nuffnang adds

Saturday, May 13, 2017

Menawan Puncak Bukit Laka!!

Sempena cuti hari Wesak, kawan aku decide nak panjat bukit Laka, dekat je dengan main campus UniMAP. Tak smpai 10 minit dah sampai. So diorang pon ajak aku sebab diorang kata nak ajak ramai2. Hakim plak cadangkan kita naik pagi2, seawal pagi yang boleh sebab nak tengok sunrise. Hanafi mengeluarkan carta organisasi untuk ekspedisi ini.



Organisasi X-Pedisi Bukit Laka

Ketua
Hazim Hisyamuddin

Penolong Ketua
Mustaza

Pemandu Arah (guider)
Ibrohim

Ajk Keselamatan
Harraz
Zaid

Ajk Pengangkutan
Aidi
Hakim

Ajk peralatan
Hanafi
Asyraf

Ahli biasa
Nizar
Hilmi
Shahmie
Syafiq

------- Skop Kerja -------

Ketua
🥋 Memantau pergerakan setiap ahli dan gerak kerja Ajk
🥋Orang yang berkuasa serta bertanggungjawab dalam ekspedisi bukit lakar.

Penolong Ketua
🥋 Membantu Ketua ekspidisi
🥋 Memastikan pergerakan peserta bergerak seperti dalam tentatif
🥋 Orang kedua bertanggungjawab selepas ketua

Pemandu Arah (Guider)
🥋 Mengetuai pergerakan ke bukit lakar
🥋 Guider dan Penunjuk arah pergerakan ke bukit lakar
🥋 memberi taklimat ringkas pasal gambaran bukit lakar, dan benda2 yang perlu dilakukan sepanjang pergerakan ke bukit.


Ajk Keselamatan
🥋 Memastikan setiap Ahli tidak bermain2 dan tertinggal sepanjang pergerakan ekspidisi
🥋 Membawa peralatan keselamatan sekiranya berlaku kecederaan
🥋 memastikan keselamatan peserta dan diri sendiri

Ajk Pengangkutan
🥋 Menyediakan pengangkutan pergi dan balik ke bukit lakar
🥋 Membawa peralatan keperluan seperti makanan dll, seperti yg disediakan oleh Ajk pengangkutan ke bukit lakar

Ajk Peralatan
🥋 menyediakan peralatan ke bukit lakar
🔹 Sejadah
🔹 Air minum secukupnya
🔹 Makanan (jika perlu)

🔹 torchlight

Lawak la. Padahal bukan aktiviti formal pon. Saje2 je. Tapi nak menunjukkan yang Napi ni seorang yang well-organised, so wajar ade carta organisasi dan skop kerja untuk setiap ajk. Yang takleh bla, macam mana entah aku jadi penolong ketua. Dahla tak mintak persetujuaan aku pon.

Kitorang tidur awal malam sebelum tu(tak la awal mana pon), bangun pukul 4.30 am pagi tu. Kitorang gerak 3 buah kereta & gi amek Zaid ngn Syahmie dulu kat blok B. Walaupun diorang agak lambat tiba, Wok pulak tiba2 sakit perut. Akhirnya kami smpai ke tapak Bukit Laka, Hakim dah marah sebab kitorang lambat sampai.

Dalam pukul 5.00 lebih kitorang mulakan ekspedisi, seramai 13 orang terlibat dan diketuai oleh Cekang. So, Cekang dok belakang sekali bagi memastikan semua ahli cukup pada setiap masa. Tak sampai 5 minit pergerakan, Wok dah mula sakit perut. Mula2 die boleh tahan lagi, tak lama lepas tu die tak tahan. Las2 kene berhenti kat semak supaya Wok bole berhajat. Dahla time Wok berhajat ada satu geng pass-by kitorang, so terpaksa buat bodo macam takde pape yang berlaku. Pastu kitorang suluh ke arah Wok, just in case..mana tau dah kene culik ke budak tu. Sumpah lawak giler keadaan die, macam orang asli tengah berhajat.

