Friday, February 17, 2017

1st Moment yang Memalukan Semasa di Alam Matrikulasi

Aq x ingat sangat peristiwa ni secara detail tapi masih ada dalam ingatan. Yela, aq dah masuk matriks pon dah tiga tahun. Aq ingat, minggu tu minggu kedua kuliah rasanya, lepas tu Madam Fizik kitorg nak buat kuliah ganti waktu malam (Rasanya nama dia Madam Sharah). Mana taknya, kat matriks dua hari dah habis 1 chapter. Madam kitorang bgtau la yang malam tersebut dia nak buat kelas ganti kat LH5 (rasanya), aq pon ingat la dalam kepala LH5.

Bila nak masuk waktu malam, aq bersiap2 nak pergi kelas. Sebab time tu awal2 sem lagi, classmate sendiri pon x ingat lagi, so selalu bergerak sendiri. Bila dah nak sampai LH5 terserempak ngn classmate (M2T9), Razak ngn Acap. Yang diorg ni antara classmate yang aq dah ingat. Time nak masuk LH tu, tgok ramai perempuan dok berduyun-duyun masuk. Aq mula2 x fikir ape2 la sebab mmg tahu nisbah lelaki kepada perempuan dalam 1:8 kalau kt matrik ni. Aq pon masuk dengan muka yang x bersalah (dahla aku masuk 1st). Aq dah start rasa pelek sebab dalam tu sume perempuan (pintu masuk kat depan), pastu aq berpaling kt belakang ada slide yg dah terpapar kt depan dewan. Kat situ die tulis PERJUMPAAN BERSAMA FELO SERI TEJA. (rasanya seri teja, btw seri teja ni hostel budak perempuan). Terus aq berlari keluar macam xde hari esok. Time tu aq x ingat si Razak ngn Acap kat mana, aq rasa diorg x sempat masuk pon.

Rupenye lecturer dah tukar lokasi ke LH6, kt belakang LH5. Aq xtau la die x inform ke, aq x dpt information ke atau aq salah dengar. Bila dah berada di lokasi yang betul, kitorg duduk. Diorang dok tegur aq asal muka merah giler. Muka serius rasa panas time tu, MALU weyh. Walaupun dalam tu ade air-cond, aq berpeluh macam nak mati. Si Razak bole plak cakap, "Kau pindah je la". Adoooi, baru minggu kedua, dah ade moment yang sangat memalukan. Tapi nasib baik gak jadi minggu awal2, xde sape lagi kenal aq waktu tu (sekarang pon bukan ade org kenal pon). Tapi nasib baik xde sape penah tegur atau ingatkan pasal bende tu. Sume dah lupe kot. Harap2.


Saje letak gambar ni, xde kene mengena pon dengan "moment memalukan". Btw, ni time sambut beday si Wan Syaz (budak yang baju oren + hitam tu). Ni sume classmate M2t9 aq, time ni dah nak dekat satu sem kat bumi Gopeng. Sebab tu sume dah rapat.

4 comments:

  1. oh hi there! omg ada suhail lah hahaha. referred to your comment, yes ex-kmpk /modul 3 ;') why there's no follow button kat blog uols ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye aisyah azizon! tula, aq pon tercari2 mana nk letak button follow...noobies kan

      Delete