Paradise Getaway- Pulau Perhentian... <3
Day 1
Tarot baru je habis program Matrikulasi waktu ni, lepas tu keluarga Enon terus ajak pergi vacay kat Pulau Perhentian. Dah lama dah plan ni, cuma Tarot yang tak ambil tahu. Masa kat matriks tak ambik tahu apa jadi kat rumah. Lepas tu, diorang pon beriya2 ajak Tarot, mak plak bagi greenlight. Mood Vacay- ON.
Kitorang bertolak, direct ke rumah Mak Teh kat Jerteh sebab dekat dengan jeti nak pergi Pulau. Tarot ajak abang sekali tapi time tu dia ada kelas ke FYP ke tak ingat la. So, kitorang tidur Jerteh satu malam..keesokan hari kitorang bertolak awal2 pagi.
As usual, Mek Ti yang mengetuai rombongan Enon ni, so dia yang urus dari tiket, penginapan dan segala belanjawan. Kitorang ikut je, lepas tu bayar ikut harga yang ditetapkan. Tarot pon tak buat apa2 research pasal Pulau Perhentian ni, tak tau apa tips dan selok belok kat tempat ni.
Tarot baru tahu yang Pulau Perhentian ni terbahagi kepada dua, Besar dan Kecil. Pulau Perhentian Kecil lebih meriah dan hidup, Ramai Mat Salleh suka pergi sana sebab kat sana memang lebih fun pastu ada bar, bising2 + party sampai pagi. Manakala Pulau Perhentian Besar ni lebih deserted dan sunyi. Sesuai untuk mencari ketenangan dan family2.
Tarot baru perasan yang Mek Ti pilih Pulau Perhentian Besar sebagai destinasi untuk vacation ni. Kalau ikut umur dan gaya Tarot memang Tarot lagi sesuai vacay kat yang Kecil. Hehe.
Setibanya di Pulau Perhentian Besar, dalam pukul 1.30...terus Mek Ti check-in bilik. Terus kitorang masuk dan makan juadah yang telah disediakan dari rumah Mak Teh. Memang sedap makan time lapar2 ni, masa naik boat tadi...jangan cite. Die punye berombak tu, sampai terhenjut2 kitorang...memang lapar la cite die.
Habis je makan terus Tarot dan Nek Nuk pergi book Snorkelling. Harga die RM 35 untuk 4 checkpoint. Lepas tu, terus kitorang bersiap2 nak naik boat ke checkpoint2.
Me Getting Ready!!
Setibanya di checkpoint pertama, Tarot terus terjun tanpa berfikir panjang. Dari atas nampak macam cetek, sekali terjun..terus panik. Terkapai2 macam dugong. Lepas tu, terus berenang ke tempat cetek. Satu bende die kene bertenang je..life jacket tu memang akan mengapungkan kita.
Lepas tu, kitorang ke checkpoint seterusnya, turtle point. Tapi die kata itu ikut nasib, kalau nasib baik jumpa la si turtle. Selalunya, turtle tu memang takkan muncul. Kami antara golongan yang tak bernasib baik. Adela seekor encik turtle munculkan diri, tu pon malu2 kucing. (ke malu malu turtle)
Bila dah masuk pukul 5 tu air dah pasang. Kitorang gerak ke checkpoint seterusnya, Shark Point. Tarot nasihatkan kalau noob dan tak reti berenang, stay je la atas boat. Kitorang sume turun las2 sume berpecah akibat dipukul ombak. Tarot berenang nak kembali pada boat, tapi tak terdaya..rasa lengan macam nak tercabut dah. Time tu cuak jugak la sebab ingat dah hampir lemas, tahap panik die smpai Tarot tiup wisel tu.
Lepas ada sorang brader ni datang selamatkan. Time tu Tarot dah panjat batu berdekatan, sebijik macam dugong. Lepas tu boat pon gerak lebih dekat untuk memendekkan jarak Tarot untuk berenang. Lawak la time tu, macam kecoh giler.
Lepas tu, dalam pukul 6 petang kembali ke Resort. Kitorang taknak stop, sambung plak kat swimming pool. Memang jenis tak reti nak dok diam.
Malam tu kitorang bersiap2 untuk gi makan. Nasihat Tarot, belilah stok2 makanan dulu sebelum datang sini. Ais-krim yang RM 2 tu dijual dengan harga RM 8 kat sini. Memang cekik darah. Lepas tu, makan pon diorang nasihatkan book dahulu. Sebab takde kedai makan kat sini. Kitorang pon bernasib baik ada satu kedai tu terima lagi pelanggan walk-in.
Malam masih muda, tapi dah mati dah. Tarot tanya kt kaunter, ade tak apa2 entertaiment macam Snooker atau Karaoke. Die cakap ada tapi under construction. Memang Pulau Perhentian Besar ni tak kene dengan jiwa Tarot. Las2 lepak kejap kat depan swimming pool lepas tu masuk bilik terus KO!!
DAY 2
Bangun2, macam yang dijangka..sakit seluruh tubuh badan. Masing2 dah macam orang tua. Tarot pon sampai mengigau2 malam tadi, nampak tak betapa penatnya malam tadi. Terus kitorang bersiap2 nak pergi breakfast.
Lepas breakfast, tangkap gambar jap sekitar kawasan Pulau ni. Tapi memang tak dapat dinafikan, air die sangat jernih dan crystal clear. Lepas puas photoshoot, tukar baju kitorang terjun swimming pool.
Aksi Backflip oleh Tanah
Aksi yang kurang menjadi
Backflip yang berjaya
Asalnya kitorang nak pergi melawat Pulau Perhentian Kecil, nak gak cuci2 mata kat sana. Tapi sebab Mek Ti kata kita check-out pukul 12 pm, so kitorang batalkan rancangan. Kitorang mandi kat swimming pool sampai lebam.
Arwana Perhentian Resort ni Resort yang kami menginap selama dua hari satu malam. Review Tarot terhadap Resort ini:
- Memang sangat selesa, bilik yang sangat luas dilengkapi dua katil Queen. Toilet pon tiada masalah. Memang boleh mandi dan tidur dengan selesa.
- Facilities memang berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa di bawah maintainance. Semua infrastuktur boleh digunakan dengan selamat.
- Breakfast sangat sedap dan banyak jenis makanan disediakan. Memang enjoy menikmati breakfast bersama keluarga.
- Swimming pool yang besar dan best. Memang enjoy mandi bersama keluarga.
- Pekerja semua friendly dan ramah. Semua jenis suka senyum dan ringin mulut tegur para pelanggan yang menginap kat sini.
- Cuma entertaiment waktu malam harus diperbaiki. Walaupun sini memang khas nak berehat dan mencari ketenangan, orang muda macam Tarot memang jenis hidup waktu malam. Kalau ada aktiviti dan hiburan waktu malam akan menjadikan Resort ini lagi menarik.
Pukul 12.30 kitorang angkat beg bawak masuk boat & terus balik. Memang vacation yang best tapi lepas ni target nak pergi Pulau Perhentian Kecil plak.
huhuhu.. bestnya.. pulau perhentian ni salah satu checklist untuk Nurul travel :D
ReplyDeletehttp://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeronoknya snorkelling
ReplyDelete