Friday, February 10, 2017

A Camp to Remember


"Unplanned trips are the best"

Member2 sekolah La Salle aku ajak pergi camping kat Port Dickson & aku memang nak pergi. Yela, pergi camping salah satu "bucketlist" aku kot. Tapi, hari yang diorg plan ni clash ngn psychometric test aku. Lepas tu, aku jadi 50-50 nak pergi ke tak. Suhail ajak aku bersungguh-sungguh kot. Dia siap offer hotspot die untuk aku jawab test sebab test aku online je.Lepas tu, aku bincang dgn mak, mak bagi so aku kene bawak laptop pergi camping ni. So, kitorg bertolak petang jumaat & Fadhli jadi driver kitorang.

Touchdown. Kitorang smpai nak dekat Maghrib.

Aku & Haikal

Acah-acah model 

Asalnya kitorang plan nak tidur kat Teluk Kemang. Pastu dok cari port, jumpe port baik. Rupe2nye tu tanah persendirian. Kene bayar total RM85 walaupun bawak khemah sendiri. Dengan hampanya kitorg beredar.

Port ni dah baik kot. Kene bayar plak

Lepas tu kitorang berjalan sepanjang Teluk Kemang sambil menikmati "sunset" yang indah.

To infinity and beyond

Haikal, Faizul, Tarot & Fadhli

Acah2 candid

Sunset

Live while we're young

Sepanjang kitorang kat sini, Suhail jadi photographer untuk kitorg.


Photographer THOR-baik  ~Suhail

Selfie ngn Suhail...Yela kesian kat photographer

Ni Fadhli. Driver kitorang & businessman muda. Busy je memanjang. Pergi camping pon non-stop orang calling.


Lepas tu kitorang bincang, lebih baik tidur resort drpd tidur khemah RM85. Tapi dah terpesong la sbb tujuan datang sini nak camping. Ade org cadangkan tidur dalam kereta. HAHA. Pastu Faizul cadangkan Blue Lagoon, terus kitorg Waze cari tempat dia. Sebab dalam Google, nice gak ah tempat dia (seperti gambar di bawah).


Kitorang gi makan dulu pastu terus gerak pergi Blue Lagoon. Sampai2, ok gakla tempat dia. Ramai gak yang camping kat situ walaupun ade sign "Dilarang Camping". 


Time ni tengah cari port nak bina khemah.

Satu khemah Haikal, satu lagi Suhail pinjam cikgu punya (aku pon xtau cikgu punya ke sekolah punya. Yang penting khemah tu besar, bole sumbat ramai orang) 


Dalam proses nak bina khemah

SIAP!!

Sumpah aku mengantuk gila malam tu. Dahla esok tu nak jawab test. Tapi yang penting MAKAN!! (makan lagi)

Asalnya nak buat BBQ, tapi sebab unplanned & last minute plak tu just bawak je apa2 makanan yang ada kat rumah. 


Kononnya nak makan candlelight dinner. Lampu mcm ni pon jadila.

Ni abang palap kita. Sumpah dia sangat mahir in term of "survival".

Ni Faizul. Kenapa ntah lapar sangat. Gelojoh gile makan.

Roti Sardin.


Kitorang masak sardin macam ni la. Yang paling bes, si Suhail tu beli sardin tin tapi x bawak pembuka tin. Mantap en. Nasib baik aku bawak parang & berterima kasih kat abang palap kita kerana berjaya membuka tin tersebut. N sepanjang kitorang makan, kitorang dihadiri seorang/ seekor(?) tetamu. So terpaksa Haikal bagi sardin ni supaya dia stop kacau kitorang.

Dalam pukul 12-1 macam tu, aq memang ngantuk giler dah. Si driver tu dah masuk tidur dah. Aq pon nak tidur awal sebab esok test kan tiba2 Suhail ajak "stargazing". Dahla tu pon salah satu "bucketlist" aku terus x jadi tido. Aq keluar bawak bantal n selimut pergi baring ngn diorang sebab diorang ada bentang tikar betul dekat ngn pantai. Sumpah LAWA gile langit malam tu (Sorry xde gambar sbb gelap sangat). Bintang memang bertaburan di langit & menerangi setiap sudut bumi dilengkapi bunyi pukulan ombak. Memang kitorang lupe sume masalah dunia malam tu. Lama gak la kitorang menikmati alam sampai Fadhli kuar(sebab xle tidur, nyamuk banyak sangat). Tiba2 anjing liar berkeliaran kat port kitorang, so terpaksa sume masuk tido(rase dah pukul 4 lebih time tu). Aq ngn Faizal je yg tido, yang lain dok berjaga smpai subuh. Aq bukan bole tidur pon, nyamuk banyak sangat (lain kali ingat, bawak ubat nyamuk atau mosquito repellent) .

Lepas tu, kitorang dikejutkan lagi sekali dengan seekor tetamu. Dahla da makan makanan kitorang pastu dengan x malunya tidur dalam khemah kitorang.

Ni ha, Panther. Tetamu yang xtau malu.

Ni khemah kitorang. Pagi ni menikmati "sunrise" lak.


Pagi tu, aku bangun paling lambat, 8.50. Sume orang tengah sarapan. Pengunjung pon dah ramai time tu. Aq terus basuh muka kat toilet awam n get ready nak jawab test pukul 10.

Breakfast

Sebenarnya aku short-listed untuk program Exchange Student 2017 so aq kene jawab soalan psychometric. Time aku jawab (160 soalan kay), diorang pergi mandi pantai tinggalkan aku sorang. Kurang ajar en.

Jawab test sorang2

Nak gak lepas gian, mandi pantai


Ade kayak ngn pelampung untuk disewa. Mati2 aku ingat free.

Kitorang mandi lama gak la. Smpai pukul 12 tghari tu, kitorang bersiap2 nak balik.




Packing barang & runtuhkan balik khemah

Ni campsite kitorang setelah khemah di-clearkan


Sebelum balik sempat selfie ngn ahli ke-6, Panther.

Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon lagi sedapnya bunyinya)

Acah2 model (version 2)

Together We United

\
Otw balik tu, singgah lunch kat Pantai Teluk Kemang. Order la cendol, sumpah menyesal. Manis gula je rasa.

Abang palap kite kepenatan. Macam x biase je pegi camp, masuk hutan bagai.

Si Faizul ni xde keje selfie dengan kitorang. Kitorang dah syahid sebaik2 naik keta nak bertolak balik. 

All in all, trip ni sumpah bes walaupun last minute & x plan. Memang enjoy giler walaupun sangat penat. Ambik masa sehari gak la nak recover. Kitorang memang nak lagi pergi bercuti lepas ni tapi mungkin pergi pulau ke. Who knows.

Malam tu aq ade event lain lak, tunggu post akan datang....

Kalau nak info pasal Blue Lagoon, klik link di bawah:

6 comments:

  1. Wahh bestnyaaa. Seriously one of the best memories everr haha

    ReplyDelete
  2. Woi,habis saham aku jatuh dgn gmbr tido tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe, saham abang palap kita xkan jatuh

      Delete
    2. Wait a minute, ada saham ke haikal? Hahaha

      Delete