Selepas itu, Wok baru lega. Kitorang sambung perjalanan walaupun agak tak smooth perjalanan. Dalm beberapa minit kitorang dah smpai part yang agak mencabar. Sebenarnya tak la mencabar mana pon cuma slope die agak tinggi, tapi sesuai untuk budak2 muda macam kitorang. Time ni ada drama lagi. HEHE. Aku taknak buka aib sape2, so aku just bagi nicknames. Ali dah maju kehadapan tanpa perasan yang Abu dah tertinggal kat belakang. Chong suruh Ali tunggu kejap sebab yela dah datang sekali, bergerak kena sekali la. Mana bole tinggal sape2 kat belakang. Ali dah naik tanpa hiraukan orang kat belakang pastu Chong cakap, "Jangan terlampau tertumpu pada objektif". Memang agak pedas komen tersebut tapi takde pape pon. Sume orang dah settle lepas tu.

Akhirnya, kami sampai di puncak bukit laka. Sebelum tu kitorng sembahyang subuh dulu kat teratak. Memang ada sediakan tempat berwudhu & tempat solat. Lepas solat, kitorang menyaksikan pemandangan yang indah. Memang sangat "picturesque". Kitorang turut menyaksikan suasana sunrise yang mengagumkan.

Selepas beberapa puluh minit, kitorang turun. Rata2 memang dak2 UniMAP kat sini, memang la masing2 darah muda. Hiking ni macam aktiviti untuk budak muda. Lepas kitorang turun, gi breakfast capati. Balik tu masing2 pengsan smpai petang.

Ni suasana awal2 pagi time kitorang naik. Memang tak nampak pape la kan

Dekat belakang Acap tu teratak untuk solat Subuh. Yang tong hitam tu air wudhu'

"To become a great leader, first become a great person"

Ibrohim, selaku guider kitorang. Dia dah naik bukit Laka ni 10 kali kot.

Panorama

Secreatariat Festkon 12

Roomies yang takleh pisah

Pemandangan sunrise







Aku geram dengan gopro Didi. Aku pinjam sat

Ni pon roomies xle pisah


"How thankful I am, these Guys in my Life"



Wok yang melepaskan khazanah di Bukit Laka


Ni pon roomies gak. Cuma Paan terdampar dalam bilik


"A Good Life is a Collection of Happy Moments" -Bukit Laka 325 meter

Maaf. Aku menyibuk dalam geng dak2 komputer

Time ni dah ramai orang, agak sesak gak la kat puncak tu. So, kitorang mula turun





Dak2 Sabahan. Dari kiri, Acapan, Ibrohim dan Napi Bajau

Kesian Aidi. Kene layan dak2 hipster


Aku plak kene layan si Acap ni. Jadi model air mineral. Btw, bole nampak seluruh UniMAP main campus dari sini.

 "Hai budak2 unimap!!!"

Ni slope yang agak mencabar. Kalau nak turun jangan stop kalau tak memang akan jatuh.



"The best view comes after the hardest climb"


Ni masing2 nak photoshoot kat sini. Pokok die agak unik

Ni photographer yang lebih bergaya dari modelnya




Si Ibrohim bawak kitorang jalan yang susah. kene slide untuk turun bawah.




Masing2 nak photoshoot ngn matahari plak. Kalau semua hipster takleh buat apa

Sampai pengsan photograher nak ambik gambar



Kat sinilah Wok tinggalkan khazanah dia. Adela kenangan yang ditinggalkan. HAHAHA


Otw balik, Time ni nak gi breakfast sebelum masing2 pengsan


4 comments:

  1. done follow , salam singgah blogger unimap haha ;)

    ReplyDelete
  2. "To become a great leader, first become a great person"

    SETUJU that !

    Followback..hihii

    ReplyDelete
  3. cantik gila view.. tak pernah tahu pun kewujudan bukit dulu.. haihhh

    ReplyDelete
  4. Hai, boleh saya tau direction ke bukit laka ni. Macehh

    ReplyDelete