, nak tolong Mak cat rumah.

Sepanjang Hari Raya, kerja Tarot melantak je..lagi2 bila kat kampung den. Uwan den memang power masak..masakan die pergh!! Memang macam2 disumbatnya dalam perut nasi himpit, kuah kacang, lontong, kek coklat, rendang daging, mee kari dan Tarot dah tak ingat, banyak sangat makan. Rasa lemak yang hilang 30 hari berpuasa, muncul balik 1 hari je pada Hari Raya.

Sebab tu la Tarot dan abang decide nak bersukan, at least bagi keluar peluh ni. Baru rasa berotot sikit..ni asyik lemak je yang dihasilkan. Dua hari berturut2 kitorang main badminton dekat Sports Arena berdekatan rumah kitorang.

Day 1



Nak promote beg sebenarnya, dari SportNutrion



Ni 1st day, kitorang main sejam je, dari pukul 11.00pm - 12.00pm. Time ni ada promotion raya, jadi RM14 sejam. Sebab agak lama tak bersukan, agak pancit jugakla kitorang. Dah tercungap walaupun baru main 15 minit. Lagipun main bertiga je, Tarot, abang dan bakal tunang abang. So main 2 lawan 1.

Day 2










Hari kedua, main 4 orang...tambah 2 member aku, Suhail dan Haikal. Lepas tu diorang mintak main 2 jam...11.00 pm smpai 1 am. Kitorang nasib baik dah main semalam, kira kurang penat sikit la. Tapi still rasa macam nak tercabut tangan semua. 

Harini bangun, memang sakit seluruh badan. Tapi memang best la, bole gak mimbina shape badan..HAHAHA. Tarot nak enjoy puas2 kat rumah ni sebelum gerak kerja festkon 12 bermula.. :)