Thursday, June 15, 2017

Perbezaan Uni-Life dan Matriks Life

Perbezaan Uni-Life dan Matriks Life


Bagi Tarot, sesiapa yang berpeluang untuk masuk matriks memang bertuah. Memanglah ramai jugak yang akan bash...ada yang kata matriks ni susah la, tak best la, takde life la, terlampau mengikut sistem sekolah dan takde kebebasan. Aku memang rasa macam tu jugak, cuba la bayang 16 chapter belajar dalam satu sem, baru satu subjek. Tapi memori yang tercipta dan life kat matriks memang priceless. Tak boleh nak beli.

Salah satu perbezaan ketara antara Uni dan matriks, of course la kawan. Mostly kawan kat matriks memang akan kekal dan kau boleh percaya sampai habis matriks. Lagipun matriks kan satu tahun je. Kawan kat matriks memang caring, lepas tu takkan lupakan kita. Mungkin sebab matriks terlampau tertutup kot, kita tidak diberi kebebasan nak keluar. Kalau kat Uni, jangan kata classmate, roomate yang tidur sebelah kau pon jangan percaya. Possibility kawan nak berpaling tadah tu tinggi, maybe sebab banyak pengaruh luar main peranan. Lepas tu macam yang Tarot selalu cakap dalam entry sebelum ni, setiap sem memang kita senang tukar2 kawan. Kekadang orang yang kita benci masa sem 1 jadi bestfriend masa sem 2. Memang ada, jangan pelek. Berbeza dengan matriks yang kekal persahabatan dari hari pertama sampai hari terakhir.

Selepas itu, kalau sistem pembelajaran kat matriks sangatla packed, tiap2 hari dari pukul 8 sampai 5 petang. Dah penat, esoknya bangun pagi lagi...memang penat beb, tapi tak tahu macam mana kitorang boleh survive. Masuk je Uni, memang sangat free. Kelas pagi kekadang ada kekadang takde...tapi ikut sem jugakla. Kalau kredit banyak untuk sem tu....sampai malam gakla kelas. Tapi kt Uni lebih kurang packed la...banyak la jugak gap dan waktu untuk berehat. Yang peleknya, masuk je Uni...lagi liat nak bangun pagi, macam mana bole bangun pagi setiap hari masa kat matriks dulu.

Satu lagi kalau bab belajar..kat matriks ni still kene suap. Sebab matriks 50% sekolah dan 50% universiti. Lecture note disediakan, lepas semua bende diajar satu2. Lepas tu siap ada program dan kelas tambahan khas untuk pelajar2 lemah. Kira memang nak bantu student la. Kalau kat Uni lantak kau, nak fail ke nak pass ke..ikut kita. Kalau buat tak kisah, repeat je la pilihan yang ada. Kalau takde lecture note, cari sendiri. Kalau tak faham, kaji sendiri. Lecturer Uni memang tolong tapi tak tolong macam kat Matriks. Tarot pon rasa pebezaan lecturer kat dua tempat ni. Kat matriks Tarot terus tanya soalan yang tak bole buat, lecturer ajar A sampai Z dan make sure Tarot dapat jawapan. Kalau kat Uni, kita kena buat dulu...salah ke betul tu belakang cerita. Lepas tu, tunjuk kat dia (dahla kene set appointment dulu) kita punya kerja. Then dia just tunjuk mana yang salah dan bagi hint untuk selesaikan. Kalau kita just tanya tanpa buat apa2..memang takkan dilayan. Itupun tak tahu la dapat jawapan ke tak, sebab dia memang takkan cakap jawapan kita tu betul ke salah.


 Hari terakhir kat Matriks. My M2t9, semua dah bawak haluan masing2 dari Terenganu, Perlis, Selangor sampai Johor.

Satu-satunya gambar Tarot dan Wan Syaz sepanjang dua sem kat Matriks.

Moment2 terakhir antara member2 M2t9.

 

2 comments:

  1. matrik memang berbeza dengan uni, matrik macam skolah lagi, cuma beza baju jer. IQ pun dulu matrik, tapi dua tahun ok. lagi lama. memang ada kawan matrik sampai sekarang still contact, anyhow kawan uni ni ada je yang boleh percaya. kalau tak ada langsung, cemane nak survive sorg2 dkat uni tu...haha!!

    ReplyDelete
  2. Matriks mrs pip dulu 2 tahun, subjek cuma 5 per sem ...muehehe, tak stress langsung.kawan2 pun best...masuk uni pula, dapat kawan baru .. i think tengok juga how kita bawa diri kita bab2 persahabatan ni... so far kat uni, kawan2 semua well trusted. Tapi setuju lah bab nak selesaikan masalah study tu, mmg kena buat dulu then set appointment dgn lecturer. Kat uni mmg tak main main suap dah ... apapun, all the best in ur study.

    ReplyDelete