Friday, June 16, 2017

Maka Dengan Ini, Tamatlah Perjalanan Sem 4.....





Maka dengan ini, tamatlah perjalanan semester 4 Tarot yang disudahi dengan paper Kejuruteraan Industri. Harini dah melepasi 2/3 Ramadhan dan Tarot masih hiba kerana belum sempat merasai suasana berbuka dengan family tercinta. Alhamdulillah, exam sudah dilepasi dengan jayanya (harap-harap tak repeat), barang2 pon sudah habis packing. Tinggal menunggu waktu je, tiket sudah dibeli sebulan yang lalu. Tarot menggunakan perkhidmatan ETS, dan memulakan perjalanan dari Arau ke KL Sentral. Tiket yang sudah ditempah bertarikhkan harini, 17 Jun 2017 jam 7.50 malam. Grabcar juga sudah ditempah (member sendiri) pada pukul 6.00 petang. Yalah, Tarot takut perjalanan kurang lancar dengan kesesakan dan macam2 lagi. Lebih baik bertolak awal sikit. HAHAHA. Rapi kan rancangan perjalanan Tarot. Rancangan untuk berbuka pula, apabila dah masuk waktu, minum seteguk air dulu dan beberapa biji tamar. Apabila sudah menaiki train, baru memulakan juadah yang bakal dibeli. Tak sabar nak jumpa family, nak shopping raya dan yang paling penting RAYA!!!

Tapi sebelum apa2, Tarot rasa kene Qada' tidur dulu, dah beberapa hari tidak dapat tidur yang berkualiti. Kerja dok menghadap buku, formula dan laptp 24 jam.


Tarot juga ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada yang belum habis paper!!! (hehehe..)

No comments:

Post a Comment