Sepanjang aku belajar di universiti ni, aku bertemu dengan ramai orang. Ramai yang aku suka dan ramai jugak yang aku tak suka. Mungkin korang ada pendapat yang berbeza pasal hal ini, tapi ini pendapat aku. Kekadang certain orang memang aku tak selesa untuk bergaul, tak dapat dinafikan aku memang senang nak memulakan perbualan tapi kalau dah lama2, ada yang aku selesa ada yang aku tak selesa langsung.
Tarot ingin kongsikan jenis-jenis orang yang paling tak disukai dan yang patut dielakkan:
1. Talam dua muka
- Jenis ni memang paling famous kat mana2. Jangan kata perempuan je, lelaki pon ramai gak yang jenis macam ni. Depan kita baik giler, belakang...kutuk macam haram. Kekadang tak kisah pon jenis menalam ni, tapi aku benci kalau jenis nak jatuhkan orang. Dok cite macam2 dan menghasut supaya kita ni dibenci. Dahla orang lain yang dengar tu percaya je. Sebab talam dua muka, mestilah orang akan percaya....dia kan "baik".
2. Suka tuang kelas & kerja
- Yang ni lagi famous lagi2 kalau time group assignment. Tak pernah muncul sepanjang buat kerja, meeting & apa2 gerak kerja. Bila mintak nama & no. matriks, dia paling laju sekali. Selalunya orang macam ni pakej selalu tuang kelas, malas buat assignments, malas buat lab report & selalu tak datang meeting. Selalu terdampar atas katil macam dugong dok main phone. Tup Tap. Markah test dia paling tinggi. Kita bersangka baik, time dia tuang kelas tu, dia study hard.
3. Pengotor
- Yang ni jangan cite la. Walaupun takde pengalaman, tapi selalu gakla baca kat universiti punya confession. Antaranya, stokin yang semerbak tu tak reti nak basuh, tuala yang bau macam haram tu tak pernah basuh, bilik bersepah2 macam sarang tikus, pinggan cawan tak berbasuh sampai berbulan2....tu antara yang famous la. Tapi aku pernah masuk bilik member aku, Ya Allah Ya Tuhanku...tak dapat nak brain kotor dia. Dahla kasut berterabut, puntung rokok pon bersepah2, tuala main sidai sini sana, pinggan tu sampai berkulat sebab bertahun tak basuh. Aku rasa tikus lipas masuk pon tak selera tengok.
4. Kaki Sembang
- Jangan ajak sembang dengan orang macam ni. Kalau dia bukak mulut, b@#$ pon bole terbang. Sembang die kalah ribut taufan dan melebihi kelajuan cahaya. Selalunya akhir2 sem, golongan ni lebih aktif dan agresif. Sebagai contoh, "Sem depan nak jimat", "Sem depan nak start jogging la", "Sem depan nak kurus", "Sem depan nak start study awal la", "Sem depan nak ni", "Sem depan nak tu"...sedar2 dah grad. Kemon la, kalau anda seorang pelajat Ipta, ayat ni terlampau common. Tapi aku tak suka sembang bab vacay. Sebab aku kan mmg seorang traveller, mmg suka gi vacay. Aq mmg nak cari travel buddies, sebab tu tak suka orang yang kuat sembang macam, "Jom gi oversea cuti sem ni". Aku takle terima, kalau bab vacay...cakap kene jadi. Kalau nak pergi terus book tiket.
5. Bajet anak raja
- Bukan golongan yang selalu disebut tapi aku tak suka golongan ni. Selalunya datang dari rupawan(cantik atau hensem), selalunya orang yang bajet hensem atau cantik. Aku sumpah benci giler orang macam ni. Kau ingat kau tu anak raja, dok sorang2 bajet sume nak kawan ngn kau. Asyik harapkan orang je mulakan conversation ngn die, memang harom la perangai. Ingat kitorang nak sgt entertain kau, aku rasa golongan ni patut dok hutan sorang2 & bole mereput ngn anti-social life die.
6. Gila kuasa
- Selalunya datang dari orang yang berkuasa (jawatan). Yelakan, kalau takde kuasa macam mana nak gilakan kuasa. Orang yang berjawatan ni kene ingat & faham konsep perbezaan "Boss" dan "Leader". Boss ini mengarah, manakala Leader ni mengetuai. Sebab aku tak berkenan dengan orang yang bajet macam Boss, bagi arahan & anak buah kena ikut. Ingat, leader bagi pendapat bukan arahan. Kita ni sama je, cuma kau dipilih untuk mengetuai. Jangan ingat kalau dah ada jawatan, ada kuasa veto bagi arahan suka hati.
7.Berkira
- Aku tahu kalau dah nk dekat sem hujung ni, duit pon dah kat hujung2. Aku pon takdela berkira tahap yang teruk tapi still keadaan yang berjimat. Tapi kalau awal sem, aku mmg suke belanja orang & tak berkira langsung. Aku takleh terima orang yang sangat berkira, dari awal sem hingga hujung sem. Kekadang mintak dia fotostat 10 sen pon dok mintak balik duit dia.
