nuffnang adds

Saturday, June 3, 2017

Tulip Festival in Everland Amusement Park (에버랜드)





South Korea's Largest Theme Park

Azri dah cakap yang harini kitorang bertolak lewat sikit sebab tentatif sampai malam, biasanya tentatif sampai pukul 6.00 petang. Jadi waktu tu ke ganjak sikit sebab bas tu hanya berkhidmat selama 10 jam sehari. Tarot pula harini baru merasai fenomena jet lag, Tarot mengalami masalah iaitu tidak boleh tidur malam tadi. Sebab jadual tidur Tarot sudah tidak betul...pastu pada pagi ini Tarot paksa diri untuk bangun awal dan menyebabkan tidak cukup tidur.

Macam biasa bangun-bangun terus keluar jalan-jalan dan ambik angin pagi Korea. Akan tetapi kali ini kitorang jalan sepanjang jalan Itaewon. Terdapat banyak kedai-kedai halal sepanjang jalan Itaewon termasuk bakery, kebab dan ais-krim. Semua dimiliki oleh Pak Arab dan Pakistan, so memang diyakini halal. Tapi harga die memang first class, kalau golongan loaded bolelah selalu makan kat sini. Kalau golongan bajet macam kitorang, masak sendiri lebih jimat.


Menu harini yang dimasak oleh Kakak Didie dan Nek Nuk iaitu Mihun Goreng.





Kitorang cuba Denmark Drinking Yoghurt Strawberry pulak. Rasa dia sama je macam Yoghurt Bliss yang perisa Strawberry tu.







Kat Itaewon Street ni memang senang jumpa kedai yang menjual makanan halal.




Pukul 10.00 pagi kitorang bertolak, perjalanan mengambil masa dalam 45 minit. Tarot yang sangat mengantuk tertidur sejenak. Bila tiba di tapak Everland, kitorang tunggu bas shuttle...sebab Everland di kat puncak bukit. Kat bawah semua kawasan parking yang luas supaya tidak berlaku kesesakan parking kat puncak. Daripada kawasan parking tu, die sediakan bas shuttle untuk naik ke atas. Memang sangat efficient.  




Macam biasa, kitorang bergambar dahulu sementara tunggu Azri membuat urusan tiket. Bila dah selesai, die bagi kitorang sorang satu ticket "Pass". Tiket tu jangan dihilangkan sebab sebelum naik ape2 games..kene tunjuk dulu tiket tersebut. Kira kalau dah hilang tiket tu, tak boleh naik apa2.


Tarot yang mengalami jet lag tetidur sementara nak sampai Everland.



























Azri kata yang special kat sini, T-Express, Roller Coaster yang berasaskan kayu. Kitorang pon bergegas untuk ke sana sebelum ramai orang. Lagi satu, kawasan ni memang kena pakai peta sebab besar sangat, memang konfem sesat kalau tiada peta. Kitorang disarankan menggunakan cable car sebagai short-cut untuk ke T-Express.


Nek Nuk dan Mak Su sibuk bergambar, so kitorang decide tinggalkan diorang.


Dari sini dah boleh nampak kedasyatan dan ke-thrill-an T-Express.


Tarot punya khusyuk tengok peta sampai terlanggar seorang budak sampai jatuh. Tsk Tsk












Time ini Tarot pergi toilet betul-betul selepas naik T-Express. Memang terbaik. Walaupun beratur nak dekat sejam tapi berbaloi giler. Memang Roller Coaster terbaik and the best yang Tarot pernah naik setakat ini. Selepas itu, kitorang start berjalan dan decide nak naik apa. Tiba-tiba terjumpe Nek Nuk dan Mak Su dan kami decide untuk gerak sekali dan main game sama-sama. Kitorang main tembak-tembak hantu, Hurrincane dan Bumper Car. Akan tetapi semua game memang ramai giler, beratur panjang-panjang hampir dekat sejam baru dapat main. Last-last masing-masing jadi serabut tambah pula dengan kehangatan cuaca. Haah, kat Everland ni antara tempat yang agak panas compare ngn tempat2 lain. Pakai T-shirt nipis sehelai pon dah memadai kerana suhu yang mencecah 24॰C.

Sepanjang kitorang pergi extreme adventure ni, geng2 nenek dan anak kecil pergi ke Wildlife Park. Yang ada anak kecil best la, sebab anak-anak kecil lebih excited tengok binatang-binatang. Tarot juga suka akan bintang cuma lebih prefer something yang lebih extreme. Akhirnya, kami bertemu di Flower Garden, sebab sekarang memang ade Tulip Festival. Kira kitorang ni bernasib baik dapat menikmati keindahan bunga Tulip.

























































Dah panas sangat, Tarot bukak Tarot punya sweatshirt.




























Yeay! Kat sini pon dapat selfie ngn awek K-Pop




Apabila jam hampir pukul 6, kitorang decide untuk bergerak balik. Sebelum tu sembahyang kat surau yang agak kecil compare dengan surau kat Pulau Nami. Tarot sudah start rasa penat sebab still rasa tak cukup tidur. Apabila kitorang start jalan, matahari makin tergelincir dan cuaca sudah start sejuk balik. Kitorang ikut track Zoo yang agak mencabar. Slope die agak curam, memang mencabar fizikal lagi-lagi bila dah penat. Bila dah berkumpul dekat gate Everland, kitorang terus naik bas shuttle untuk kembali ke bas. Tarot dan big-bro menyempat selfie kat pintu pagar depan Everland lepas tu berlari2 ke bas shuttle. Naik je mini-bas, masing2 terus syahid sebelum sampai ke destinasi seterusnya, Banpo Rainbow Bridge. (bersambung...)

NEXT : Busan Gwangandaegyo Bridge (부산 광안대교)

9 comments:

  1. Bestnya Korea! Tapi kalau saya memang idak la nak naik roller coaster tu! Naik yang indoor dekat Universal Studios saja pon dah rasa macam nak arwah dah ke aku ni.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi memang best..rasa nk tercabut jantung time downfall tu

      Delete
  2. best tu..aku x sempt gi everland hari tu...jauh sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..kalau dari seoul tu memang die jauh sikit walaupun ade public transport

      Delete
  3. kenapa mihun tu nampak sedap sgt dbulan puasa ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh syoknya cuti cuti holiday

    ReplyDelete
  5. memang senang jumpa kedai yang menjual makanan halal kat Itaewon Street ni. kaklong dulu punyalah payah nak cri kedai halal

    ReplyDelete