nuffnang adds

Thursday, June 15, 2017

Perbezaan Uni-Life dan Matriks Life

Perbezaan Uni-Life dan Matriks Life


Bagi Tarot, sesiapa yang berpeluang untuk masuk matriks memang bertuah. Memanglah ramai jugak yang tidak akan setuju kerana ramai yang berpendapat bahawa matriks ni susah la, tak best la, takde life la, terlampau mengikut sistem sekolah dan takde kebebasan. Tarot memang rasa macam itu jugak, cuba bayangkan 16 chapter belajar dalam satu semester dan Tarot baru cakap mengenai satu subjek. Pelajar matriks mempunyai empat subjek core, anda darab la sendiri. Akan tetapi memori yang tercipta dan life kat matriks memang priceless dan sangat sukar untuk dilupakan.

Salah satu perbezaan ketara antara Uni dan matriks, of course la kawan. Mostly kawan kat matriks memang akan kekal dan anda boleh percaya sehingga tamat pengajian. Mungkin tempoh masa belajar yang memainkan peranan penting kerana matriks hanya merangkumi satu tahun sahaja. Kawan kat matriks memang caring, malah tidak akan lupakan kita. Mungkin sebab matriks terlampau tertutup membuatkan kita lebih bergantung kepada kawan-kawan kita. Kalau kat Universiti, jangan kata classmate, roomate yang tidur sebelah anda belum tetu boleh dipercayai. Possibility kawan nak berpaling tadah tu tinggi, maybe sebab banyak pengaruh yang memainkan peranan. Selepas itu, seperti yang Tarot selalu cakap dalam entry sebelum ni, setiap semester memang kita senang tukar-tukar kawan. Kadang-kadang orang yang kita benci masa semester 1 akan jadi bestfriend semasa semester 2. Memang ada situasi ini berlaku dalam universiti, jangan berasa pelek. Berbeza dengan matriks yang kekal persahabatan dari hari pertama sampai hari terakhir. Jangan salah anggap, ada juga persahabatan di universiti yang kekal dari hari pertama sehingga hari terakhir, tetapi jarang sekali situasi ini berlaku di universiti.

Selepas itu, kalau sistem pembelajaran kat matriks sangatlah padat atau packed, tiap-tiap hari kelas bermula pada pukul 8.00 dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Belum habis penat pada hari ini, esoknya tambah penat yang baru apabila harus bangun pagi lagi...memang penat beb. Akan tetapi, kami hairan bagaimana kami mampu untuk survive setiap hari. Lain pula cerita apabila menjejakkan kaki ke Universiti, jadual agak kurang padat dan lebih relaxed (bergantung kepada kos juga). Kelas pagi kadanag-kadang ada kadang-kadang tiada, bergantung kepada setiap semester. Kalau kredit banyak untuk semester tersebut maka kelas juga akan banyak malah sampai malam jugaklah kelasnya. Akan tetapi, di Universiti lebih kurang packed berbanding matrikulasi kerana banyak  jugak gap dan waktu untuk berehat. Yang peleknya, masuk je Universiti, punyalah liat nak bangun pagi, macam mana boleh bangun pagi setiap hari masa kat matriks dulu.

Satu lagi kalau bab belajar..kat matriks ni still kene suap. Sebab matriks 50% sekolah dan 50% universiti. Lecture note disediakan, lepas semua bende diajar satu2. Lepas tu siap ada program dan kelas tambahan khas untuk pelajar2 lemah. Kira memang nak bantu student la. Kalau kat Uni lantak kau, nak fail ke nak pass ke..ikut kita. Kalau buat tak kisah, repeat je la pilihan yang ada. Kalau takde lecture note, cari sendiri. Kalau tak faham, kaji sendiri. Lecturer Uni memang tolong tapi tak tolong macam kat Matriks. Tarot pon rasa pebezaan lecturer kat dua tempat ni. Kat matriks Tarot terus tanya soalan yang tak bole buat, lecturer ajar A sampai Z dan make sure Tarot dapat jawapan. Kalau kat Uni, kita kena buat dulu...salah ke betul tu belakang cerita. Lepas tu, tunjuk kat dia (dahla kene set appointment dulu) kita punya kerja. Then dia just tunjuk mana yang salah dan bagi hint untuk selesaikan. Kalau kita just tanya tanpa buat apa2..memang takkan dilayan. Itupun tak tahu la dapat jawapan ke tak, sebab dia memang takkan cakap jawapan kita tu betul ke salah.


 Hari terakhir kat Matriks. My M2t9, semua dah bawak haluan masing2 dari Terenganu, Perlis, Selangor sampai Johor.

Satu-satunya gambar Tarot dan Wan Syaz sepanjang dua sem kat Matriks.

Moment2 terakhir antara member2 M2t9.



2 comments:

  1. matrik memang berbeza dengan uni, matrik macam skolah lagi, cuma beza baju jer. IQ pun dulu matrik, tapi dua tahun ok. lagi lama. memang ada kawan matrik sampai sekarang still contact, anyhow kawan uni ni ada je yang boleh percaya. kalau tak ada langsung, cemane nak survive sorg2 dkat uni tu...haha!!

    ReplyDelete
  2. Matriks mrs pip dulu 2 tahun, subjek cuma 5 per sem ...muehehe, tak stress langsung.kawan2 pun best...masuk uni pula, dapat kawan baru .. i think tengok juga how kita bawa diri kita bab2 persahabatan ni... so far kat uni, kawan2 semua well trusted. Tapi setuju lah bab nak selesaikan masalah study tu, mmg kena buat dulu then set appointment dgn lecturer. Kat uni mmg tak main main suap dah ... apapun, all the best in ur study.

    ReplyDelete