8. Anjing setia
- Kalau nak tahu, anjing yang setia merupakan nickname untuk golongan pengikut. Selalunya dalam sebuah geng ada seorang ketua (selalunya orang paling pandai atau berpengaruh), lepas ahli2 die ni dipanggil "anjing". Isu dia, kalau kau ada masalah ngn ketua dia, ketua dia bawak anjing2 dia. Kalau ketua die tak suka kau, anjing die ikut sekali...kalau ketua die suka kau, anjing die ikut sekali..kalau ketua die pulaukan kau, anjing die ikut sekali. Memang seorang(?) anjing yang setia. Kau just berurusan dengan ketua dia sahaja, yang lain tu memang takde pendirian..tau ikut tuan die je.
9. Pilih kawan
- Memangla kita semua pilih kawan tapi ada tahap sampai memilih. Kekadang isu yang remeh pon jadi punca taknak berkawan macam tahap kepandaian, tak sama minat dalam sukan, pekerjaan bapa, latar belakang, rupa, tahap kesempurnaan...negeri (aku taknak buka mulut pasal ni). Kekadang bila rasa diri tu perfect sangat, rasa tak layak kawan dengan orang biasa...kita ni hidup di bumi Allah, kita semua sama je. Takyah nak memilih sangat.
10. Siren
- Nak tau tak golongan ni bergiat aktif bila, 12 malam. Diorang dok satu geng ramai2, adela port diorang, bilik, kawasan terbuka, kawasan legar...pastu mula bercerita. Punchline diorng berline2...kekadang tak tau pon cakap pasal apa, tapi bila gelak...memang macam siren. Dahla gelak serentak, pastu diharmonikan dengan ton suara yang berbeza ada yang garau, kecik, kepit, berdekah, macam kuda, bertalu2. Bila suara2 tersebut menjadi satu, memang menghasilkan dinamik bunyi yang memberi gangguan kepada aktiviti harian anda. Time2 camni orang dah penat, lagi2 yang banyak buat program..nak tidur yang berkualiti. Kene lak hadap siren2, bole buat gaduh kot. Sejujurnya, aku pon penah banyak kali gak jadi geng ni, yela malam2 lepak sambil makan biskut. Pastu gelak ketawa riang berdekah2, time tu tak fikir pon kacau orang nak tidur. Selalu fikir bila dah terkena, Karma!
Tak pernah lagi lah ada pengalaman dapat groupmate yang pemalas gila sampai langsung tak buat kerja. Mudah sangat kerja kalau macam tu, tak buat apa apa tapi boleh dapat markah. Amboi! Hahah!
ReplyDeletepoint no 2 ! padu wehh. elakkan lahh drpd manusia sebegini .drpd kau makan hati di kemudian hari .huhuhu
ReplyDeleteorang macam ni memang tak guna.
ReplyDeletepoint 1 memang aku rasa mostly semua orang memang berkejar2 nak jadi macam tu. Sebab nak nampak paling bagus dan paling baik.
point 2 ni memang biasa lah ni. Tapi bila dia dapat markah paling tinggi tu memang aku hangin.
point 3 hmm. selalu lah dapat roomate budus. keluar nak cun. tapi pemalas. malas mandi tu boleh terima lagi (kalau badan xbau). Ni dah makan ta reti kemas. Sampai periuk nasi berhari2. Fundek.
point 4 aku boleh terima lagi. sebab org macam ni boleh jadi bahan. Kahkah.
point 5 yang bajet anak raja belum pernah jumpa lagi. tapi bajet dia paling kaya barang nak branded tu ramailah. (sebab tak tahu spesies anak raja yang real tu macam mana)
point 6 ni akan jadi bila aku tak heran kalau aku kena ikut arahan dia. dan tak kisah kalau dia nak bagi arahan. tapi aku kisah kalau dia sedap bagi orang arahan tapi dia ta reti nak siapkan kerja dia. tahu mengarah je.
point 7. dekat universiti tak pernah la lagi jumpa. tapi zaman sekolah dulu selalu lah jumpa. jenis makan nak sorok tepi loker. dia punya makanan da kedekut tahik. makanan org laju je dia makan. dasar tak malu!
point 8 belum pernah lah lagi alami situasi anjing2 ni. Hahaha. tapi kalau group2 wondergel selalu lah jumpa. Hmm. jenis bila nak buat assgiment buat group, bila geng je. Hanjing betul -_-
point 9 selalu rasa terpingkir. sebab taka da kepandaian, kecantikan, dan tak kaya. molek kata tak pernah ada apa2. so orang tak penah nak dekat. kalau dekat tu, ada lah dia nak.
point 10 tak tahu nak komen. sebab ayat kau kelakar. hahahhaa. orang macam ni memang sangat mengganggu hidup aku. yang sepatutnya diorang jugak patut 'mati' bila aku 'mati'. ini tidak. masing2 nak jadi hantu
tu je la komen aku
no 9 tu paling nyampah.
ReplyDeleteSalam. Saya nak bagi awok topap RM5. Bolh bagi no tel. (boleh emel kekapas@gmail.com) Sebab haritu saya ada buat giveaway yang orang tak perasan. hahaha,
ReplyDelete