nuffnang adds

Friday, May 26, 2017

Skincare and Cosmetics Heaven!! Myeongdong Shopping Street

MYEONGDONG - Make-up Heaven!!!


Lepas balik dari Dongdaemun Market, terus balik ke apartment. Sebab memang bas punye waktu dah habis, sampai pukul 7 je. Malam tu, aktiviti sendiri...si Azri cadangkan Myeongdong, syurga kosmetik untuk para wanita....dan lelaki. So, lepas makan & rehat2 sikit, terus gerak. Uwan dengan Nenek tinggal sebab diorang tak larat nak berjalan dah. Kitorang keluar ke jalan besar untuk tahan teksi, sebelum tu aku tangkap gambar signboard apartment kitorang in case tak ingat alamat apartment (memang tak akan ingat pon).


Kitorang tahan dua teksi, terus gerak ke Myeongdong. Aku, abang, Nek Nuk dan Maksu dok satu teksi...Kakak, Pak Cik dan Mak Cik satu teksi. Kitorang dapat yang ramah dan pandai cakap English sikit2. Kitorang borak2 la, katanya die pernah pergi Kuala Lumpur, gi Penang, makan nasi lemak dan die kata Malaysia panas. Obviously, nak compare ngn Korea memang sejuk la. Dalam 15 minit kitorang pon sampai. Bayaran sebanyak 5800 Won. Yang takleh blah, Pak Cik dapat teksi yang tak friendly pastu bayaran 6400 Won walaupun jarak sama sahaja.









Otw ke Myeongdong ni, kitorang baru sedar yang bandar Itaewon tu hidup dan banyak kedai yang menarik sepanjang jalan Itaewon. Kitorang punye apartment di balik bandar Itaewon yang hidup tu. Kawasan apartment kitorang dahla mati, gelap...seram palk tu. Bandai Itaewon tu terlebih hidup, macam dua dunia yang berbeza. 

Myeongdong Shopping Street ni memang syurga kosmetik, penuh kedai2 kosmetik. Aku tak berapa ingat nama kedai, yang aku ingat Face Shop, Lush, dan banyak lagi. Bende pertama yang menarik perhatian kitorang, Grilled Octupus. Sebab sign Halal die terpampang depan gerai, memang menarik perhatian pelancong muslim. Harga secucuk sotong kurita 5000 Won, tapi memang terbaik. Sotong yang panas2 dimakan dalam cuaca yang sangat sejuk. Terbaik beb!














Ni kedai pertama yang kitorang masuk, katanya jenama ni memang kosmetik yang terbaik di Asia. Kosmetik ni agak bagus, tapi harga die pon..hhhmmm, tau2 je la. Yang aku takle terima, pekerja2 die semua kulit flawless. Tak kira lelaki atau perempuan, masing2 kulit macam baby. Aku rasa memang application untuk kerja kat sini, kena kulit flawless dulu. Logik la, nak kerja kedai kosmetik memang kene pekerja yang kulit cantik. Tapi flawless diorang lain macam, kalah kulit telur.

Bila kaum2 hawa tengah syok nak shopping barang kosmetik, aku ngn abang aku start berpecah. Kitorang mana minat sangat nk ber-kosmetik ni, so kitorang ade agenda lain...Food Hunting!!! Memang ade satu jalan tu khas untuk makanan sahaja, banyak gak la yang menyelerakan tapi kene hati2 gak la...takut ntah ape yang dimakan. Mula start dengan Chocolate Banana Crepe. Sedap gak dengan beharga 4000 Won, macam apam balik tapi inti pisang ngn nutella. Lepas tu kitorang pilih seafood sebab seafood memang diyakini boleh makan, Lobster (15 000 Won) & Scallops (10 000 Won). Memang macam rancangan jalan-jalan cari makan waktu tu. Heaven beb!! Rasa macam tak puas makan.

Chocolate Banana Crepe





Lobster








Scallops






Lepas masing2 dah puas hati, makan & membeli barangan kosmetik...kami decide nak balik. Out of nowhere, ade satu pekedai datang tarik si Mak Su. Dia cakap baju sejuk tu bole ditawar sampai harga 20 000 Won. Rupe2 nya sebelum kitorang smpai tu, Mak Su berkenan ngn satu baju sejuk, tapi harga die dalam 40 000++ Won...aku tak ingat exact harga dia. Tawar punye tawar tapi tak dapat jugak, las2 Mak Su beredar. Bila kedai die dah nak tutup, die decide untuk turunkan harga semata2 untuk Mak Su. Dapat satu baju untuk si Mak Su ni. Lepas tu, baru kitorang balik.

Lagi sekali, kitorang tahan dua teksi untuk pulang ke apartment. Tapi dah malam2, lebih pukul 12 plak tu...teksi lagi susah nak dapat. Hampir 10 minit baru dapat tahan teksi. Bila dah sampai apartment, kitorang tak puas hati sebab die charge 10 000 Won...rase macam kena tipu..dahla tak hantar smpai kat apartment. Tapi sebab dah lebih jam 12, memang kene extra charge. Rupe2nye, Pak Cik kene charge lagi teruk..20 000 Won. HAHAHA. Mungkin sebab Pak Cik nampak macam Pak Arab kot, tu yang ken pau lebih. Kitorang ni nampak macam budak2 lagi, kene charge sikit2 je la.

Dah smpai apartment, mandi & terus pengsan....kumpul tenaga untuk hari seterusnya. (bersambung...)



2 comments: