Monday, July 10, 2017

Bermulalah Gerak Kerja Untuk Sekretariat Festkon 12


Pada March yang lalu, pihak Unimap telah mengadakan perkhemahan bagi pelajar yang terpilih untuk menjadi sekretariat Festkon yang ke 12. Perkhemahan yang diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit Perlis ini berkonsepkan teambuilding bagi tujuan memupuk sikap kerjasama dan dinamik dalam kalangan sekretariat yang bakal dilantik. Sekretariat juga masih tidak mengenali antara satu sama lain dan aktiviti yang diadakan di perkhemahan ini bakal meningkatkan tahap pengenalan antara para sekretariat.







Sepanjang kami berada di Kem ini, setiap aktiviti dan tentatif dikendalikan oleh fasilitator terlatih dan urusetia. Aktiviti yang dikendalikan berkonsepkan kepimpinan dan kerjasama memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, fizikal dan mental juga turut dicabar dengan hebat dan kami harus mengharungi setiap cabaran dengan jayanya. 

Antara aktiviti-aktiviti yang mencabar mental termasuklah team player & sabotaj, freeze dan bola golf & batang pipe. Pihak urusetia sentiasa menguji mental dan fizikal kami atas tujuan mempertingkat daya ketahanan mental kami. Mereka menegaskan, para sekretariat harus memiliki daya ketahanan yang jitu bagi menggerakan Festkon pada bulan Oktober kelak. Kami juga turut diuji dengan aktiviti fizikal dengan beberapa aktiviti yang mencabar.

Pada sebelah malam, kuasa dialihkan sepenuhnya kepada Pengarah Festkon 12 kami, Amir Hakim. Amir Hakim menyusun kesemua Sekretariat kepada exco-exco tertentu daripada exco tajaan, exco persembahan, exco cenderahati sampai exco pengangkutan. Festkon 12 merangkumi 16 exco serta Majlis Tertinggi yang merangkumi Pengarah, Timbalan Pengarah, Setiausaha dan Bendahari.

Pengarah Amir Hakim menyusun exconya mengikut kesesuaian personaliti, kemahiran dan pengalaman setiap sekretariat. Sebagai contoh, Tarot diletakkan dalam exco dokumentasi kerana kemahiran membina ayat dengan baik serta kreatif dalam penulisan. Tarot tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai pendapat dan pandangan Amir Hakim tentang perkara tersebut.

Seterusnya, kami harus membentangkan tentang idea dan penambahbaikkan untuk exco yang telah diletakkan. Kami juga turut dibantu oleh bekas sekretariat Festkon iaitu Festkon 11. Mereka juga diberi slot untuk berkongsi tentang pengalaman mereka sepanjang gerak kerja mereka pada Festkon 11.

 Sesi Latihan Dalam Kumpulan. Sesi ini kami diberi peluang berkongsi idea dan bertukar pendapat mengenai isu semasa bagi membuka fikiran para pelajar.

Aktiviti Team Player dan Sabotaj.

 Aktiviti lasak yang mencabar fizikal.


Pebentangan setiap exco.











Maka pada cuti semester ini, semua pelajar Universiti sedang seronok bercuti dan masih menyambut raya. Kami sebagai sekretariat Festkon 12 harus kembali ke UniMaP untuk memulakan gerak kerja untuk Festkon 12 pada Oktober akan datang.

5 comments:

  1. seronoknya ada hiking bukit sekali..

    ReplyDelete
  2. Teringat balik zaman belajar..
    Masa belajar kawan ramai tapi bila dah habis belajar start kerja & bekeluarga masing-masing bawa haluan sendiri, then lost contact..
    So kena hargai moment ini..

    ReplyDelete