Saturday, June 3, 2017

Tulip Festival in Everland Amusement Park (에버랜드)


South Korea's Largest Theme Park

Azri dah cakap yang harini kitorang bertolak lewat sikit sebab tentatif sampai malam. Sebab bas tu hanya berkhidmat selama 10 jam sehari, so kene anjakkan sikit masa, selalunya kitorang keluar pukul 9.00 pagi. Aku plak harini baru merasai fenomena jet lag, aku tak boleh tidur malam tadi. Sebab jadual tidur aku dah tak betul...pastu pagini aku paksa diri unuk bangun & menyebabkan tak cukup tidur.

Macam biasa bangun2 terus keluar jalan2 & ambik angin pagi Korea. Tapi kali ni kitorang jalan sepanjang jalan Itaewon. Terdapat banyak kedai2 halal sepanjang jalan Itaewon termasuk bakery, kebab dan ais-krim. Semua dimiliki oleh Pak Arab dan Pakistan, so memang diyakini halal. Tapi harga die memang first class, kalau golongan loaded bolela selalu makan kat sini. Kalau golongan bajet macam kitorang, masak sendiri je.


Menu harini yang diketuai oleh Kakak Didie dan Nek Nuk, Mihun Goreng.





Kitorang cuba Denmark Drinking Yoghurt Strawberry pulak. Rasa dia sama je macam Yoghurt Bliss yang perisa Strawberry tu.




Model nak buat photoshoot harini.







Kat Itaewon Street ni memang senang jumpa kedai yang menjual makanan halal.




Pukul 10 kitorang bertolak, perjalanan mengambil masa dalam 45 minit. Aku yang sangat mengantuk tertidur sejenak. Bila tiba di tapak Everland, kitorang tunggu bas shuttle...sebab Everland di kat puncak bukit. Kat bawah semua kawasan parking yang luas supaya tidak berlaku kesesakan parking kat puncak. Daripada kawasan parking tu, die sediakan bas shuttle untuk naik ke atas. Memang sangat efficient.  


Macam biasa, kitorang bergambar dulu sementara tunggu Azri buat urusan tiket. Bila dah selesai, die bagi kitorang sorang satu ticket "Pass". Tiket tu jangan dihilangkan sebab sebelum naik ape2 games..kene tunjuk dulu tiket tersebut. Kira kalau dah hilang tiket tu, tak boleh naik apa2.

Aku yang mengalami jet lag tetidur sementara nak sampai Everland




























Azri kata yang special kat sini, T-Express, Roller Coaster yang berasaskan kayu. Kitorang pon bergegas untuk ke sana sebelum ramai orang. Lagi satu, kawasan ni memang kena pakai peta sebab besar sangat, memang konfem sesat kalau tiada peta. Kitorang disarankan menggunakan cable car sebagai short-cut untuk ke T-Express.


Nek Nuk dan Mak Su sibuk bergambar, so kitorang decide tinggalkan diorang.


Dari sini dah boleh nampak kedasyatan dan ke-thrill-an T-Express.


Aku punya khusyuk tengok peta sampai terlanggar seorang budak sampai jatuh. Tsk Tsk












Time ni aku pergi toilet betul2 lepas naik T-Express. Memang terbaik. Walaupun beratur nak dekat sejam tapi berbaloi giler. Memang Roller Coaster terbaik and the best yang aku naik setakat ni. Lepas tu, kitorang start berjalan dan decide nak naik apa. Lepas tu jumpe Nek Nuk dan Mak Su, pastu terus decide main sama2. Kitorang main tembak2 hantu, Hurrincane dan Bumper Car. Tapi semua game memang ramai giler, beratur panjang2 nak dekat sejam baru dapat main. Las2 jadi serabut tambah pula dengan kehangatan cuaca. Haah, kat Everland ni antara tempat yang agak panas compare ngn tempat2 lain. Pakai T-shirt nipis sehelai pon dah memadai (24॰C).

Sepanjang kitorang pergi extreme adventure ni, geng2 nenek dan anak kecil pergi ke Wildlife Park. Yang ada anak kecil best la, sebab anak2 kecil lebih excited tengok binatang2. Akhirnya, kami bertemu di Flower Garden, sebab sekarang memang ade Tulip Festival. Kira kitorang ni bernasib baik dapat menikmati keindahan bunga Tulip.




























































Dah panas sangat, aku bukak aku punye sweatshirt.




























Yeay! Kat sini pon dapat selfie ngn awek K-Pop




Apabila jam hampir pukul 6, kitorang decide untuk bergerak balik. Sebelum tu sembahyang kat surau yang agak kecil compare ngn surau kat Pulau Nami. Aku dah start penat sebab still rasa tak cukup tidur. Bila kitorang start jalan, matahari makin turun...dah start sejuk balik. Kitorang ikut track Zoo yang agak mencabar. Slope die agak curam, memang mencabar fizikal lagi bila dah penat. Bila dah berkumpul dekat gate Everland, kitorang terus naik bas shuttle untuk kembali ke bas. Aku dan big-bro menyempat selfie kat pintu pagar depan Everland lepas tu berlari2 ke bas shuttle. Naik je mini-bas, masing2 terus syahid sebelum sampai ke destinasi seterusnya, Banpo Rainbow Bridge. (bersambung...)

9 comments:

  1. Bestnya Korea! Tapi kalau saya memang idak la nak naik roller coaster tu! Naik yang indoor dekat Universal Studios saja pon dah rasa macam nak arwah dah ke aku ni.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi memang best..rasa nk tercabut jantung time downfall tu

      Delete
  2. best tu..aku x sempt gi everland hari tu...jauh sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..kalau dari seoul tu memang die jauh sikit walaupun ade public transport

      Delete
  3. kenapa mihun tu nampak sedap sgt dbulan puasa ni..hehe

    ReplyDelete
  4. memang senang jumpa kedai yang menjual makanan halal kat Itaewon Street ni. kaklong dulu punyalah payah nak cri kedai halal

    ReplyDelete